Friday, July 31, 2015

Kenapa PAS perlu marah?

KENAPA PAS PERLU NAK MARAH HARAPAN BARU?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru-peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.

2) Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan bahawa peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.

3) Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil-dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli-ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.

4) Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu? Sebenarnya tak perlu sindir, tak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuh parti baru.

5) Sepatutnya pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar daripada PAS.

6) Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam PAS supaya psikologi mereka boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.

7) Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan". Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.

8 ) Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir, diherdik sesuaka hati. Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu sahaja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.

9) Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan Presiden".

10) Siapa tidak terasa. Kamu beri contoh Ustaz Hassan Syukri yang tewas tapi tetap istiqamah dengan PAS. Adakah Ustaz Hassan dimaki dan dicaci sebagai jebon dan munafik haraki sebelum pemilihan? Tunjukkan siapa yang telah terus istiqamah selepas dilabel begitu?

11) Ustaz Nasharudin Mat Isa pun terbarai akibat serangan "UG UG UG" dan serangan "agen Umno" yang menyaksikan beliau tewas kepada Mat Sabu. Ke mana Ustaz Nasharudin selepas itu? Hilang dari peta politik PAS. Kecewa dan membawa diri, bukan kerana kalah semata, tetapi kalah kerana hati terluka akibat dicaci maki. Itu sebab dia seorang. Kalau dia seramai 20 orang, dah lama dia gerakkan G20 versi dia sendiri.

(saya pernah terlintas, apakah pemilihan lalu adalah manifestasi balas dendam kumpulan ulama ke atas penyingkiran Ustaz Nasha oleh kumpulan progresif)

12) Pemimpin PAS perlu muhasabah, kenapa mereka mahu menyerang GHB. Saya terbaca tulisan Dr Zuhdi yang penuh fakta dan kaji selidik, berdalil bagai. Tetapi saya tak nampak semua hujah itu terkena kepada kumpulan GHB itu. Sekadar andaian dan tuduhan yang tak berasas.

13) Ya, orang kampung, pembaca harakah cetak, para penyokong bawahan yang kurang maklumat, pasti bersertuju dan hadam habis tulisan Dr Zuhdi itu. Tapi orang-orang yang keluar daripada momokan dan doktrin halus, mereka tidak akan menerima dakyah sedemikian. Jika tidak suka dengan GHB sekalipun, bukanlah tulisan Dr Zuhdi itu hujahnya.

14) Saya antara orang-orang yang tidak bersetuju penubuhan GHB. Tetapi saya tidak menolak penubuhannya kerana mereka yang mahu menubuh GHB lebih tahu apa yang mereka perlu buat. Mereka merasai keperitannya dihalau secara clean sweep.

15) Berbalik kepada serangan psikologi pemimpin PAS, saya rasa lebih baik PAS diam sahaja dan biarkan mereka bergerak mengikut haluan mereka. PAS sudah halau mereka, maka usah sedih dengan kehilangan mereka. Tak perlu serang mereka dengan label pengkhianat, jebon dan munafik haraki lagi.

16) Semua itu hanya akan mendatangkan simpati kepada mereka dan backfire kepada PAS. Bukankah PAS yakin dengan kekuatan sendiri dan sudah bersih daripada unsur-unsur jebon yang mahu jatuhkan Presiden? Mereka tidak akan mampu tarik ahli PAS yang setia. Yang tak setia kepada PAS, buka jalan keluar kepada mereka, usah ditangisi, usah dirindui. PAS akan bersih. Buat kerjalah dengan senang hati. Biarkan mereka, usah meroyan pula.

Sekian.
Kedah Lanie

14 comments:

  1. senang cerita...

    orang tua-tua Melayu pernah berkata...

    kalau takut dilambung ombak janganlah berumah di tepi pantai...

    tak gitu?

    by the way...

    berdasarkan artikel di atas, saya dapati penulisnya pun tak lah lebih baik dari orang yang dikatanya...

    kalaupun tidak sampai ke tahap 2X5 = 5X2!

    ReplyDelete
  2. Puak2 GHB ni pelik sgt, masih berada dlm PAS, baculnya mereka ini.

    Hassan Ali keluar PAS baru tubuh ngo, Zaid Ibrahim keluar PKR baru tubuh KITA. GHB ni adalah puak2 yang bacul dan tiada maruah.

    Kalau betul nak tubuh parti keluar saja dari PAS baru orang nampak GHB hebat dan bermaruah. Golongan Harapan Bacul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa ade ditangan persideng....nape tak pecat mereka....

      Delete
  3. Mudah aje nak kenal siapa geng UG atau ustaz, bila bercakap mesti keluar maki hamun, panggil org dengan pelbagai gelaran yg buruk2. Maklumlah mereka ni golongan suci yg dijamin masuk syurga oleh ketua2 mereka.Org lain semua sesat, pengkhianat dll kecuali mereka.

    Apakah akhlak mereka ni ikut akhlak nabi bila mereka mengaku pewaris nabi? Adakah nabi memaki hamun, menghina org lain?

    Biarlah GHB nak jadi parti apa pun, itu bukan urusan pas. Dah berkuasa penuh sbg ketua dlm pas buatlah apa yg kamu mahukan. Tak payahlah sibuk urusan org lain. Jgn dok meroyan siang malam.

    ReplyDelete
  4. Kau pun sama aja...meroyan macam puak2 ularmak Pas pis pus kau.

    ReplyDelete
  5. Kuasa ade ditangan persideng......nape tak pecat mereka.....lagilah peliknya.

    ReplyDelete
  6. Pecat mereka? Kahkahkah.....kamu masih bermimpi sebenarnya.....mereka tidak akan dipecat tapi akan dikenakan tindakan tatatertib....banyak caranya.....pecat tu last sekali...mungkin mereka2 ni akan dikenakan tindakan sehingga kering,,,,kalau tak mahu kering buat lah satu pendirian yang jujur dan ikhlas biar nampak hebat, keluar saja dari PAS, letak jawatan dan tubuhlah parti baharu, kalau sayangkan jawatan melebihi maruah langgar aje bai'ah tu, tiada apa pada bai'ah.....apa lagi yang kamu tunggu?...biar kita berjuang kerana menjaga maruah kita dari berjuang menjaga maruah orang lain....buatlah apa saja yang kamu suka apabila berada diluar PAS nanti, tiada siapa lagi yang nak marah kamu....itu saja kemarahan kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan sehingga kering! bunyi macam berdendam je.....bolih lah agak dah macamana hati mereka2 ni...

      Delete
  7. Disana semacam ada kepuasan selepas membaca artikel diatas. Kita lihat lah nanti siapa yg akan jadi luncai yg bernang dg labu2 nya

    ReplyDelete
  8. Anon 3:16PM merupakan seorang pelupa tetapi ada hati pula hendak memberikan pandangan. Dia lupa bahawa Hasan Ali tidak pun menubuhkan parti baru itu pun 'setelah dipecat' dari PAS. Dia hanya menubuhkan sebuah NGO. Begitu juga Zaid yang keluar parti PKR dan menubuhkan parti KITA, tidak pula pemimpin dan ahli PKR meroyan sebagaimana PAS meroyan bagaikan kemabukan pil kuda sekarang ini. Sepatutnya puak-puak jebon itu dipecat terus dari PAS, kenapa perlu disimpan lagi? Janganlah tunjukkan kebodohan kamu secara terang itu di sini.

    PAS telah menyapu sampah yang terdiri dari jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya, tetapi masih lagi disimpan di penjuru dalam rumah. Adalah tidak masuk akal jika sampah itu boleh keluar sendiri dari rumah PAS. Bukankah sepatutnya PAS buang keluar terus sampah-sampah yang telah disapunya itu? Atau PAS masih sayang lagikah pada sampah itu? Tidakkah bengong namanya, jika merungut dan meroyan gila mengenai sampah yang sepatutnya telah dibuang tetapi masih lagi hendak disimpan?

    ReplyDelete
  9. Sayang nak pecat. ....mereka2 semua ade nilai komersial.......kot2 mereka ni berubah hati join semula....bolih dikerah buat kerja....yang datang masok rumah basuh kaki tu takyah buat keje....relex je...

    ReplyDelete
  10. Anom 5:30,
    Masalahnya sampah ni bukan macam sampah lain yang reti duduk diam apabila dijadikan sampah, masalahnya sampah ni pandai bercakap dan berjalan, sampah ni berjalan seluruh penjuru rumah PAS memujuk penghuni rumah PAS supaya menjadi sampah macam mereka. Ada sampah yang perlu disimpan dan tak perlu dibuang secara tergesa-gesa kerana sampah itu mungkin terlalu busuk dan akan menjadi ganguan orang ramai dek kebusukannya apabila dibuang, sampah macam ni lebih ditanam didalam halaman PAS saja supaya kebusukan itu tidak mencemarkan penghuni-penghuni rumah PAS. Biarkan sampah itu kering dulu baru tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah s3masa hendak hapus dan s3mbelih mereka s3masa pemilihan dulu xpikir panjang. Jangan pikir kita je bol3h buat. Yang nak dihapuskqn itu manusia. Depa pun punya akal dan ikhtiar seperti kita juga untuk bertindak balas.

      Apa nak merungut pulak s3karang? Ingat apa yqng kita buat kat depa tu, kita je ke mampu dan mereka xmqmpu hendak bertindak balik? Ini s8fat orqng bodoh. Time kita buat kat orang, kita tak ingat dunia. Kita rasa kita hebat. Nah sekarang time kita pulak lah kena.....orang bodo selalu lupa kata orang2 tua: ada ubi adabatas.....ada hari kena balas/bol3h balas...

      Delete
  11. 12:11pm, tetapi geng Pascai juga yang bukan main galak menyuruh jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal itu keluar parti. Suruh keluar puak jebon itu tak mahu keluar, habis tu.... yang PAS masih simpan lagi nak buat apa? Di sinilah menunjukkan PAS yang dibentuk oleh Pascai tidak tahu bertindak bijak! Tidak menggunakan akal, hanya tahu hendak menggunakan siku dan lutut sahaja standardnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa