Tuesday, July 21, 2015

Menteri ini perlu disekolahkan tentang realiti dunia ini!

Wahai kerajaan, siapa sebenarnya yang rosakkan imej negara?
08:30PM Jul 20 2015
oleh V Shuman

KOMEN: Skandal-skandal yang menyelubungi perdana menteri negara ini, Najib Razak, serta pelbagai isu lain – termasuk kejatuhan nilai ringgit, menyebabkan ramai rakyat Malaysia menggunakan media sosial sebagai platform meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.
Mereka merasakan perlu menyatakan bahawa kerajaan belum melakukan sesuatu yang mampu memulihkan kerosakan, dan kegagalan mereka menangani masalah-masalah ini telah menjejaskan negara.
Melainkan anda seorang anarkis, tujuan utama rungutan anda adalah kerana anda seorang warga yang bimbang akan hala tuju negara ini, dan berharap kritikan-kritikan ini dapat memperbetulkan landasannya.
NajibNajib
Seperti kata-kata bekas presiden Amerika Abraham Lincoln, “Mereka yang berhak mengkritik, adalah yang berkeinginan untuk membantu” – kita mengkritik kerana mengambil berat.
Tetapi bagi kerajaan, kritikan adalah cubaan menjatuhkan kerajaan, cabaran kepada kedaulatannya dan usaha mencemarkan imej negara di mata dunia.
Pimpinan kerajaan, terutama Menteri Luar Anifah Aman, juga perlu disekolahkan tentang realiti dunia ini.
Ini kerana beliau fikir rakyat Malaysia mencemarkan imej negara apabila mengkritik kerajaan dan Najib.
Laporan terbaru The Star Online memetiknya sebagai berkata, tindakan mungkin diambil terhadap sesiapa yang dianggap telah berbuat demikian.
“Tunggu selepas Hari Raya. Sekarang saya tiada pengumuman untuk dibuat,” katanya seperti dipetik.
Bagaimana beliau boleh berkata begitu? Adakah Anifah tidak tahu siapakah yang sebenarnya mencemarkan imej negara sekarang? Siapa yang menjadi tajuk berita antarabangsa?
Baca mana-mana laporan agensi berita atau tonton saluran TV luar negara dan anda akan lihat, perdana menteri sendiri yang menjadi tajuk berita, dan bukan dengan cara yang positif.
Sekutunyalah, iaitu billionaire Jho Low  yang dikaitkan dengan skandal peringkat antarabangsa.
Politikus Umno dan kroni mereka yang menjadi bahan berita, dengan membeli hartanah di luar negara dengan harga yang tinggi, memenuhkan poket masing-masing dengan wang sogokan.
Adakah beliau juga lupa bahawa anggota Kabinet yang secara rutin menjadi bahan berita dan dijadikan meme kerana kenyataan bodoh yang sering keluar dari mulut mereka?
Seterusnya adalah pihak berkuasa Malaysia dengan ketidakcekapan mereka menangani kes pencerobohan, penculikan serta mengendalikan isu pemerdagangan manusia, yang menjadi berita dan dijadikan karikatur oleh akhbar luar negara.
Bagaimana pula dengan samseng Umno dan pentaksub kaum yang terlepas daripada tindakan polis tetapi tetap menjadi bahan berita di negara jiran?
Berapa kali kita melihat laporan berita luar negara yang mengecam warga Malaysia keran menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan?
Di manakah laporan yang menyatakan rakyat mencemarkan imej negara, dan cuba menjatuhkan kerajaan hanya kerana memberikan kritikan?
Bukankah ini negara demokrasi, di mana warga menikmati kebebasan bersuara? Adakah kerajaan cuba menjadikan Malaysia sebuah negara diktator di mana mereka yang memiliki pandangan yang berbeza dan bertentangan akan dibisu dan dipenjarakan?
Menurut Anifah lagi, orang ramai akan menuduh kerajaan cuba menyekat akhbar jika laman berita dan penerbitan, seperti Sarawak Report, diharamkan, namun “apabila sudah ke peringkat kepentingan negara, kerajaan akan mengambil apa sahaja tindakan yang dilihat sesuai dan diterima”.
Apa yang membuat beliau fikir yang ada pihak, termasuk Najib, kebal daripada kritikan?
Bukankah beliau seorang penjawat awam, yang dipilih rakyat untuk memandu negara ini di laluannya, dengan gaji yang dibayar oleh rakyat sendiri?
Justeru, sudah menjadi tanggungjawab rakyat untuk menunjukkan kegagalannya melaksanakan tugas. Bagaimana ia boleh dianggap sebagai tindakan meruntuhkan kerajaan?
Bagi Anifah dan mereka yang seumpama dengannya, sila faham – kesetiaan rakyat hanyalah kepada Raja dan negara, dan bukan parti pemerintah dan pemimpinnya.
Dalam prinsip Rukun Negara, langsung tidak dinyatakan “kesetiaan membuta-tuli kepada pemimpin yang dipilih serta parti politiknya”.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

3 comments:

  1. Bahalol orang orang tamak dunia tiada batas nya

    Ini contoh terbaik

    ReplyDelete
  2. Boboh Macam Nik Abudu, ala Ketua Dewan Pemuda

    ReplyDelete
  3. Pencacai umno dan sekutunya paling sial dan anjing! Anifah ni 1mcm.. Sama juga adiknya si musa banjingan sangat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa