Monday, July 20, 2015

PAS: Lawak Aidil Fitri.......

Rancangan PAS untuk meletakkan calon bukan Islam pada PRU14 adalah satu jenaka 
08:30PM Jul 19 2015
oleh Robin Stanley Augustin

KOMEN: Tiada momen yang membosankan di Malaysia, terutamanya dalam politik.
Ketika kos sara hidup semakin meningkat GST dan keganasan di Plaza Low Yat baru-baru ini telah membuatkan ramai orang berasa gelisah, kita seringkali boleh meletak harapan kepada ahli politik kita untuk membuatkan kita ketawa kembali.
Terdapat ramai ahli politik begini di kedua-dua pihak, yang membuat kenyataan lucu seperti mereka sedang membuat persembahan dalam kelab komedi.
Yang terbaru untuk menyertai ahli politik komedi adalah tidak lain tidak bukan pengarah pilihan raya baru PAS, Mustafa Ali.
Dalam satu temubual dengan The Malaysian Insider, orang kuat PAS berkata bahawa parti Islam itu akan membariskan calon bukan Islam daripada sayap penyokong PAS, dalam pilihan raya umum akan datang.
“Memandangkan kami tidak terikat lagi dengan sebarang pakatan, kami bebas untuk bertanding di semua kerusi, termasuklah kerusi DAP.”
Beliau berkata parti itu akan memperkasakan sayap penyokong PAS yang ditubuhkan oleh ahli-ahli parti bukan Islam.
Pada pilihan raya umum 2013, parti itu membariskan tiga orang calon bukan Islam daripada sayap itu.
Dalam temubual itu, Mustafa mengakui bahawa ianya satu tugas getir buat PAS untuk meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka tetapi berkata apa-apa saja boleh berlaku memandangkan pilihan raya umum masih terlalu jauh.
“Bukan semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak dapat menjangka senario yang akan berlaku. Hanya pada 2016 kita akan dapat gambaran yang lebih jelas perkara yang akan berlaku,” kata beliau.
Mustafa turut berkata bahawa walaupun PAS sudah bersedia untuk menempuh pilihan raya umum akan datang bersendirian, beliau meramalkan PKR tidak akan mengabaikan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan kedua-dua parti masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor.
“PKR tidak akan tinggalkan PAS. Kami mempunyai kuasa yang sama dalam kerajaan Selangor. Dan saya tahu yang bukan semua pemimpin PKR selesa meninggalkan PAS hanya untuk bekerja dengan DAP.”
Seperti bahan komedi, ianya lucu sekali.
Berita ini telah membuatkan ramai rakyat ketawa. Banyak komen di bawah berita itu mengejek Mustafa, dengan sesetengah melabelkan beliau sebagai tidak tahu apa-apa dan keliru.
Apa jenus strategi pilihan rayakah ini? Meletakkan calon bukan Islam untuk mencapai cita-cita PAS seperti mana hudud versi mereka?
Strategi ini kelihatan mensasarkan untuk mendapatkan undi bukan Islam, memandangkan Mustafa berkata bahawa bukan semua bukan ISlam bersama DAP atau MCA.
Dan jika bukan Islam tidak bersama DAP atau MCA, pilihan automatiknya adalah PAS?
Bercakap dengan terlalu optimistik.
Apa yang benar-benar lucu adalah membariskan calon bukan Islam PAS di kerusi yang dipengang DAP turut dipertimbangkan.
Kerusi DAP secara tradisinya adalah kerusi bandar dengan adanya penduduk bukan Islam yang ramai. Kebarangkalian calon bukan Islam PAS menewaskan calon DAP di kerusi DAP adalah setinggi pita lapan-trek membuat kemunculan semula.
PAS mesti suka kehilangan deposit pilihan raya kerana itulah yang akan terjadi.
Idea Mustafa menggambarkan betapa sikitnya apa yang beliau tahu dan faham tentang apa yang bukan Islam mahukan.
Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Mungkin, dengan idea beliau, Mustafa mungkin berfikir bahawa pengundi bukan Islam hanya akan mengundi bukan Islam.
Bukan Islam mungkin tidak akan menyokong PAS untuk beberapa sebab, yang langsung tiada kaitan dengan bangsa atau agama calon yang diletakkan.
Pertamanya, PAS telah menunjukkan kurangnya komitmen dan tanggungjawab dengan presiden Abdul Hadi Awang yang sering tidak hadir mesyuarat Pakatan Rakyat, ketika pakatan itu masih wujud.
Kemudian, kelihatan terdapat juga hubungan antara PAS dengan Umno, yang membuatkan mereka kelihatan seperti rakan yang tidak boleh dipercayai kepada mana-mana gabungan atau parti.
Paling penting, PAS mendesak pelaksanaan undang-undang hudud versi mereka, yang tidak mengikut perlembagaan, adalah batu penghalang terbesarnya untuk meraih undi-undi bukan Islam.
Desakan PAS untuk undang-undang itu di Kelantan dan kemenangan puak “konservatif” dalam muktamar mereka baru-baru ini, telah sekurang-kurangnya, menghancurkan kepercayaan dan sokongan pengundi bukan Islam yang ada kepada parti itu dan pemimpinnya.
PAS harus berhenti berangan dan sebaliknya risau tentang mengekalkan kerusi bandarnya yang mana undi bukan Islam membantuk mereka menang di PRU13.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di  robinstanley@hckmedia.com

3 comments:

  1. Ha ha ha ....lawak TERbaik!

    ReplyDelete
  2. pengarah Pilihanraya PAS yang baru ini bersungguh2 nampaknya untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa PAS dibawah kepimpinan baru yang jumud adalah terpisah jauh dari realiti kehidupan dan politik negara. Mereka ini ibarat katak di bawah tempurung yang menganggap bahawa dunia diluar itu adalah mengikut apa yang mereka angankan atau jeninkan. Bertambah buruk lagi, pengarah pusat strategi PAS, seorang doktor, mengemukakan satu hypothesis yang tunggang terbalik iaitu jika PAS bersatu dengan UMNO, maka Islam akan berjaya memerintah Malaysia dan orang islam akan berupaya menjentik dan menyiku orang2 bukan islam dan dakwah itu hanyalah untuk orang melayu sekular yang telah lama terpesong dibawah tunggangan UMNO.

    Sosok2 yang memimpin PAS kala ini adalah sosok yang singkat akalnya tetapi tinggi egonya sebagai orang2 yang alim lagi suci. Mereka langsung tidak sedar bahawa bukan sahaja orang bukan Islam mula meluat dengan tingkahlaku mereka bahkan orang2 islam melayu yang terbuka fikiran merekapun mula berasa mual dengan attitude "holier than thou" yang dipersembahkan oleh para pengamal2 walak membuta tuli ini. Mereka bercita2 untuk bertanding dikawasan2 bandar yang dikuasai oleh DAP dan PKR serta BN? Apakah dengan strategi yang di imani oleh Zuhdi iaitu berpeluk dengan UMNO akan membuatkan orang bukan Islam menerima PAS walaupun berisiko dijentik, diherdik dan dianaktirikan oleh pemimpin PAS?

    Pimpinan PAS ni semuanya sudah mabuk dunia atau sudah overdose dengan ketuanan melayu? Rakyat Malaysia sudah bergerak kehadapan dengan keinginan membuang politik perkauman tetapi PAS masih lagi khayal dengan candu "ketuanan melayu". lawak, memang lawak betul. Tak apa...teruskalah menghisap candu itu wahai PAS! Rakyat sudah mual dengan "ketuana melayu" kerana ternyata ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah topeng yang dipakai oleh sang penyamun dan para lanun. PAS nak ganti UMNO sebagai penyamun dan lanun?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. undang-undang hudud tak perlu ikut lembaga
    lembaga kena ikut Quran
    pas tak perlu susah hati mana mana kerusi yang bakal kalah itu perkara biasa teruskan perjuangan menegak hukum Allah
    tak mau ikut hukum Allah pun mati ikut hukum Allah pun mati
    mana lebih baik
    sendiri jugak mau pikir la

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa