Wednesday, July 22, 2015

Lebih menarik: Siapa tipu, siapa bohong dan siapa pula khianat?

Inikah bukti yang diwar-warkan itu? sila baca linkSetelah kantoi.. Lester akui itu bukan gambar James Steward tapi..

Saya dedah kerana sayangkan negara – Lester Melanyi

 | July 21, 2015
Dia mengaku mempunyai bukti kukuh komunikasinya dengan Editor Sarawak Report menerusi emel.
Clare-Rewcastle-Brown,-Rahman-Dahlan,Lester-Melyani
PETALING JAYA: Lester Melanyi mengakui dia tidak mempunyai sebarang niat atau kepentingan peribadi dengan pendedahan pemalsuan dokumen 1MDB.
Katanya, dia melakukan semua itu kerana rasa tanggungjawab dan sayangkan negara.
Utusan Malaysia melaporkan, Melanyi mempunyai bukti kukuh menerusi emel komunikasinya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown seperti yang didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini.
Dia mendakwa pernah membantah cadangan Brown tentang pemalsuan dokumen 1MDB ketika berbual menerusi telefon dan emel.
“Apabila saya tanya dia (Brown) kenapa hendak melakukan perkara itu, dia menjawab `kerajaan BN juga menipu semasa pilihan raya,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan, berkata pembabitan beberapa ahli politik pembangkang yang didakwa memalsukan kandungan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB akan didedahkan menerusi bahagian ketiga dan keempat rakaman video.
Pendedahan itu katanya, akan dibuat oleh Melanyi dan akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

1 comment:

  1. Perompak negara menipu penyangak negara...dan penyangak negara juga menipu perompak negara...yang merana rakyat jugak sebab dua2 jenis penyamun negara...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa