Sunday, July 12, 2015

Nasihat Isma kepada PAS

Pas dinasihat keluar dari kerajaan Selangor

 | July 12, 2015
Parti itu perlu jelaskan kedudukannya dalam kerajaan Selangor bagi mengelak rakyat keliru
pas,selangor
PETALING JAYA: PAS diminta menjelaskan pendirian mereka berhubung penglibatan dalam kerajaan Selangor selepas parti itu memutuskan hubungan tahaluf siyasinya dengan DAP.
Perkara itu dibangkitkan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), yang berpendapat ia perlu dilakukan bagi mengelakan penduduk negeri itu keliru.
“PAS harus jelaskan kenapa mereka masih duduk bersama dengan DAP dalam kerajaan negeri sedangkan mereka sudah memutuskan hubungan dengan DAP.
“Penjelasan ini perlu kerana kita tidak mahu rakyat terus keliru,” kata Timbalan Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya.
Katanya, adalah lebih baik sekiranya PAS bersedia untuk meninggalkan Kerajaan Selangor jika DAP masih wujud dalam kelompok itu.
“Jika PAS boleh berbuat demikian, barulah nampak kejantanan PAS,” tegasnya yang dipetik daripada Ismaweb.
Ulasnya lagi, PAS membuat keputusan yang tepat erana Isma sudah lama melihat tahaluf antara PAS dan DAP akan mendatangkan mudarat kepada Islam dan Pas sendiri.

6 comments:

  1. kenapa tak suruh DAP keluar dari kerajaan Selangor

    ReplyDelete
  2. Sejak bila anda gunakan NGO pro UMNgOk sebagai rujukan? Kalau ya pun terdesak...jangan tunjuk sangat!!

    ReplyDelete
  3. Duit & jawatan...pendirian Pas ialah jilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jilan penjilat sememangnya ada dlm Pas pis puss.

      Delete
  4. Ini orang orang mengarut saja

    Kualiti otak pon gred 3 tahap sampah , tiada nilai ekonomi

    Nasib baik ada cukai business orang orang cina bagi makan gaji sampai pencen dan kiok

    Bahalol , tengok muka on tahu pemalas saja.

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete
  5. Aku masih tertanya2 berapa orang ahli isma yang ada. Mereka ni pertubuhan ker atau macam kumpulan dikir barat atau boria jer... join lah group lain biar besar sikit. Kalau asyik cakap sorang sorang.... aiiiii tak nak kata apalah.... pil dah makan ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa