Gabenor Bank Negara dinasihat letak jawatan
Integriti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dikatakan tercemar dengan tindakan Datin Seri Rosmah Mansor
PETALING JAYA: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dinasihat meletak jawatan selepas integriti dan kepercayaan terhadapnya sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia tercabar dengan tindakan, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ia perlu dilakukan segera sebelum terjebak lebih jauh.
“Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible,” tulisnya.
Dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot. com, beliau mempersoalkan tempoh 72 jam yang berikan peguam isteri Perdana Menteri kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya.
Tegasnya perkara itu tidak sepatutnya berlaku .
“Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?,” tulisnya.
Tindakan dibuat selepas pembocoran akaunnya di Affin Bank yang mendakwa beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang ditulis Sarawak Report.
Ulas Zainuddin atau lebih dikenali Zam,apa yang dilakukannya menimbulkan pelbagai persepsi.
“Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan,” tulisnya.
Terbaik dunia
ReplyDeleteKepala hotak ko!
Ringgit 3.81...
Sejak 1998 di mana Anwar di sumbat dlm penjara pertama kali
Bekas pemimpin dan kelas elit negara patut MELAKUKAN SESUATU SEGERA....kalau tidak SATU MALAYSIA AKAN TERGADAI.
ReplyDeleteINI juga mengesHkan bahawa Anak Badak ni adalah PM 1Msia yg sebenornye.memang Sah le Rosmah Berkuasa DRI Najibo
ReplyDeleteSebaik nya ZETI terus pencen tuk jaga Maruah Nya dan juga Keluarga Tunku Aziz
ReplyDeleteNak buat apa sekongkol dengan LAHANAT BANGSA yang buat Juta Juta Rakyat sengsara sampai KIOK