Saturday, July 11, 2015

Dr. Asri dicalon sebagai PM - Apa komen korang?

Ketengahkan Asri sebagai calon perdana menteri
Posted on Friday, July 10 @ 22:04:38 MYT by paktam
Oleh Tawfik Yaakub
Politik Malaysia khususnya politik kaum Melayu pada waktu ini sedang menghadapi pergolakan yang serius sama ada pihak Umno mahupun PAS.

Pergolakan serius kedua-dua parti politik utama Melayu ini merupakan satu peristiwa pahit yang seharusnya ditelan meskipun impaknya besar terhadap kestabilan politik negara.

Malah kedua-dua parti politik Melayu ini sudah ketandusan calon muda untuk mewarisi kepimpinan parti dan negara.

Hal ini berpunca daripada bebanan daripada kedua-dua parti yang kini sarat dengan “dinasour” politik sehingga mencetuskan krisis politik yang tidak terjangka.Kedua-dua parti ini perlu mengenal pasti alternatif segera bagi menyelamatkan politik Malaysia kerana kestabilan politik Melayu merupakan asas kepada keutuhan perpaduan politik berbilang kaum di Malaysia.

Oleh itu, satu formula perlu diketengahkan dengan kadar segera untuk menyelamatkan masa depan Malaysia dengan mencari seorang tokoh muda moderat yang boleh mengembalikan kesejahteraan kepada rakyat negara ini.

Tokoh yang paling sesuai diketengahkan pada masa kini untuk menjawat jawatan sebagai perdana menteri ialah Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang jelas memiliki pendirian sederhana dalam isu agama dan politik.

Malah beliau juga dihormati oleh Umno, PAS dan parti politik lain di Malaysia. Nama beliau seharusnya diketengahkan bagi meredakan kecelaruan dan krisis politik yang sedang melanda negara daripada terus mengalami kerosakan serta mala petaka.–

*Tawfik Yaakub penganalisis politik dan calon Ijazah Doktor Falsafah Universiti Malaya.

3 comments:

  1. Di Australia ada walabi.... hanya di Australia.

    ReplyDelete
  2. aku rasa masih ramai yg keliru..politik ni bukanlah sesuatu yg serius utk diikuti sampai kencing pun keluar darah..

    ini 1 pandangan je ok..
    (jgn jd mcm pentaksub2 parti demokrasi,terutama yg berjenama agama..pantang pandangan ko sentuh parti dia..melompatlah akan ia mengalahkan mawas liar,padahal ko usik parti dia je bukan usik adik pompuan dia pun hehe)

    ok..kalo tuan maza naik jadi pm insyaAllah giliran dia pula yg akan jual agamaNya..
    sebab ape?sebab dia wajib bertolak ansur dgn kemahuan undi manusia2 termasuk kemahuan undi penyembah2 berhala...
    wajib ok...bukan harus...wajib.
    ko rasa ape jadi?hehe..

    korang tengok sendiri la..yg muslim2 baik dr umno pas pkr, kene kuis sikit ngan parti yg agak kukuh mendapat sokongan undi2 penyembah berhala (seperti dap) pun korang dh keluar kencing hehe..

    ko tengok pas...dap herdik dia suruh letak jawatan..keluar abis cirit2 dia..dia pusing2 belit2 mempertahankan cirit dia yg dh bertabur tu sampai bila ko baca..ko sendiri rasa keliru,ko yg membaca putar belit dia ni monyet ke manusia hehe..
    betol kan?

    sampai skrg pas x letak jawatan..tapi kalo bab bercakap besar..gunung kinabalu pun boleh runtuh hehe

    so ko ingat ape jadi kat tuan maza kalo jadi pm?
    korang rasa apa yg akan dia jual utk bertolak ansur dengan kemahuan undi semua manusia termasuk penyembah2 berhala?
    hehe
    kemon la...

    ReplyDelete
  3. Aku lebih suka kalau
    TMJ jadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa