Tuesday, June 9, 2015

Memang patut sekali. Padan Muka!

Golongan Melayu dan bukan Melayu neutral, atas pagar perlu bangkit 
oleh Mariam Mokhtar

SEKILAS PANDANG: Akhirnya, ancaman yang paling serius kepada keselamatan negara, yang mengancam untuk memusnahkan keharmonian dan menyebabkan keyakinan pelabur menjunam, bukan komunis, DAP, Kristian atau aktivis liberal Malaysia, tetapi orang Melayu sendiri; atau lebih tepat Melayu Umno Baru  yang mahu melindungi kepentingan diri.

Pada 5 Jun, dialog  “Nothing to Hide” mengetengahkan Perdana Menteri Najib Razak bertukar menjadi huru-hara, apabila Najib gagal untuk hadir.

Seterunya, Dr Mahathir Mohamad kemudian melakukan apa tentunya salah satu perkara yang paling semula jadi bagi seorang PM paling lama berkuasa di Malaysia.

Beliau melangkah ke arah podium, dan mengambil alih majlis.

Mahathir tidak teragak-agak untuk menyampaikan ucapannya, menyebabkan kebingungan penganjur dan menggembirakan orang ramai.

Dan mengapa tidak? Najib, yang pada hari sebelumnya mengisytiharkan bahawa darah pahlawan mengisi urat belikatnya, membuat keputusan duduk di rumah.

Sekiranya Najib tidak pergi ke Sarawak memberitahu rakyat di negeri tersebut bahawa beliau seumpama pahlawan Bugis dan memiliki semangat juang yang tinggi, tentu Najib tidak akan terhina sedemikian rupa kerana gagal hadir ke majlis itu.

Yang sinis akan tertanya mengapa Najib, seorang 'Pahlawan' gentar berperang mulut dengan seorang yg berusia 89 tahun.

Rakyat Malaysia tidak akan melihat ketiadaan Najib sebagai tindakan menghormati seseorang yang lebih tua. Mereka akan melihat tindakan pengecut si Bugis.

Mahathir jarang melepaskan peluang, dan tiada siapa yang boleh menyalahkannya.

Yang salahnya Najib kerana gagal hadir.
Terdapat kebimbangan tentang keselamatan Najib yang mendorong KPN Khalid Abu Bakar untuk membatalkan acara tersebut. Jadi, adakah Khalid sebahagian daripada rancangan untuk menjatuhkan Najib atau adakah Khalid juga terperangkap dan akhirnya menyebabkan Najib kelihatan seperti pengecut?

Adakah perunding publisiti dan doktor putar belit Najib gagal, dan mereka merencana kekecohan mini sebelum acara itu, supaya Ketua Polis Negara membatalkannya?

Akhirnya, ahli-ahli politik Umno Baru jatuh ke dalam perangkap mereka sendiri, yang selama bertahun-tahun telah digunapakai ke atas rakyat dan ahli-ahli politik pembangkang.

Keganasan ditaja, oleh Umno Baru, untuk mewujudkan masalah di majlis-majlis awam.

Ejen provokasi, samsengan dan kadang-kala pihak polis sendiri, mencetus masalah di perhimpunan aman, supaya mereka dapat menyalahkan orang ramai yang mematuhi undang-undang Malaysia dengan dakwaan ingin menimbulkan kekecohan malah revolusi.

Pada majlis Jumaat lepas, Umno Baru akhirnya menerima padahnya. Memang patut sekali. Padan Muka!

Lapan minit ucapan Mahathir bermula, anggota polis berpangkat tinggi menghalang, ketika beliau memulakan kritikan mengenai Jho Low.

Gagal berucap, Mahathir mengadakan sidang akhbar.

Mahathir merampas acara ini, dengan cara yang sama beliau bakal merampas Malaysia untuk memberi laluan kepada anaknya.

Bagaimanapun, kerosakan telah berlaku. Reputasi Najib terus tercalar.

Golongan Melayu atas pagar yang masih tinggal di dalam ketakutan dan tak mampu membuat pendirian, walaupun asas negara Malaysia yang berbilang bangsa semakin terhakis, mesti bangkit.

Jangan hidup dalam dunia mimpi, di mana orang Melayu tidak dilihat berbuat salah, dengan orang Cina dianggap musuh dan kuasa dipegang kroni Umno Baru.

Bila agaknya golongan neutral bukan Melayu akan bangun?

Pemimpin anda dalam MCA, MIC dan Gerakan, tunduk kepada  para pemimpin Umno Baru. Bila pula anda akan membuat pendirian serta menyokong rakyat Malaysia bagi melindungi negara ini?

Langkah 'membina semula Malaysia' memerlukan usaha bersama setiap warganegara yang cintakan keamanan.

Jangan biarkan permusuhan antara dua perdana menteri "tidak dilantik" ini memusnahkan negara kita.

2 comments:

  1. Orang Orang Melayu sudah jadi BODOH

    Cina se coit pon fi takut

    Bahalol

    Teloq saja Besar tapi tak de Isi

    Kontol Cina kechik kechik tapi ada isi

    Bahalol

    ReplyDelete
  2. PAS keluarlah PR kita akan lebih beriman dan khusyuk dengan ajaran Islam. Redha Allah akan sentiasa bersama kita InsyaAllah. Apa guna kita memerintah Malaysia sekiranya pemimpin Tok Guru Tuan Haji kita dicaci dihina oleh kafir. Rezeki Allah ada di mana-mana carilah rezeki itu dengan penuh syukur tanpa perlu mendokong aspirasi kafir yang penuh tipu daya dan menyesatkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa