Monday, June 8, 2015

Minta-minta selepas ni taklah menjadi geli tengok Melayu beserban!

Bukan serban yang menggelikan........tetapi apabila serban dah lebih mulia dari sipemakainya!

Apa tak gelinya bila perangai tidak menepati kehendak pemakaian serban itu sendiri........terutamanya Melayu......rasanya DAP tidaklah sesembrono mereka?

Berbaik dengan DAP lepas dapat laba
mk - 2:00PM - 8 Jun 2015

Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka.

Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat dengan memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

Semua kerja-kerja itu adalah perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.

Sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang, antara mereka Salehuddin Ayob, Husam Musa, Mahfoz Omar, Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kayat, Dr Mariah Mahmud, Hanifa Maidin, Khalid Samad dan beberapa orang lagi tidak menjunjung dan mempertahan kepimpinan ulama.

Bagi saya tuduhan itu adalah perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan berbagai cara.

Kemudian mereka di kumpul dalam kumpulan ('Jebon') dan antiulama.

Lebih jauh mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin-pemimpin dari parti lain sama ada PKR atau DAP.

Tuduhan mencurah-curah

Tuduhan-tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden ketika beliau diserang oleh DAP.

Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam krisis menteri besar Selangor dan hadapi DAP.

Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin  supaya PAS putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk 'bersendirian'.

Kemuncaknya, bila mursyidul am dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun 2015 lalu menegaskan bahawa syarat tahalluf (kerjasama) dengan DAP telah rosak dan tamat.

Usul Muktamar Dewan Ulamak diluluskan pada hari yang sama telah mendapat sokongan 100 peratus dari perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.

Lebih kurang 10.30 malam pada 4 Jun 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana Mohd Sabu, Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa, Hanifa Maidin, Dr Hatta, Dr Mariah dan lain-lain semuanya tewas.

Seminggu sebelum itu presiden telah memberi pandangan bahawa ahli PAS boleh pilih sama ada memilih mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.

Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.

Pembina telah dinyahkan

Dalam muktamar pada 6 Jun 2015, usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul itu daripada kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.

Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang yang paling terkesan?

Dan bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor-kerajaan negeri, exco, jawatan-jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih dari 5,000 yang terlibat.

Dalam ucapan penggulungan pada 6 Jun 2015, saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP.

Sekarang saya dapat melihat – menggunakan, melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

Dah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal telah dinyahkan.

Kedudukan jawatan paling kejar? Moga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua.

27 comments:

  1. (Dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada Jahannam: "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab: "Masih adakah tambahan?"

    hai orang islam jangan mati dalan kedaan munafik fasik dzolim murtad n kafir
    kepanasan api neraka 70 kali dari panas api dunya
    apinya bewarna hitam

    ReplyDelete
  2. Salam hanya kpd orang islam....Mountdweller ni bloger ke ??? U cuba jelaskan maksud tajuk ni..adakah ilmu U terlampau tinngi hingga org lain confius dgn ini..sungguh bijak sorang liberal..tulin,serban tu bapak u mking tak pakai tpi org bukan politik/petugas politik pakai...belajarlah guna bahasa org beriman yg ikhlas..jgn jdi orang pasik atau org berilmu mcam U nmpak macam fasik wanauzhulah..send my regart 2 alll...of yours baddy..semoga panjang umur dan kita sama2 mengadap ALLAH di Akhirath...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih...kau pu terlibat bodoh sama tak tau beza kan disebalik kata dan maksud kolej. Kesian sapa yg bayr yuran selama ni

      Delete
    2. Macamlah ustaz2 cai siku dan lutut tak buat kerja2 fasik semasa berkempen.... ghrrrr phuiii.

      Delete
  3. Salam hanya kpd orang islam....Mountdweller ni bloger ke ??? U cuba jelaskan maksud tajuk ni..adakah ilmu U terlampau tinngi hingga org lain confius dgn ini..sungguh bijak sorang liberal..tulin,serban tu bapak u mking tak pakai tpi org bukan politik/petugas politik pakai...belajarlah guna bahasa org beriman yg ikhlas..jgn jdi orang pasik atau org berilmu mcam U nmpak macam fasik wanauzhulah..send my regart 2 alll...of yours baddy..semoga panjang umur dan kita sama2 mengadap ALLAH di Akhirath...!!!

    ReplyDelete
  4. Anon 10:56 PM

    Saya nasihatkan anda belajar bahasa melayu/ibunda dulu sebelum turunkan komen yang merapu kat sini!

    Hanya orang yang kureng bijak bahasa melayu saja yang confused dengan apa komen aku kat atas tu.

    ReplyDelete
  5. Tuan,kurang bijak dan kita sedar adalah lebih baik dari jadi batu api..guna kebijaksaan Tuan Utk agama dan negara..utk ini saja. saya tamatkan komunikasi ini..teruskan ..up to you brader..I done it until here..

    ReplyDelete
  6. gua tarak baca lu punyer artikal…gua baca tajuk saja….lu marah sapa haa…gua harap lu mati jgn bawa hati marah lu sampai d alam kubur..

    ReplyDelete
  7. Sudah-sudah la tu mountdweller, cukuplah jadi barua DAP lahanat kerana mereka ni mempergunakan melayu untuk survival politik mereka. Ingat anak cucu kita akan datang, cukuplah setakat kamu je yang jadi barua DAP jangan sampai ke anak cucu pula. Akan datang anak cucu kamu akan salahkan kamu diatas apa yang berlaku. Anak-anak cucu kamu nanti akan berkata " Beruntung dan kita bernasib baik ada parti politik seperti PAS yang tidak tunduk kepada kafir dan menjadi barua kafir ".

    Fikirlah saudara, untuk apa kafir-kafir ni menentang hukum Allah swt, saudara mountdweller ada jawapannya? Kalau tidak ada jawapan yang kukuh lebih baik saudara berhenti saja dari menjadi barua DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hei BARUA PAS, BARUA HADY DAMACAI korang lagi besar punya ka... pi rujuk AMANAT Hardy Damacai khakk Tuuuiii.

      Delete
    2. Hei barua Pas Pis Pus, barua hardy damacai, baru UG Harbi, pi rujuk AMANAT HARDY DAMACAI khaak Tuuii.

      Delete
    3. Hei barua Pas Pis Pus, barua hardy damacai, baru UG Harbi, pi rujuk AMANAT HARDY DAMACAI khaak Tuuii.

      Delete
  8. Sebenarnya bukan pasal ulama atau progresif. Rasanya hanya kumpulan yang bercita cita shj. Aku rasa mungkin dalam 50 orang shj yang terlibat secara aktif. Ahli ahli lain tak tahu apa apa pun. Aku tak hairan kerana nak jadi AJK masjid pun berebut dan berpolitik....apakah pula PAS yang lumayan ini. Rasanya perwakilan telah tersilap dengan menolak kesemua ahli progresif yang berwibawa.

    Sekiranya percaturan untuk berganding dengan Umno.....rasanya mereka tersilap kerana rakyat benci pada umno. Sekarang ini rakyat bukan sahaja kecewa dengan apa yang berlaku dengan PAS tetapi marah.....kerana telah mensia siakan kepercayaan pengundi.

    Rasanya TGHH bersifat mementingkan diri sendiri dan mempunyai kepimpinan yang lemah yang merugikan PAS dan umat Islam.

    Adalah lebih baik PAS meneruskan agenda kepimpinan yang baru dilantik dan tidak memeningkan rakyat dengan sikap dan keputusan yang berbolak balik.

    Pendapat aku.....mungkin PAS ni dah kena jual oleh sekumpulan orang........Umno sangat hebat strateginya.

    Rasanya PASMA berpeluang untuk berjaya kerana rakyat menyokong.

    ReplyDelete
  9. Tuan2 lebai perlu ingat, agama bukan satu klompok elit yg perasan warak terlebih berlagak ghurur dlm.beramal, jangan ingat orang yg. Tak ada latar blakang agama itu jahil. Kpd. Mukmin professional tak kurang iman kita kalau tak bersama pas, platform lain ada untuk berbakti.

    ReplyDelete
  10. walaupun aku tak pakai serban, namun kebanyakan murid aku berserban.
    walaupun aku memiliki kemampuan dan keilmuan yang sama dengan kelompok ulamak, namun tidak meredhai tindakan budak-budak PAS yang mengaku pro Ulamak.
    walaupun aku tidak mempunyai jawatan dalam parti, namun aku ahli aktif yang lebih lama tempuh perjuangan dari budak-budak pro ulamak, bahkan aku menempuh pelbagai cubaan sebagai seorang perjuang.
    walaupun aku sepatutnya menyokong pro-ulamak, namun aku yakin mereka telah merosakan dan menhancurkan parti.
    walaupun guru aku TGNA seorang yang aku iktiraf sebagai ulamak, namun aku yakin jika beliau hidup beliau akan bersedih dan marah dengan tingkah laku mereka yang mengaku ulamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kata tuan, Iman,tauhid tak dudok atas serban jubah songkok sampin maupun pun puak suku atau bangsa. Lebai cucur atap ni payah dok nampak buruk orang dgn.persepsi semata, itu penyakit hati. Jibril pertama kali ajar nabi baca untuk dapat ilmu kmudian faham & beramal dgn.nya supaya selamat & Islam bukan hudud semata. Masharakat melayu hidup tak setara mana dgn.himpitan hidup nak tokok kerat tangan kalau mencuri.pi kerat tangan orang kaya yg.dok menjarah harta negara.

      Delete
    2. Ambo setuju dengan demo boh.

      Delete
  11. Bakor YB bakor ....haa bakor...bakor lagi. Jangan risau lah PAS ada SIKU ada LUTUT ada kepala LUTUT ada OTAK KAT LUTUT ada AKAL KAT SIKU. PAS parti yang KUAT Rakyat sudah tidak perlu PAS. Yang Amat memerlukan PAS adalah UMNO. PAS KUAT....ANDA JADI....PAS KUAT Nooooo. DAP apa barang asyik buat duit saja bodek tak pandai asyik bikin kerja non stop. INI PAS lah tak payah kerja keras tapi MASYUUUK.

    Walau bagaimana pun saja puji YB dan rakan2 YB yg lain meninggalkan bangku dengan penuh kejayaan bersama PAS. Tak lupa juga Tahniah diatas keberanian panglima Tn. Muhammed Faiz Fadzil Noor , Tetuan Kota Raja dan dari juga tetuan dari Terengganu (ketereh kut) Tetuan semua telah menunjukkan kepimpinan yang benar Ikhlas dan berani.

    Tahniah semua yang kalah hakikat Anda semua telah menang hingga membawa jutaan Ahli didalam PAS.

    Cuma KETUA AMANAT yang masih panas dengan sulaan menantu dan rakan2.

    ReplyDelete
  12. Bakor YB bakor ....haa bakor...bakor lagi. Jangan risau lah PAS ada SIKU ada LUTUT ada kepala LUTUT ada OTAK KAT LUTUT ada AKAL KAT SIKU. PAS parti yang KUAT Rakyat sudah tidak perlu PAS. Yang Amat memerlukan PAS adalah UMNO. PAS KUAT....ANDA JADI....PAS KUAT Nooooo. DAP apa barang asyik buat duit saja bodek tak pandai asyik bikin kerja non stop. INI PAS lah tak payah kerja keras tapi MASYUUUK.

    Walau bagaimana pun saja puji YB dan rakan2 YB yg lain meninggalkan bangku dengan penuh kejayaan bersama PAS. Tak lupa juga Tahniah diatas keberanian panglima Tn. Muhammed Faiz Fadzil Noor , Tetuan Kota Raja dan dari juga tetuan dari Terengganu (ketereh kut) Tetuan semua telah menunjukkan kepimpinan yang benar Ikhlas dan berani.

    Tahniah semua yang kalah hakikat Anda semua telah menang hingga membawa jutaan Ahli didalam PAS.

    Cuma KETUA AMANAT yang masih panas dengan sulaan menantu dan rakan2.

    ReplyDelete
  13. Ulamak dan jadi ular dlm semak..
    Mereka cuma tahu agama tapi..tak bijak berpolitik.
    aku dah meluat dgn puak2 ularmak ini
    dah dilantik jadi pemimpin masa pru..ini jadinya
    ingatkan cerdik rupanya bangang
    sorry for the next election

    ReplyDelete
  14. KEPADA ANON 1056 KENAPA YOU TAK TANYA PERTAYAAN ITU KEPADA ULAMA PAS.ITU SEPATUT NYA YOU LAKU KAN.

    ReplyDelete
  15. admin ada orang hati dia sudah sama admin sebab admin jadi'barua,broker,pil kuda' kpd DAP.kepad yang hati sakit tu jangan 'tegak benang basah'kasian2.hahaha!!!

    ReplyDelete
  16. Takkan jadi kuli cina selamanya dan semua tergadai....jgn gadai generasi kita walaupun kita taat kepada tuan kita.

    ReplyDelete
  17. admin maafkanlah yg kutuk anda kerana mereka hanya guna siku dan lutut utk berfikir mcm sipatrick dlm spongebob

    ReplyDelete
  18. Anon 3:19 PM

    Terima kasih di atas ingatan itu.
    Saya faham dan rasanya arif benar di antara yang bijak dengan kurang cerdik!
    Jangan risau saya dah lali.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set tuh SRP/LCE pun failed boh.Setakat tu jah IQ set dia.kesiannnnnnn

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa