Wednesday, July 22, 2015

Apabila ‘spin’ Umno gagal........

Apabila ‘spin’ Umno gagal, keriuhan meledak
04:30PM Jul 22 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Bayangkan anda seorang lelaki yang menjalani hidup yang biasa sebagai pengurus perkhidmatan keretapi di bandar kecil tempat anda tinggal.
Satu hari, anda bangun dan mendapati anda dituduh sebagai penipu, oleh seorang lelaki yang tidak pernah anda temui seumur hidup, di pelusuk dunia yang berbeza.
Mungkin inilah perasaan yang dialami oleh warga Britain James Steward ketika ini.
Ya, ini ialah pengurus perkhidmatan keretapi yang tinggal di Ipswich, UK, yang didakwa oleh bekas wartawan Lester Melanyi sebagai perancang yang berupaya memalsukan dokumen.
Pada Isnin lepas, Melanyi, mengeluarkan video kedua mendakwa laman web Sarawak Report (SR) memalsukan dokumen-dokumen 1MDB sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak, mengenalpasti Steward sebagai pereka laman web berpengkalan di London dengan nama “James Steward Stephen”.
Dia mendakwa yang pereka itu bertanggungjawab mencipta “90 peratus” dokumen palsu tentang 1MDB di bawah arahan editor SR Clare Rewcastle- Brown, berdasarkan maklumat yang diperolehinya dari bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andres Justo.
Bagaimanapun, Malay Mail Online (MMO) telah melaporkan yang gambar yang ditunjukan dalam “pendedahan” itu sebenarnya ialah James Steward, yang kini bekerja dengan pembekal perkhidmatan keretapi Abellio Greater Anglia, sebagai pengurus perkhidmatan pelanggan.
Gambar dalam video itu diambil dari kumpulan penasihatan British untuk perkhidmatan pelanggan dan keretapi yang lebih baik, yang digunakan untuk mengiringi rumusan ucapan Steward yang diberikan pada tahun 2010, ketika dia masih bekerja dengan syarikat lamanya.
Menurut catatan pada tahun 2010 itu, Steward telah bekerja dengan perkhidmatan keretapi itu sejak sembilan tahun lepas.
Majikannya juga telah menjelaskan melalui perhubungan email dengan MMO yang Steward merupakan pekerjanya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Malaysia, apatah lagi aktiviti pemalsuan.
Kebodohan yang ditunjukkan dalam “pemalsuan 1MDB” ini sangat tidak diterima waras akal.
Ini ialah peraturan no. 1 untuk tidak ‘kantoi’ menipu.
Putar belit cerita dengan karakter yang mungkin tidak wujud dan letakkan bersama gambar yang muncul apabila anda melakukan carian Google dengan nama itu.
Jika pejuang siber BN dan Melanyi adalah pelajar, mereka akan ditangkap terang-terangan apabila mereka cuba memalsukan tandatangan ibubapa mereka di dalam kad laporan peperiksaan mereka.
Mari kita lihat kisah yang diceritakan- Melanyi mendakwa telah bertemu “James Steward Stephen”, pakar pemalsuan yang berupaya membuatkan kertas kelihatan seperti wang, tetapi terlupa wajah sebenarnya.
Apabila sampai masanya untuk melakukan “pendedahan” menggemparkan kepada orang awam, dia tanpa malu mengambil gambar seorang lelaki yang tidak langsung mempunyai kaitan dengan dakwaannya, tetapi mempunyai nama seakan-akan nama yang diciptanya, dengan harapan media dan orang awam akan mempercayainya membuta tuli.
Mungkin Steward yang “sebenar” perlu berdepan dengan Melanyi dan pejuang siber Umno yang menyokongnya dan meminta mereka menarik balik tuduhan dan meminta maaf.
Tambah bagus, kalau Steward menyaman semua pihak ini kerana fitnah!
Apa kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan (kanan) sekarang?
Bukankah dia yang membawa Melanyi menjadi tumpuan ramai, menyifatkannya sebagai ‘whistle-blower’ yang berwibawa?
Walaupun Melanyi mengakui yang dia dibayar untuk pendedahannya itu, dan pengkritik mempersoalkan kredibilitinya ( lebih tepat tiada kredibilitinya), Abdul Rahman terus berdiri teguh di belakang lelaki itu, sehingga memberitahu pemimpin pembangkang supaya “tidak menembak pembawa utusan.”
Apa yang akan dikatakan oleh Abdul Rahman sekarang? Satu pemerhatian kepada akaun Twitternya, yang selama ini bingit dengan pelbagai aktiviti, menunjukkan tiada perkembangan terbaru.
The Star Online  juga menerbitkan berita tentang Melanyi hari ini, memetiknya sebagai berkata yang “rencana SR ialah cerita rekaan yang sangat bagus.”
Siapa sebenarnya yang mengeluarkan cerita rekaan sekarang, Melanyi dan Abdul Rahman?
Mereka mungkin fikir penipuan mudah dilakukan, tetapi mungkin mereka perlu menyedari yang mengekalkan penipuan memerlukan kerja keras.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

2 comments:

  1. BILA BEBUDAK BAHALOL DI BAGI TANGGUNG JAWAB BESAR , apa kah mungkin boleh jadi SEBIJAK MAT BAHALOL????

    Common Sense saja cukup

    Bukan budak budak pon , ini dah TUA BANGKA nak menipu pon tak tahu

    Elok saja tinggal di SEPILOK sabah

    ReplyDelete
  2. Mcmna pula stament polis thai yg mengatakan dokumen yg ddapati pd jusco tdk sama dgn apa yg menjadi maklumat yg dipaparkan dan digunakan pembangkang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa