Thursday, July 23, 2015

"Gila"

Pengkritik 1MDB disiasat, Najib tukar ‘patriot jadi penjenayah’, kata DAP 
TMI - Published: 22 July 2015 8:16 PM
Patriot bertukar jadi penjenayah apabila Putrajaya buru pemimpin pembangkang yang kritik 1MDB, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Julai, 2015.

Putrajaya "menukarkan patriot menjadi penjenayah" apabila ia memburu pemimpin pembangkang dan pemilik kumpulan The Edge Media Tong Kooi Ong kerana membuat pendedahan kritikal berhubung dana negara yang dibebani hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata DAP.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, adalah "gila" jika beranggapan tindakan mendedahkan skandal dan salah laku yang melibatkan entiti berkaitan kerajaan atau pemimpin negara boleh dianggap sebagai kesalahan.
"Sekarang, nampaknya kegilaan menjadi normal dalam lingkungan kelompok tertentu dalam kerajaan," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini. – 22 Julai, 2015.

1 comment:

  1. Itu akibat mengangkat Orang Orang BODOH menjadi Pemimpin Kabilah

    Orang Orang Melayu saja....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa