Sunday, July 26, 2015

Cakap besar lagi: Boleh pakai ker kata-kata ikut sedap mulut dia ni?

Sunday, July 26, 2015
PAS masuk BN.....? 
‘Kita tidak akan masuk BN, very clear’ 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS sudah serik ketika bersama BN dahulu dan tidak akan sesekali kembali menyertai BN. - Foto TRP/Syahirah Roslan

KOTA BHARU, 26 Julai: PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) sekiranya terpisah daripada Pakatan Rakyat (PR) dan rela berjuang secara sendirian. 


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS sudah serik ketika bersama BN dahulu dan tidak akan sesekali kembali menyertai BN. 


Bagaimanapun, katanya sekiranya terbentuk pakatan baru di antara parti lain di masa hadapan perkara itu akan diserahkan kepada Majlis Syura untuk dibincangkan kemudian.


“Tak ada isu PAS sertai BN. Cukuplah sekali kita terkena…saya berani kata PAS takkan sertai BN dan perkara itu tidak akan berulang.


“Pendirian kita jelas iaitu tidak akan masuk BN…very clear. Di segi pakatan… apa jenis pakatan kita tidak tahu. Sekiranya ada kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membincangkannya namun buat masa ini pendirian kita ialah tidak akan sertai BN,” katanya ditemui selepas majlis Aidilfitri Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri, di sini, hari ini. 


Mengenai isu di dalam Pakatan Rakyat (PR), Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan sekiranya PAS mahu disingkirkan, PAS boleh keluar dan tidak akan terhegeh-hegeh meminta simpati. 


“Kalau terpaksa kita boleh `hidup sendirian’ dan bergerak sendirian lagipun kita (PAS) bermula dengan bersendirian sejak dahulu lagi,” ujarnya. 


Difahamkan, isu ini berbangkit selepas ada di kalangan ahli PAS yang mendakwa PAS sudah tidak tidak relevan di dalam PR dan mungkin akan digantikan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui ahli progresif di dalam PAS. 


Sebelum ini, bekas pemimpin kanan PAS Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata GHB diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 September depan. via - Wak Labu

19 comments:

  1. Saya suka cadangkan PAS lebih baik jadi badan dakwah. Lebih mulia...lebih dihormati...kerana banyak ulamak2 yg pandai agama didalamnya. Kami hormati kebijaksanaan mereka dlm agama.
    Jangan jatuhkan diri ulamak kerana politik yg tidak matang yg cuba ditonjolkan. Memalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk persatuan dakwah dan dakwah org asli,mcm missionary Kristian yg sanggup masuk hutan.Range Rover dah ada

      Delete
  2. saya sokong sangat, biarlah pas jadi badan dakwah jangan terlibat dgn. politik. nak tengok ulmak muda ikut ke tak.

    ReplyDelete
  3. Setuju komen anon 819pm

    Ulamak PAS hafal2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orasng dapat Islam sebenar Dari ustaz um no? Um no bust masiat kurafat' sapas pun tak tegur. Judi hiburan lalai sapa talk komen, lag I sokong ada.

      Delete
  4. Tanya nik tak amar ni ,apa pulak hukum kepada peminpin DHHP perak yang meletak semau jawatan dalam Pas ,kafir ke?.baru dia tahu tahi itu busuk atau wangai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calun lelaki PAS kena bai'ah talak 3 istri mereka.

      Calun wanita PAS agaknya kena bai'ah jadi istri no.3 ularma PAS

      Delete
  5. Setuju dng komen anon 819 pm

    ReplyDelete
  6. kakah ni kecek gak napok bodo selalu
    ini lah manusia pendendam
    projek bangun kae pulau gajah untuk buat bandar baru di panchor tu kakah ni behe berapo juto pulok
    manusio lapar pitih kakah ni
    ustaz korok kering

    ReplyDelete
  7. teruskan perjuangan walau pun 1 orang
    jangan bergabung dengan musuh Islam yang menentang Islam
    mulut lain hati lain
    musuh Islam nyata munafiq paling bahaya

    ReplyDelete
  8. teruskan perjuangan walau pun 1 orang
    jangan bergabung dengan musuh Islam yang menentang Islam
    mulut lain hati lain
    musuh Islam nyata munafiq paling bahaya

    ReplyDelete
  9. Tetiba jadi munafik. Dulu thn 2008 masa tubuh PR x munafik pulak

    ReplyDelete
  10. Sudah-sudahlah bercakap banyak wahai ulamak.

    Kamu semua dah menang, kamu buatlah kerja kamu.

    Setelah kamu halau mereka yang tidak sehaluan dengan kamu, biarkan lah mereka dengan haluan mereka.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Ban ada MCA yg terang-terang ten tang hudud. Jadi mana mungkin nak bersama.

    ReplyDelete
  12. bincang pasal 1MDB serah pd yang berkuasa, pasal MARA konon sibuk ke GHB, pasal ekonomi, GST, mekanisme harga minyak, nilai mata wang, pakat semua nak bg kat profesional.. yang korang memandai2 pakai CHAI apa faedahnya? Da tau tak pandai memimpin nak tunjuk samseng, suruh wala, sombong..skrg orang suruh bersendirian kelam kabut..hai ulama pewaris Nabi..

    ReplyDelete
  13. biasalah lidah tak bertulang,dalam hati sapa yang tahu?hanya ALLAH swt yang Mahamengetahui.biaq pi lah depa dengan 'donia'depa.kiat tak payah duk kutuk depa lagi.apa yang aku harapkan semuga GHB mendapat 'laluan mudah' dari ROS.itu saja.tak payah ambik 'port' sangat ngan depa ni.ya jalah .

    ReplyDelete
  14. berjuang sendiri mungkin akan kalah pr. hilang kuasa. duit tak masuk. sanggup ka?

    ReplyDelete
  15. masaalah besar ada orang islam yang diluar hutan nama saja islam tapi perangai macam setan banyak masa habis duk kena dakwah puak ni
    islam turunan bukan nak ambil paham ajaran islam sangat

    ReplyDelete
  16. sepatutnya nak dapat reda Allah kena tolak sosialis, komunis, liberal, demokratik, republik, monarki.. PAS kena perjuang hudud dan sistem khilafah.. masuk Pilihanraya wajib bersendirian..jadilah pedagang wahai ulama pewaris Nabi..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa