Wednesday, July 22, 2015

ADUN dan MP PAS dijebak dengan bai'ah talak? - Ini kata Mufti

Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain
Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain
DAUD: Mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.
KOTA BHARU: Talak yang dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar adalah sah dan hakiki.

Mana-mana individu tidak boleh sewenang-wenang mempermainkan lafaz talak atau cerai atas apa alasan sekalipun.

Pandangan disuarakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengulas sumpah bai'ah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Daud menegaskan mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.

Ini kerana lafaz talak yang diikrar adalah sah.

Tegas Daud, taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.

Beliau menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai'ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah.

Jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.


# Perkara bai'ah dengan talak ini aku dah dapat pengesahan (memang benar berlaku) dari seorang sahabat aku bekas MP, ADUN dan Speaker DUN

13 comments:

  1. TALAK DAN BAIAH INI MAINAN POLITIK DOSA NYA DENGAN ORANG POLITIK PAS SAJA

    Tanggung Jawab dan Sumpah tuk Kerja Makan Gaji Elaun dari Rakyat tu lagi besar dosa nya

    ALLAH SWT MAHA PENGAMPUN TAPI DOSA RAKYAT TAK NAK AMPON MACAM MANA????

    RAKYAT TUNTUT DALAM KUBOR TAK BOLEH JAWAB DALAM FACEBOOK KUBOR LAH

    Kepala Otak !!!!!

    Di bayar Gaji Elaun tuk kerja kuat untuk Rakyat tapi di tipu nya

    Main Internet , Facebook , Lepak2 tak Kerja , Curi Masa Pejabat buat kerja sendiri tu HALAL KE????

    Melayu Melayu ini bangsa Malas dan Ber Harap

    Nak FREE saja dan pandai pulak cari sebab musabab.

    Tak kerja pon dapat BONUS.

    Ini AJARAN NABI SAW ke????

    Bodoh Betul.

    ReplyDelete
  2. Ponteng dan tuang tu ajaran Nabi ke ?????
    Nabi yg mana ek !!!!!

    ReplyDelete
  3. Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui....

    ReplyDelete
  4. Ni hakim ke pope?
    Nmpk.mcm.pope je pun

    ReplyDelete
  5. 👇👇👇
    ini komen kawe

    kah kah kah!
    baiah dan sumpah!
    Nak jadi wakil rakyat sanggup gadai rumahtangga?
    Astghafirullah ! Suami apa yang begitu mementingkan diri, sehingga mereka sanggup bersumpah dan mengangkat baiah demi nak jadi wakil rakyat. Amat malang sekali bagi seorang isteri yang bersuamikan lelaki seperti ini.
    Lebih malang lagi perempuan yang bersumpah untuk mentalak suaminya dengan talak tiga (tak tahu bagaimana sumpahnya?).
    Bagi orang yang biasa dengan undang-undang kekeluargaan islam, sumpah dan baiah ini boleh dikategorikan sebagai cerai takliq.
    Cerai takliq ini boleh disahkan oleh mahkamah syariah, jika apa yang ditakliqkan tersebut sengaja dilakukan. Kerana jelas sekali sumpah ini dibuat dengan penuh kerelaan hati tanpa paksaan. Begitu juga apa yang tercatat dalam sumpah tersebut jelas dan tiada sedikit keraguan yang boleh dipertikai kesohehannya.
    Namun bolehlah orang yang bersumpah merujuk kepada mahkamah syariah segera, jika beliau tidak mahu menyesal seumur hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nok wat cam mane dari presideng, mursyidu n sampai ke bwh dah gitu

      Delete
  6. 👇👇👇
    ini komen kawe

    kah kah kah!
    baiah dan sumpah!
    Nak jadi wakil rakyat sanggup gadai rumahtangga?
    Astghafirullah ! Suami apa yang begitu mementingkan diri, sehingga mereka sanggup bersumpah dan mengangkat baiah demi nak jadi wakil rakyat. Amat malang sekali bagi seorang isteri yang bersuamikan lelaki seperti ini.
    Lebih malang lagi perempuan yang bersumpah untuk mentalak suaminya dengan talak tiga (tak tahu bagaimana sumpahnya?).
    Bagi orang yang biasa dengan undang-undang kekeluargaan islam, sumpah dan baiah ini boleh dikategorikan sebagai cerai takliq.
    Cerai takliq ini boleh disahkan oleh mahkamah syariah, jika apa yang ditakliqkan tersebut sengaja dilakukan. Kerana jelas sekali sumpah ini dibuat dengan penuh kerelaan hati tanpa paksaan. Begitu juga apa yang tercatat dalam sumpah tersebut jelas dan tiada sedikit keraguan yang boleh dipertikai kesohehannya.
    Namun bolehlah orang yang bersumpah merujuk kepada mahkamah syariah segera, jika beliau tidak mahu menyesal seumur hidup.

    ReplyDelete
  7. ustazCakarRimau

    Kawe setuju dengan pandangan ustaz

    ReplyDelete
  8. Demi KEPENTINGAN DIRI .. HAL HUKUM DENGAN AGAMA ISLAM .. BANYAK DI SELIMUT DENGAN KAIN BATIK LEPAS ..WAL HALAL KU .. WAL HARAMMU..

    ReplyDelete
  9. senang je nak konar cm hadi selalu buat:

    1. ceraikan isteri talak 1
    2. masuk parti baru
    3. rujuk balik dgn isteri

    dgn ini masuk parti lain berlaku ketika perceraian. talak takliq tak berlaku.

    begitu juga, setelah rujuk kembali, talak takliq tetap terbatal sbb talaq hanya tinggal 2.

    ReplyDelete
  10. meh sini aku bagi jalan keluar. tak perlu bagi permit balak kat aku.

    1. korg ceraikan isteri korang dgn talak satu.
    2. lepas tu barulah daftar masuk parti baru.
    3. dah jadi ahli, baruler rujuk balik isteri tu.

    dgn cara ini, takliq tak sah sbb masuk parti baru dlm keadaan dah bercerai, so dah tak ada isteri. nak cerai talak 3 gapo dio?

    wlpn rujuk balik, takliq masih lg tak sah sbb talaq tinggal 2. cerai takliq talak 3 dgn sendirinya tak berlaku.

    hanipa mesti respek kat aku... kan? kan? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah!
      jangan jadi tukang peruntuh ....
      cerai ni bukan seperti pakai baju ...
      niat nak bercerai pun dah mengkhianati rumahtangga ....
      kau cadangkan cerai tanpa sebab, cadangan mengarut .....
      hanya 2 pilihan wakil-wakil rakyat berniat nak melompat atau tukar parti ...
      1-tunggu sehinggal tamat jadi perkhidmatan sebagai wakil rakyat.
      2- Langgar sumpah dan kahwin lain atau cari cina buta untuk dikahwinkan dengan bekas isteri / isteri-isteri yang masih dikasihi.
      Ingat! kebanyakan wakil-wakil rakyat PAS yang niat nak tubuh parti baru memiliki lebih dari seorang isteri, ikut sunnah.

      Delete
  11. Apahal pula dengan sumpah Presideng yang banyak bini tu? Cakap berdusta, flip-flop, u-turn tak bertempat dan lari jauh dari prinsip perjuangan PAS.

    Golongan progresif hanya tubuh parti baru dan bukannya keluar PAS, tapi perundangan PAS yang membatalkan keahlian mereka, maka itu tak dikira melibatkan sumpah ahli kepada Nabi PASchai.

    Kalau tanya Adi Awe dan Harun Jin maka memang sah jatuh talak 30 sekali pun, cuma perlu tanya ilmuan yang tidak ada kepentingan dalam politik dan tidak menganggap PAS itu adalah agama bawaan Rasulullah SAW dan pastinya perbuatan dan pematuhan kepada Bai'ah itu perbuatan karut dan berkepentingan bagi menjaga kuasa dan wang pemimpin politik Melayu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa