Sunday, July 26, 2015

Kalau pun korang pemurah dan baik hati, jangan kena kencing macam aku!

Untuk perhatian orang-orang sekitar Binjai dan Kota Bharu
Tengok muka dia ni tak sangka dah ada tiga anak

Dua tahun lepas Mamat kat atas ni datang ke rumah aku minta derma. Katanya dia sedang belajar tahfiz di Pondok Pohon Seta, Pasir Tumbuh. Katanya ayahnya dah meninggal dan ibunya pula sakit. Abang dan Kakaknya hanya mampu sara diri dan keluarga sendiri sahaja. Jadi dia minta derma untuk tampung sara diri sendiri dan belajar. Jadi aku pun hulurlah sikit dan aku pesan sekiranya perlukan duit untuk belajar datanglah ke rumah aku.

Bermula dari situ dia selalulah datang ke rumah aku dan aku hulurkan sepatutnya. Mula tu aku hulurkan taklah banyak.

Sebelum Ramadan tahun lepas dia datang dan beritahu yang dia telah berpeluang melanjutkan pelajaran di UM Nilam Puri. Isteri aku tanpa banyak soal hulurlah sumbangan dalam jumlah yang yang agak banyak. Ketika itu aku tidak ada di rumah tapi aku tak kisah pun......namakan lagi sumbangan.

Sebelum Aidil Fitri tahun lepas dia datang lagi dan seperti biasa kami hulurkan duit sumbangan dicampur dengan zakat kami.......maka banyaklah jumlahnya dari biasa.

Sejak itu dua kali dia datang selepas itu dia menghilang.

Sehinggalah Ramadan dan Raya tahun ini (yg. lepas) dia tak datang. Pada pandangan isteri aku, mungkin dia datang ketika kami di KL. sebab akhir-akhirnya banyak masa kami habiskan di KL.

Oleh kerana isteri aku terkilan........maka tengahari tadi kami pergilah mencari rumahnya sebagaimana alamat yang diberikan.

Cari punya cari tak ada pun jalan yang diberikan.......aku bertanyalah pada seorang yang pada perkiraan aku mungkin kenal mamat ni. Aku tunjukkan gambar. Tapi orang ini nampaknya tidak mahu berterus terang dengan aku cuma dia minta aku sendiri bertanya di tempat yang orang ini tunjuk kat aku.

Kami pun pergilah bertanya pada tempat yang ditunjukkan itu........bertanya jiran dan orang kampungnya di kedai kopi berhampiran rumahnya

Rupanya Mamat ni dah lama kencing kami.......dia berikan alamat yang salah. Bukan kampung dan tempat yang sebenar dia tinggal.

Mengikut jiran dan orang kampungnya.......Mamat ni penagih dadah dan dia punyai 3 orang anak!
Hanya isterinya yang bekerja mencari nafkah, dia hanya hidup dengan menipu dan minta derma.

Sekarang Mamat ni kena tangkap dan dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah. Itulah sebabnya dia dah lama tak datang ke rumah kami!

Jadi.....kalau pun korang ada lebih duit dan pemurah......berhati-hatilah!

Hahaa.......padan muka aku dan isteri kan?

11 comments:

  1. Jangan bimbang pahala sedekah anda tetap dapat.

    ReplyDelete
  2. Anon 12:22 AM

    Saya tidak bimbang kerana rezeki dari Allah dan saya berikan pun kepada makhluknya juga cuma saya kesal kena kencing bertahun-tahun

    ReplyDelete
  3. Saya sangat sedih hal sebeggini berlaku pada Tuan Hajji

    Orang Orang Melayu kuat menipu agak sama macam orang Indon sudah

    Saya sendiri sudah di tipu tunai RM100,000/- nak tolong Melayu Janda Anak 6 ber niaga. Kita suami isteri jujur bagi lah tengok tengok lahanat jugak

    Tapi tak lah sampai 42 bilion sehingga juta juta rakyat kena kencing

    Orang melayu zaman sekarang tak takut azab kubor dah walau pon sholat orang nya

    Tapi rata rata Penipu hidup nya macam Bangkai jugak.... Kesian.

    ReplyDelete
  4. Anon 12:52 AM

    Entahlah saudara apa nak jadi dengan orang kita. Yang kena dadah tu memang kita dah tahu. Kalau tak mencuri menipu.

    Tapi yang waras pun dua kali lima juga. Nama jer Islam, solat dan sebagainya tapi perangai sama juga dengan Yahudi......entah apa nak jadi?

    Yang saudara kena kapor sehingga RM100,000 tu banyak.....macam mana saudara boleh percayakan dia?

    Sebelum ni pun saya pernah kena tapi separuh dari jumlah saudara. Konon tolong kawan berniaga juga

    ReplyDelete
  5. Saudara....
    jgn risau, dosa pahala milik allah...
    kehendaknya nk diberikan pada siapa...
    insyaallah... ada bahagian saudara tu....

    ReplyDelete
  6. Zaman sekarang jika ada peminta derma datang kerumah ajak mereka kejabatan kebajikan masyarakat dankita boleh bagi derma disitu jabatan akan mengambil data peribadi jika benar mereka itu peminda derma mereka tidak akan takut sebaliknya mereka akan mengelakkan diri dari pergi kesitu,kita bukan tidak mahu menderma tapi kita hendak melihat reaksi mereka begitu juga peminta sedekah mereka akan cuba elah dari pergi kejabatan KM walau pun mereka membawa surat itu dan ini dari jabatan agama dan sebagainya,rakyat malaysia memang pemurah dan baik hati tapi maknusia durjana yang tidak takut dengan azab Allah mereka akan membuat apa saja asalkan mereka boleh hidup dengan senag tanpa bersusah payah,itulah hakikat hidup yang Allah jajnjikan.

    ReplyDelete
  7. Sdr. mifv k200a1

    Saya tidak bimbang dengan nikmat dan kemurahan Allah.
    Cuma sebagai peringatan untuk semua hendaklah berhati-hati, kalau bukan jenis budak dadah rasanya tidaklah terkilan kan?

    ReplyDelete
  8. Anon 4:58 AM

    Macam mana saya dan isteri tak tertipu......tengok muka dia macam lurus bendul!

    ReplyDelete
  9. Macam muka ketua sebuah parti politik je....

    ReplyDelete
  10. Betul tu anon 10:05. nampak seiras macam ketua pemuda sebuah parti politik...

    ReplyDelete
  11. Anon 10:05 AM dan Anon 8:36 PM

    Hahaa......korang samakan dengan Nik tu yer? Cutting tu memang ada kan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa