Friday, July 31, 2015

FAQ #harapanbaru

FAQ #harapanbaru:005

Q: Banyak disebarkan kenyataan Pengerusi GHB, Mat Sabu sebelum ini yang berpesan supaya jangan tubuh parti Islam baru dan dibandingkan pula dengan kenyataan terbaru beliau yang mahu menubuh parti Islam baru. Apakah beliau tidak konsisten?

A: Kenyataan Mat Sabu itu dibuat dalam suasana dan keperluan yang berbeza. Sememangnya, mengekalkan hanya ada satu parti Islam adalah pilihan terbaik. Tetapi, ini hanya boleh berlaku sekiranya parti itu berupaya meraikan dan menguruskan perbezaan dan kepelbagaian dalam satu parti dengan baik sehingga semua pendokongnya mampu bersatu.

Tetapi, hakikatnya PAS telah terbelah dua. Bukan isu lompat parti. Bukan isu satu pihak tubuh parti serpihan. Bila satu entiti telah terbelah dua, maka pasti akan jadi dua entiti.

Ini yg gagal difahami oleh ramai ahli-ahli Pas. Mereka masih melihat isu ini dari perspektif yang kurang tepat. Mereka masih melihat wakil rakyat HB sebagai melompat parti. Mereka masih melihat ini sbg fenomena golongan yg gugur. Fenomena gagal beristiqamah. Mereka masih melihat pimpinan HB ini golongan kecewa yang mahu menubuhkan parti serpihan.

Padahal, terlalu jelas perpecahan PAS kepada dua kelompok ini berlaku secara menyeluruh, di seluruh negara, dan di semua peringkat. Ia bukan fenomena segelintir ahli keluar parti kerana tak puas hati.

PAS sebenarnya telah terbelah dua. Dari satu entiti kepada dua entiti yang berbeza. Suka atau tidak, inilah hakikatnya.

Dua pandangan Mat Sabu tersebut dibuat dalam dua situasi yg sgt berbeza.

Untuk berlaku adil, Presiden Pas, TG Abd Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan yang bertentangan dalam dua situasi yang berbeza. Sebelum PRU-13, beliau mahu supaya isu-isu ekonomi diselesaikan dulu sebelum perlaksanaan Hudud. Pendiriannya terkini kelihatan agak berbeza.

Ikhwan Mesir dulu pernah berjanji untuk tidak meletakkan calon bertanding pilihanraya Presiden Mesir. Keputusan ini dibantah kuat oleh salah seorang Ahli Majlis Syura Ikhwan, Abd Munim Abul Futooh, sehingga beliau keluar Ikhwan dan mengumumkan akan bertanding Presiden. Tetapi, kemudian Ikhwan membuat keputusan untuk meletakkan calon bertanding jawatan Presiden.

Ini perkara biasa dalam politik.

Ketika Ar-Rasul SAW masih hidup, Abu Bakar RA pernah mengajarkan Islam dan berpesan kepada Rafik Ibn Amr At Thoi. Abu Bakar berpesan, "Janganlah kamu mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin walaupun ke atas dua orang pengikut".

Setelah Ar-Rasul SAW wafat, Abu Bakar RA menerima tangggungjawab sebagai Khalifah, pemimpin ke atas seluruh umat Islam.

Apabila Rafik Ibn Amr mengetahui perkara ini, beliau terus mendatangi Abu Bakar RA dan menuntut penjelasan kenapa beliau bertindak menyalahi pesanannya.

Abu Bakar RA menjelaskan tentang keperluan baru yg wujud selepas wafatnya Ar-Rasul SAW, sehingga beliau sanggup menerima amanah kepimpinan.

Apakah Abu Bakar RA tidak konsisten? Jawabnya tentu tidak.

Dinamika Islam itu tidak harus dihadapkan dengan persoalan-persoalan dangkal seperti itu.

5 comments:

  1. Nampak gaya nya GHB ini agak PENING lagi MEMENINGKAN

    Apa apa pon selagi GHB TIADA NILAI EKONOMI SETANDING DAP PKR selagi itu GHB tidak akan ke mana mana pon

    Per mudah kan kefahaman GHB untuk Rakyat mendengar dan mengambil GHB sebagai kawan politik

    Belajar saja dari LIM KIT SIANG sampai UMNO dan TUN MAHATHIR pon GERUN.

    Dalam DAP ahli ahli nya suka DAP dan mereka orang orang ada OTAK dan BIJAK BER FIKIR

    GHB perlu mengajak Rakyat untuk BER FIKIR dan BELAJAR BER FIKIR sehingga bangga menjadi ahli GHB

    Otang orang Melayu rata rata malas bodoh dan kuat BER HARAP.... Ubah persepsi BUROK dengan mengajak MELAYU BER FIKIR

    Bila sudah BER FIKIR , Rakyat tidak lagi di TIPU MAT BAHALOL

    Common Sense Aja Bah......

    ReplyDelete
  2. TEROPONG TOK BOMOHJuly 31, 2015 at 11:52 PM

    MEMANG ABU BAKAR TIDAT KONSISTEN,SBB MASA DIA TERIMA JAWATAN KHALIFAH ITU DI WAKTU ALI TIADA DI WAKTU PERUNDINGAN KERANA ALI SEDANG MENGURUSKAN JENAZAH RASULLAH SAW,DI WAKTU PARA2 SAHABAT NABI YG DI KATAKAN DAN DI IKTIRAF SAHABAT,MEREKA2 MENINGGALKAN JENAZAH RASULLAH TANPA DI URUSKAN TERLEBIH DAHULU UNTUK PENGKEBUMIAN AKAN TETAPI MEREKA2 PERGI BERKUMPUL UNTUK BEREBUT KUASA ANTARA MUHAJIRIN DAN ANSAR....SIAPA DI ANTARA MEWREKA PATUT LAYAK DI LANTIK MEMEGANG JAWATAN KHALIFAH....TETIBA UMAR TEEUS MELANTIK ABU BAKAR DAN DI PAKSA ATAS UMAT ISLAM UNTUK BAIAH ABU BAKAR TANPA KEHADHIRAN ALI.....PADA AKU ITU TIDAK DI NAMAKAN SYURA,DAN ABU BAKAR PULA UNTUK MEMBALAS JASA UMAR TERHADAP BELIAU MAKA DI UMUMKAN UMAR ADALAH BAKAL PENGANTI BELIAU....APAKAH ITU YG DI NAMAKAN SYURA

    ReplyDelete
  3. TEROPONG TOK BOMOHJuly 31, 2015 at 11:52 PM

  4. TEROPONG TOK BOMOHJuly 31, 2015 at 11:52 PM

  5. Habislah jadi sesat umat Islam akibat provokasi admin ................ admin mesti bertanggung jawab atas komen yg boleh mencetuskan kekeliruan dan kesesatan...........ni padahnya kalau tak gi kuliah ......... hanya baca buku dan buat pemahaman sendiri .......... akhirnya setanlah jadi guru kau !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa