Wednesday, June 10, 2015

Kesiaan: Tragedi sebuah kesombongan

PAS dan tragedi sebuah kesombongan (Luahan hati seorang pemerhati dan penganalisis) MESTI BACA

"Bagi pemerhati dan penganalisis yang mengikuti perkembangan dalam PAS secara neutral, agak sukar untuk tidak berasa sedih apabila melihat perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS ke-61 yang baru berlangsung.

Hal ini lebih dirasakan apabila seseorang mengikuti dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Pergelutan kuasa yang berlaku sekian lama antara kem agamawan dan kem progresif menemui penamatnya dengan penguasaan menyeluruh kem agamawan.

Bagi pemerhati dan penganalisis yang mengikuti perkembangan dalam PAS secara neutral, agak sukar untuk tidak berasa sedih apabila melihat perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS ke-61 yang baru berlangsung.

Hal ini lebih dirasakan apabila seseorang mengikuti dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Pergelutan kuasa yang berlaku sekian lama antara kem agamawan dan kem progresif menemui penamatnya dengan penguasaan menyeluruh kem agamawan. 

Di sebalik semua label dan alasan ketidaksenangan yang dimomokkan terhadap golongan progresif ini, tidak ada faktor yang dianggap lebih berperanan penting selain “kesombongan”. Kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif ini dalam PAS.

Kaedah kempen, pola pengundian dan perjalanan muktamar yang berlangsung dapat dianggap sebagai kemuncak kepada manifestasi kesombongan. Kerana sombong dan terlalu berbangga dengan dominasi terhadap ilmu agama, maka mereka yang tidak sealiran diketepikan. Kesombongan menyebabkan sukar bagi golongan agamawan untuk mengiktiraf kebolehan dan keupayaan yang dimiliki golongan progresif. 

Kesombongan menyebabkan pemimpin-pemimpin progresif seperti ini tidak langsung dihargai walaupun merekalah yang memainkan peranan signifikan dalam meletakkan PAS ke kedudukan sekarang. 

Kesombongan menyebabkan fitnah dan tuduhan palsu dibenarkan dijaja dan dibenarkan berleluasa. Kempen yang berlangsung seakan-akan menghantar mesej yang “tidak mengapa berbuat sedikit kejahatan dengan maksud untuk mengekang kejahatan yang lebih besar”.

Mengejutkan apabila diktum seperti ini diamal dan dipraktikkan secara meluas dalam pemilihan yang berlangsung. Sekian lama pegangan Machiavelli ini hanya hidup subur dalam Umno. Apabila lawan jatuh, maka tindakan seterusnya bukanlah berhenti tetapi terus memijaknya.

Kini, PAS juga kelihatan amat ghairah untuk menginstitusikan kesombongan seperti ini. 

Kerana sombong, PAS tidak dapat lagi melihat secara rasional mana kaca dan mana permata. Bukan sahaja mereka menyingkirkan tenaga intelektual yang merupakan aset berharga parti, tetapi juga menghantar mesej yang “kami tidak memerlukan pengetahuan ilmu moden dan bantuan kaum-kaum lain untuk mentadbir negara”. 

Kesombongan menyebabkan PAS mahu menoleh semula ke belakang sedangkan dunia sudah jauh bergerak ke hadapan. Kesombongan menyebabkan PAS masih mahu berpegang pada Islamisme sedangkan dunia sedang bergerak ke arah pasca Islamisme.

Kesombongan menyebabkan apa sahaja idea-idea yang bertentangan dilihat sebagai ancaman dan bukan sebagai kelainan. Tidak ada ruang untuk berbeza pendapat. 

Kerana sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri, apa jua alasan cuba dihamburkan bagi menutup pembersihan yang berlaku. Sebagai contoh, penegasan yang yang parti itu masih mempunyai golongan profesional seperti pensyarah walaupun kumpulan progresif ini tersingkit. 

Tetapi profesional bukan sekadar dilihat dari segi status pekerjaan. Ia juga dicerminkan kepelbagaian ideologi, keterbukaan, kemahuan berbeza pandangan dan dekat dengan kemodenan.

Bagi yang mengikuti secara dekat muktamar yang berlangsung selama tiga hari, kesombongan adalah bahasa badan yang paling menonjol terpapar. 

Dalam bentuk pengendalian muktamar yang jelas menampakkan kecondongannya pada ideologi semasa, dalam bentuk laungan takbir yang dikhususkan hanya untuk perwakilan-perwakilan pro-agamawan, dalam bentuk wajah beberapa pemimpin tertinggi PAS yang amat ketat dan tidak langsung pernah tersenyum, dalam bentuk sorakan sindiran yang tidak putus-putus ditujukan kepada golongan progresif yang berucap dan sehinggalah kepada kehilangan suasana kesedihan yang sewajarnya dirasakan berikutan kepergian golongan progresif ini dari parti. 

Tangisan Hanipa Maidin dan juga nyanyian melankolik Mohamad Sabu hanya mampu mengheningkan suasana tetapi tidak mampu membuatkan mana-mana perwakilan untuk bangun memujuk atau menahan keputusan beliau yang ingin meletakkan jawatan dari semua jawatan yang disandangnya. 

Bahasa badan yang ditunjukkan bukan sahaja melengkapkan pembersihan yang berlaku tetapi semacam menghantar mesej “jika boleh, kami tidak mahu lagi kamu kembali di sini”. 

Apa yang berlaku dalam Muktamar PAS 61 adalah tragedi sebuah kesombongan. Sombong dengan kekuatan diri dan lantas menjadi taksub dan narsistik. PAS seperti seorang suami yang baru mendapat “isteri kedua” yang kaya, cantik dan berpendidikan. Tetapi apabila jatuh sakit, isteri pertama yang tua dan kurang cantik yang sering dicari untuk menjaga si suami kerana isteri kedua tadi rupanya tidak boleh diharapkan. 

Kesombongan menyaksikan kapal Titanic karam walaupun dianggap sebagai kapal yang tidak akan karam. Kesombongan membuka jalan kepada tragedi 9/11 di Amerika Syarikat. Kesombongan jugalah yang kini menjadikan Umno terumbang-ambing. Muktamar PAS menyarankan yang kesombongan merupakan nilai yang kini menjadi virtue dalam parti tersebut. 

Kesombongan yang wujud dalam PAS amat menakutkan dan lebih menakutkan dari kesombongan Umno. Dalam mana golongan ini sering mengkritik keangkuhan kuasa Umno, mereka terlupa untuk menyelak kesombongan diri sendiri. 

Benarlah kata-kata tokoh revolusi Poland, Lech Walesa yang mengingatkan tentang kewujudan pemimpin yang menghasilkan sistem dan kepimpinan yang lebih buruk (dibaca: lebih sombong) selepas menggulingkan sistem yang mereka tentang sebelum itu. Ironinya, kesombongan ini seolah-olah hanya disedari wakil DHPP yang bukan beragama Islam apabila menyatakan kejutannya terhadap kebejatan yang berlaku.

Untuk wakil DHPP ini, pertimbangkan logik ini. Jika kesombongan seperti ini boleh dilakukan terhadap saudara seagama mereka, adakah anda merasakan yang mereka akan berfikir dua kali untuk melakukan kesombongan yang serupa kepada mereka yang bukan seagama?

Tahniah sekali lagi kepada PAS. Gunakanlah "cakaran", "siku", "lutut" (dan juga laungan takbir) itu sebaik mungkin. – 7 Jun, 2015. - via KERENGGA

* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.

13 comments:

  1. Kesombongan yang ber punca dari kebodohan orang agamawan yang gagal melihat BIG PICTURE dalam Politik Negara dan Dunia

    Semua nya akibat Otak Gred 3 tahap Bahalol

    Islam mengajar cari lah ilmu hingga ke China tetapi agamawan Bahalol benci kan China sehingga mencari cari Melayu tak ke dapatan dalam sejarah Islam

    Melayu yang ada tinggal hidup di atas dan dalam pokok sewaktu Islam melakar sejarah

    Agamawan yang Benggap di ketenggah kan dengan harapan hanya Sumpah Sumpit cukup untuk menamat kan perselisihan kes penipuan pembunuhan dan pencurian dengan harapan bangsa moden ini se jujur jujur kain kapan

    Tanpa di sedari Presiden sendiri Gila Pil Keldai ber perangai Kuda dan MUNAFIK

    Gaya Bani Arab Melayu Al-Tolol ber jaya meng Arabkan Melayu Melayu kampong yang sudah sedia bodoh miskin papa kedana hidup dalam ke sombongan akibat jahil hukum alam

    Bahalol saja orang orang Melayu nih !!!!!

    ReplyDelete
  2. mereka bukan shj sombong ttp 'Super Pandir'

    ReplyDelete
  3. Aku bukan ulama, tp cuba hidup cara ulamak. Pembersihan perlu ada bila ada yg profesional yg sanggup menolak hudud dgn guna logik dan persahabatan dgn bukan Islam. Pembersihan perlu dibuat lebih awal setelah simpton nya terserlah. Demi jangka masa panjang, mencegah lebih baik berbanding mengubat /merawat sesudah menjadi barah. Aku sokong tindakan ulama. Biar tidak popular asalkan hukum Allah tidak menjadi korban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan anda juga masih berupa tuduhan dan fitnah. Tuduhan seperti inilah yg dijadikan sebagai fitnah oleh golongan ulamak demi mencapai kuasa dan memijak harapan rakyat. Fitnah seperti yg anda gunakan inilah yang telah dihalalkan golongan ulamak yg berpura2 demi mencapai cita

      Delete
  4. baru selangkah tetapi kaki dah tempang.jalanya dah senget.belaum lagi melangkah keluar rumah.tunggulah akan akibat kesombonganya.allah maha mnegathui dan maha adil,bagaiman cara dan taktit menghina kawan seperjuangan sendiri dan senyum dan berkait jari dengan musuh,tunggulah akaibatnya nanti ,insyaalah ,doa kami pengikut bawahan allah dengar.

    ReplyDelete
  5. Sifat sombong sifat iblis....

    ReplyDelete
  6. Kita kena ingat kisah iblis disingkir dari syurga. iblis tidak syirik kpd Allah swt tetapi ia ingkar & sombong kpd nabi Adam. Akibat sombonglah iblis akan dihumbankan ke api neraka kelak. Jgnlah kita merasakan diri terlalu hebat dgn ilmu agama yg kita ada sehingga kita anggap semua org lain jahil & kita suci dari segala dosa. Hanya nabi SAW sahaja yg maksum dari dosa.

    Semoga Allah lindungi kita dari sifat munafik. Org munafik lebih hina dari kafir & tempatnya neraka paling bawah. Golongan ni buat tak tahu atau rasakan mereka terlalu hebat.Nauzubillah.........

    ReplyDelete
  7. Kalah satu hal...menyusahkan yg menang satu hal...selagi x redha dgn liberal dan sekular...mcm2 lontaran dibuat...demi membantutkan syiar islam...hati dh jd gelisah resah kli x dpt modal menghentam...menghina dan memalukan...adakah berpandukan ajaran islam? Tepuk dada tanya iman...kene igt...ulamak2 nobangun mlm bertahajud...merintih depan tuhan...mudah2an mereka x sebut nama satu2 yg byk menyusahkan perjuangan mereka...krn allah tu malu pd ulamak bila merrk bermunahajat pd allah memohon dinyahkan pengadang2 yg terlalu byk menyakitkan hati dan perjalanan dakwah merrka...ya allah...kasihanilah merrka yg beekorbn urk islam dan nyahkanla meerka yg sengaja mencari jln.menyusahkan ulamak kami

    ReplyDelete
  8. Itu hanya pandangan seorang pemerhati. Pandangan ahli dan penyokong PAS mengatakan PAS sudah kembali ke jalan yang betul untuk memperjuangkan dasar yang dibawa sejak dari awal penubuhan parti yang memprjuangkan Islam.

    PAS telah berjaya membetulkan kedudukan bahtera menuju kejalan yang betul. Sindrom sekularisma yang menyerap kedalam kepimpinan PAS berjaya dipisahkan.

    Hampir 80% ahli dan penyokong PAS yang berdiri teguh dibelakang saf kepimpinan PAS yang baru dibentuk selepas pembersihan sekularisma.

    Walau apa pun pandangan dan kritikan yang dilemparkan keatas PAS ianya tidak akan merubah kedudukan bahtera PAS. Tuan Guru Presiden kami mempunyai prinsip dan prinsip ini adalah kebencian dan mimpi ngeri DAP.

    ReplyDelete
  9. Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka sendiri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.(Jika U_TURN berlaku mana nak letak maruah Dewan Ulama bro) Jadi memutuskan Hubungan dengan DAP hanya satu Usul Sandiwara pada Asalnya bagi Mempengaruhi Perwakilan sebelum Pengundian.
    KITA TUNGGU SAMADA " MEREKA MEMILIH RINGGIT ATAU ULAMA"

    BETUL : Tragedi Sebuah Kesombongan

    ReplyDelete
  10. Ulama2 Pas jgn nk sombong x ketahuan.
    Rakyat dpt trima Pas asebab umno brlaku zalim pd DSAi
    moral dan pekerti yg mulia dr 2 pemimpin hebat arwah TGFN & TGNA..tambahan golongan profesional yg sama brjuang dgn fakta yg lengkap ttg perilaku umno
    PAs tampil hebat diwaktu..hampir kecundang BN/umno PRU13.
    PAs skrg...dgn barisan ulama yg sombong, bongkak berasa kekuatan yg ada cukup hebat ....
    Tungu Pru14...

    ReplyDelete
  11. Biar buta undang2 manusia jgn buta undang2 tuhan ............. celakalah org yg buat2 buta undang tuhan dan celakalah org yg berlagak baik dgn manusia (kononnya) tapi sombong dgn tuhan ! Ketawalah kamu didunia terhadap pejuang2 undang2 tuhan kelak nanti tiba masanya mereka akan ketawakan kamu di hari pengadilan nanti ! Buat admin bonus berganda (azab) menanti anda kerana menjadi pencetus pengadu domba dan batu api .......... buatlah persiapan agar kulit anda kebal dpd mamahan api neraka !

    ReplyDelete
  12. Siap mengambil kuasa tuhan menjatuhkan hukum dengan melebel orang lain dengan lebel2 yang tidak pernah terfikir oleh kebanyakan orang boleh terkeluar dari mulut2 yang mengaku ulamak dan pendukung ulamak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa