Sunday, June 14, 2015

'Nazri, tolonglah menjadi bijak

Mamat ni ada lagi rupanya
Nazri pernah ungkit hal tahap pemikiran.........ini dia Rahim pula mengajarnya

'Nazri, tolong bijak beza pemimpin berkuasa, berpengaruh dan kerabat diraja' - Rahim

Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Jun 14, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 14, 2015 14:20 MYT)

'Nazri, tolong bijak beza pemimpin berkuasa, berpengaruh dan kerabat diraja' - Rahim
Kata Rahim (gambar), Nazri juga perlu lebih adil dan tidak 'memilih bulu' dalam memberi pandangan selain perlu bermotif kepentingan organisasi atau negara. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini diminta bertindak lebih bijak dalam membezakan tahap pemimpin yang berkuasa ,berpengaruh dengan mana-mana kerabat diraja dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama melibatkan politik.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik berkata, Nazri juga perlu lebih adil dan tidak 'memilih bulu' dalam memberi pandangan selain perlu bermotif kepentingan organisasi atau negara.

"Komen Nazri terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide adalah teguran yang baik tetapi dia (Nazri) diam sahaja bila ada situasi Sultan yang menyokong pemimpin politik secara terbuka.

"Bila Nazri kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dia mungkin tidak faham beza antara pemimpin berkuasa dengan pemimpin berpengaruh‎," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Rahim turut memuatkan pendapatnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Rahim mengulas tindakan Nazri yang menghentam status di laman Facebook Johor Southern Tigers  oleh Tunku Ismail sebelum ini yang menyatakan baginda tidak terkejut apabila Najib tidak hadir ke sesi dialog #Nothing2Hide itu.

BACA:Tun M tiada hak berdebat dengan Najib kerana dia hanya rakyat biasa - Nazri Aziz

BACA:Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ

BACA:TMJ 'balas' teguran Nazri secara santai

Bagaimanapun sesi dialog #Nothing2Hide itu dibatalkan oleh polis, atas dakwaan faktor keselamatan.

Nazri turut dilapor meminta Tunku Ismail menjauhkan diri daripada politik.‎

Terdahulu, Nazri berkata, ‎Dr Mahathir tiada hak untuk meminta Najib berdebat dengannya kerana dia hanyalah rakyat biasa selain meminta Najib tidak harus merendahkan dirinya ke tahap bekas perdana menteri itu.

Dalam pada itu Rahim memberitahu, dalam politik, pemimpin berkuasa disokong kerana jawatan dan mampu memberi habuan namun berbeza dengan pemimpin berpengaruh yang ditaati kerana integriti.

"Adalah strategik dalam mana-mana perjuangan politik, mana-mana pemimpin berkuasa dan berpengaruh merapatkan kerjasama dan pendirian demi kepentingan organisasi," jelasnya.

Sebelum ini, Rahim menyifatkan perlu diadakan satu pertemuan khas antara Najib dengan Dr Mahathir yang memfokuskan usaha menyelesaikan kemelut dan krisis termasuk merungkai persoalan utama melibatkan isu syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegas Rahim, pertemuan perdana menteri dan bekas perdana menteri itu juga akan menjadi titik tolak persefahaman bersama demi melihat perpaduan orang Melayu di negara ini terjamin dan berkekalan.

5 comments:

  1. NAZRI bijak tu sebab buat buat tidak cerdik

    Mohideen bijak sejarang Najib nak buang pulak

    Dalam UMNO biar Presiden saja nampak bijak

    Baru boleh jadi kaya ber gaya sampai KIOK

    Rahim ini kan yang usik budak sekolah 15 tahun dulu dulu kan

    Kesian Lim Guan Eng masok jel nak pertahan budak 15 tahun

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ya betul nazri kena bijak..selepas era Tun malaysia tidak lagi memiliki pemimpin bertaraf asia jauh sekali bertaraf dunia.

    ReplyDelete
  3. Nazri Aziz layak jadi pemimpin kampong.....Najib boleh lah jadi menteri besar.

    ReplyDelete
  4. I truly love your website.. Excellent colors & theme.

    Did you make this plenty of fish dating site of free dating yourself?
    Please reply back as I'm planning to create my very own website and
    would love to know where you got this from or what the theme is called.
    Thanks!

    ReplyDelete
  5. Hi! I know this is kind plenty of fish dating site of free dating off topic but I was wondering if you knew
    where I could find a captcha plugin for my comment form?
    I'm using the same blog platform as yours and I'm having problems
    finding one? Thanks a lot!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa