Monday, June 29, 2015

Penundaan oleh pemimpin yang takut?

Penundaan oleh pemimpin yang takut berhadapan ahli parti mereka
08:30PM Jun 28 2015
oleh Cynic View

KOMEN: Keputusan berbeza Umno untuk menunda pemilihan parti sehingga pilihan raya umum akan datang (yang mesti dianjurkan setidak-tidaknya pertengahan 2018) menceritakan sesuatu.
Ya, perlembagaan parti itu membenarkannya. Dan ya, dua bekas presiden parti dan perdana menteri pernah melakukan perkara yang sama. Tetapi ianya tetap tidak menjadikannya betul atau wajar buat sebuah parti yang mengamalkan demokrasi.
Tiga puluh satu daripada 190 bahagian pastinya berfikir bahawa pemilihan parti, untuk melantik pemuda, wanita, puteri dan pegawai jawatankuasa pusat, termasuklah naib presiden, timbalan presiden dan presiden, seharusnya diteruskan. Maka terserlahnya dilema Umno.
Sebagai parti demokrasi, seperti yang diperakui oleh ketua parti Najib Razak apabila beliau mengumumkan keputusan itu pada malam Jumaat, Umno seharusnya menerima pembangkang yang sihat. Sebuah parti pak turut akan menjurus kepada kehancuran.
Jika seseorang berasa yakin dengan polisi, hala tuju, pengendalian dan kepimpinan, tiada sebab ahli atau perwakilan tidak akan memberi sokongan. Justeru, pemilihan parti biasa adalah satu cara untuk pemimpin yang cekap, bertanggungjawab dan akauntabiliti untuk mendapatkan mandat baru.
Jika anda sudah melakukan kerja yang baik dan prosesnya bersih dan betul, anda menang. Tetapi jika anda gagal dalam tugas anda atau tidak cekap, selamat maju jaya.
Tetapi ahli politik tetaplah ahli politik, mereka akan menggunakan semua helah yang anda untuk memanjangkan usia kuasa mereka.
Taktik yang popular adalah merencana kompromi, contohnya mencadangkan tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi, untuk mengekalkan kedudukan seseorang dalam parti (dan dengan melanjutkan dalam kerajaan). Apalah ertinya seorang pemimpin tanpa sokongan dan mandat akar umbi untuk memerintah?
Maka, ianya ternyata pemimpin tertinggi parti sekarang telah diberikan kontrak lanjutan. Penangguhan daripada berhadapan penilaian ahli parti sehingga selepas PRU14. Tetapi anda tidak akan dapat menjangka. Lagipun, ini Umno. Walaupun anda buat yang terbaik untuk parti, Raja dan negara, anda mungkin akan diminta untuk meletak jawatan selepas tempoh anda tamat. Ianya telah berlaku sebelum ini, paling terkini selepas pilihan raya umum 2008.
Keputusan itu memberi tanggapan bahawa pemimpin parti tidak mempunyai banyak pilihan dan sedang berada atas tanah yang rapuh. Apa yang akan difikirkan oleh ahli parti biasa apabila pemimpin mereka tidak berani untuk mendapatkan mandat baru daripada ahli mereka? Ia memberi kredibiliti kepada khabar angin bahawa penentang pemimpin senior parti akan dicantas untuk mengekalkan kuasa pemimpin tertinggi.
Mereka yang meminta perubahan, dengan mengintai pemilihan yang dijadualkan tahun hadapan, telah dikepung, permaidani telah ditarik dari kaki mereka. Antara sekarang dan pilihan raya umum akan datang, mereka dijangka akan patuh, berdiri di belakang kepimpinan atau dicantas. Ketua-ketua di 31 bahagian yang tidak bersetuju untuk menunda pemilihan parti berada dalam kedudukan tidak selamat. Penaung mereka juga sedang diperhatikan.
Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
Menariknya, orang nombor dua Umno Muhyiddin Yassin telah berkata pada November lalu, ketika melancarkan perhimpunan bersama sayap parti pemuda, wanita dan puteri:
“Jika Umno ingin menjadi parti masa hadapan, imej Umno haruslah menepati jiwa anak muda Melayu, profesional Melayu dan kesemua generasi muda di kawasan bandar dan pedalaman.
“Mereka adalah masa depan parti kita.”
Beliau turut mencadangkan kepada Umno supaya menimbangkan pemilihan parti dilaksanakan seperti termaktub dalam perlembagaan parti, dan tidak ditunda sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.
“Saya percaya Umno tidak akan berpecah jika pemilihan dijalankan. Pemimpin Umno mestilah cukup matang untuk menghadapinya. Saya secara peribadi akan berdiri bersama presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memastikan perubahan dan peremajaan parti akan tercapai,” Daily Express melaporkan beliau sebagai berkata.
Seseorang tidak dapat berhenti membayangkan apa yang akan dikatakan Muhyiddin sekarang apabila pemilihan telah pun ditunda. Adakah beliau menyokong keputusan itu?

1 comment:

  1. Bacul

    Bahalol

    Bodoh

    Sekarang Tahun 2015 Tahun 3B

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa