Thursday, July 30, 2015

Antara dua kenyataan: Mujahid Yusof Rawa dan Haji Hadi

Antara Dua Kenyataan :
Dr Mujahid berkelulusan Ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia. Akhirnya beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah daripada Universiti Malaya.

Manakala tghh pula berkelulusan B.A (Syariah) Universiti Madinah. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah).

Dua-dua sama hebat dari segi latar belakang pengajian.Namun perbezaan nampak ketara dalam lontaran pandangan mereka berkaitan dengan landskap politik negara.

Perhatikan di antara dua kenyataan berikut, satu kenyataan dari Dr Mujahid, mewakili GHB dan satu lagi dari tg Hj Hadi sebagai mewakili PAS, yang mana lebih menunjukan kematangan berpolitik?
KENYATAAN MEDIA - Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa

 Pembentukan semula Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri menimbulkan pelbagai kebimbangan yang boleh menyebabkan krisis kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan negara.

 Perkara ini boleh membawa kepada suasana tidak stabil dan menjejaskan perjalanan negara.

 Memecat TPM atas alasan kritikan terbuka terhadap 1MDB boleh mengundang ketidakpercayaan pada siasatan adil dan telus melibatkan PM sendiri. Begitu juga pemberhentian Peguam Negara yang sedang mengendalikan kes 1MDB boleh menjejaskan kepercayaan apabila Eksekutif campur tangan urusan kes yang sedang disiasat.

 Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai anggota Eksekutif turut menjejaskan siasatan 1MDB secara bebas dan seolah-oleh untuk menutup kes ini secara bebas.

 Perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi kepada TPM yang turut memegang Menteri KDN di mana pihak PDRM bawah seliaannya turut menimbulkan kebimbangam PM akan menggunakan isu keselamatan untuk menyelamatkan skandal 1MDB PM.

 Dengan itu saya mencadangkan agar;

 1. Satu sidang khas Parlimen diadakan segera untuk ahli Legaslatif menuntut semua kecelaruan yang berlaku.

2. Satu inisiatif rekonsiliasi bagi meletakkan asas menginstitusikan pembaharuan, mengenal pasti permaslahan dan mencadangkan langkah pembetulan.

 3. Reformasi Parlimen agar benar-benar berfungsi untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan Kehakiman melalui pembentukan Kerajaan Rekonsiliasi melibatkan semua parti politik.

 4. Untuk tiga langkah di atas dijayakan maka syarat utama ialah PM perlu letak jawatan segera supaya dikembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah. Setelah selesai langkah inisiatif maka negara ini akan kembali ke landasan kepercayaan rakyat dan barulah satu pilihan raya umum yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

 Yang Benar
 Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
 Ahli Parlimen Malaysia
 28 Julai 2015


KENYATAAN MEDIA Tuan Guru Hadi Awang


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

 Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

 "Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

9 comments:

  1. Negarawan vs Penjilat

    ReplyDelete
  2. Kenyataan Mujahid ibarat angin yang berlalu, tiada meninggalkan sebarang kesan dan tiada perancangan kerana kabinet kerajaan adalah kabinet umno/bn bukan kabinet bayangan Pakatan Rakyat, walaupun Mujahid mendapat banyak sokongan dengan kenyataan itu akan tetapi ianya hanya kenyataan kosong yang tiada makna buat umno/bn. Mujahid pun sedar akan hal ini. Lagipun, apa yang dicadangkan oleh Mujahid sudah dicadangkan oleh Hj Hadi sendiri suatu masa dahulu.

    Kenyataan Hj Hadi umpama perang psikologi kepada umno/bn, mereka memerlukan masa untuk memastikan kabinet baharu ini berfungsi sepenuhnya, mungkin kecelaruan ini akan berlarutan sehingga ke PRU-14. Disaat itu rakyat akan melihat bahawa umno/bn sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir, rakyat akan bertukar arah mencari pemgganti umno/bn. Kemana rakyat ketika itu? Apakah pilihan mereka? Rakyat masih samar.

    PR 2.0 ( belum pasti kewujadannya), Pakatan Rakyat ( dah terkubur kata DAP, tapi masih wujud kata PAS ), PAS ( jika Pakatan Rakyat terkubur ) dan akhir sekali kerajaan kita, Barisan Nasional. Mana satu pilihan rakyat?

    Kesimpulannya, biarkan umno/bn dengan kabinet baharunya, Mujahid sepatutnya melihat isu yang melanda rakyat kini, tiada platform yang kukuh buat mereka ketika ini, berusahalah lakukan sesuatu yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat atau PR 2.0 ( yang belum pasti kewujudannya ) tumpukan sepenuh tenaga supaya terbentuknya parti baharu ( GHB bukan parti ketika ini ) dan wujudkan satu pakatan yang kuat dan kukuh supaya nanti rakyat selesa menduduki paltform baharu, mampukah Mujahid dan rakan-rakan GHB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN pun bukan kuat sangat sekarang, tengoklah dua tiga hari lagi robohlah tu.... insyaAllah.

      Delete
  3. hadi ulamak jadian ada pulus semua ok.

    ReplyDelete
  4. Bezanya. ...HH ade dalam senarai CAI....MYR tak de dalam senarai CAI......mana yang lebih bermaruah? ???

    ReplyDelete
  5. tak semestinya cakap banyak cakap sikit sudah boleh
    dijadikan kayu ukor
    tak ramai yang beriman kuat pegangan kepada Allah
    ramai yang sebelah sebelah

    ReplyDelete
  6. Mana nak sama Bijak Pandai OTAK GLOBAL dengan Bijak Pandai Otak Kampong

    Belajar Luar Negeri tak maksud Bijak Pandai pon

    Banyak yang Balik Jadi LEBIH BAHALOL dari BAHALOL

    Rakyat tahu dengan tengok MUKA saja

    Mujahid ini muka nya bukan NGOK , dengan KOPIah ke Serban ke.

    Hadi pulak walau dengan Suit Kot Omputeh tanpa Serban Kopiah pon sudah tahu Otak TOLOL

    Khalas!!!!!!

    ReplyDelete
  7. HADI MENANG CARA JUDI CAI. KEMENANGAN TAK BERMARUAH.

    ReplyDelete
  8. Selepas era ustad fadil dan tok guru nik aziz..pas hancur..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa