Saturday, July 11, 2015

Fakta memeranjatkan........

UNDIAN: Terus berada di Malaysia atau tinggalkan negara?
UNDIAN: Terus berada di Malaysia atau tinggalkan negara?
Menerusi satu kajian yang dilakukan oleh laman web pekerjaan Scoot.my, majoriti pencari kerja Gen-Y mempertimbangkan untuk tinggalkan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Menerusi satu kajian yang dikendalikan laman web pekerjaan Scoot.my, majoriti pencari kerja Generasi-Y (Gen-Y) pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia.

Daripada 1,000 pencari kerja Gen-Y yang melibatkan diri dalam kajian itu, 76 peratus mempertimbangkan untuk tinggalkan negara berbanding 24 peratus yang berkata ‘Tidak’.

Daripada yang berkata ‘Ya’, 49 peratus berkata mereka mahu mendekati budaya baharu, manakala faktor lain adalah kerana  gaji rendah (20 peratus), bosan dengan Malaysia (13 peratus),  diskriminasi perkauman (4 peratus) dan lain-lain (15 peratus).

Daripada mereka yang berkata ‘Tidak’, majoriti berkata rakan dan keluarga merupakan antara faktor utama untuk mereka terus tinggal di Malaysia (44 peratus) manakala faktor lain adalah kerana sayangi Malaysia (41 peratus), faktor pasangan (11 peratus) dan kerana susah sangat (4 peratus).

Kami di Astro AWANI ingin tahu jika anda kongsi sentimen ini.

Adakah anda akan terus berada di Malaysia atau pernah membuat pertimbangan untuk tinggalkan Malaysia?
Pernahkah anda membuat pertimbangan untuk tinggalkan Malaysia?
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa