Thursday, July 23, 2015

Puak-puak Serban yang buat dajal.........DAP yang salah?

Sedarkah dia memang pimpinan serban PAS dah pun masuk perangkap UMNO berumpankan Hudud?
Sedarkah kamu bagaimana cara Hadi sipresideng berkawan dan bersetia?
'Seluar dalam' dah pakai ker sekarang ni Tok Pa?

Cer rujuk dan galilah balik rentetan peristiwa dari mula yang menyebabkan apa yang berlaku pada PAS hari ini..........toksah dok buat bebal macam puak-pak Cai tu......
Bukankah Cai tu sendiri agenda 'tok lebai' yang 'untouchable' dalam PAS?

Mustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP
Published: 23 July 2015 9:07 AM
Datuk Mustafa Ali menasihati mereka yang di belakang Gerakan Harapan Baru supaya berhati-hati dengan agenda DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2015.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan kesediaanya memberi penerangan kepada anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) berhubung agenda politik DAP, lapor Sinar Harian.
Bekas setiausaha agung PAS itu berkata, amaran diberikan kepada GHB supaya mereka tidak terperangkap dengan agenda DAP memandangkan segelintir mereka dilihat sudah menjadi "burung kakak tua" mengikut gaya politik parti sekular itu.
Menurut Mustafa, beliau bimbang pemimpin GHB akan meninggalkan agenda hudud apabila bersama DAP yang jelas menolak pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.
"Yang menjadi pertikaian antara PAS dan DAP ialah hudud. DAP kata, anda hendak bersama dengan kita tinggal hudud sebab DAP merasakan dia boleh menguasai pengundi Cina sekarang.
"Mereka ini hendak menang pilihan raya memerlukan undi Cina sebab dia punya matlamat jangka pendek hendak menang pilihan raya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Mustafa turut mengingatkan GHB supaya mempertimbangkan semula dan berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan menubuhkan parti baharu.
"Sebab itu saya minta mereka fikir panjang dan buat perhitungan yang benar-benar matang dalam mengambil tindakan yang mereka hendak buat," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menolak desakan segelintir pemimpin PAS yang meminta ahli kumpulan GHB meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana beranggapan mereka sepatutnya diberi peluang.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pemimpin tersebut menyertai parti baharu, secara rasminya keahlian mereka dalam PAS akan terbatal.
"Kalau sudah keluar PAS tubuh parti baharu dan lawan PAS, saya juga akan lawan mereka," katanya. – 23 Julai, 2015.

23 comments:

  1. ini lah orang ameno paling piang dalam Paih! ta dak sapa nak dengaq dah aih kecuali yg piang serupa dia ja!

    ReplyDelete
  2. Kusuuttt! ye Stopa... padan muka.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. Tapikan aku rasa admin lg dajal sbb jadi batu api laga2kan PR !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woit.....PR dah mampus le. Geng Paihh hang dah hancurkan...lgi mau sembang deraih...pigiii daaa

      Delete
  4. apa punya cerita ni??? spi, spin, spin.....

    ReplyDelete
  5. Kalau sudah jelas dan nyata yang puak GHB itu burung kakak tua DAP kenapa jadi penyebok pecat saja mereka ini tidak kita pula yang jadi burung gagak bunyi saja bising membingitkan telinga orang mendengarnya,apakah sekarang baru pemimpin PAS terutama presiden sendiri merasa takut mantan pemimpin yang dijebonkan itu menarik ahli PAS sendiri menjadi pengikut mereka bukankah presiden sendiri suatu ketika semasa hendakkan kuasa mencabar mereka keluar dari PAS jika sudah bersedia berbuat demikian ha sekarang mereka sahut cabaran itu sudah tentulah mereka sudah bersedia menghadapi resikonya,PAS usahlah berdolak dalik dengan pembohongan memadai lah dengan tipu helah dengan pelbagai alasan hinggakan mengungkit bai'ah menceraikan isteri yang tidak tahu menahu hal tersebut,mahukah pemimpin PAS menanggung dosa pengikut mereka yang taat membabi buta hingga hendak menceraikan isteri yang juga buta huruf dan buta kayu tentang hukam hakam cerai ini atau adakah pemimpin akan menjadi cina buta bila penceraian itu berlaku,inilah hakikat ketaksuban pemimpin PAS yang membutakan ilmu pengetahuan pada pengikut dan penyokong bodoh mereka dikampong-kampong dinegeri pantai timur sana.

    ReplyDelete
  6. umno tk mo hudud
    umno masih bersama MCA parti cina kafir yg tolak hudud

    tiba2 PAS nk join umno kerana digula2 dgn hudud

    logik ke umno dn MCA sokong hudud

    umno dan mca parti sekular
    tiba2 PAS nk join 2 parti sekular dan perkauman

    yg jadi mangsa DAP saja

    makin lama rakyat malaysia makin simpati pada DAP

    akhirnya DAP akan mendapat lebih byk undi simpati


    jgnla salahkan DAP dgn sebb ketololan sendiri

    tanpa DAP pun kalau dah tolol tetap akan bawa kemusnahan juga

    ReplyDelete
  7. Anon 2:43 PM

    Kalau pun aku dikatan dajal, tidaklah memalukan. Aku tak ada gelaran Tok Guru, aku tak pakai title Ulamak. Tapi wajarkah yang dipanggil Tok Guru, digelarkan Ulama itu perperangai dan berlidah dajal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin,
      Apa justification kamu menggelar ulama sebagai dajjal?....suka-suka mung je admin.

      Delete
    2. Anon 8:37

      Nko ni reti ke tak membaca? Admin dah bagitau kat ataih tu.....sah mamat ni buta huruf......kahkahkah

      Delete
  8. Kes spender putih Stopa ni dh selesai ka siasatan?

    ReplyDelete
  9. mr spender hang tak tengok cermin ke sampai dok hentam GHB dan dap. dulu bukan main anti umno sekarang apa cerita ??? .

    ReplyDelete
  10. Selagi tuan tuan tidak memulakan sistem bank dan ekonomi islam dinusantara ini, selamanyalah anda bercakaran. DIRIKANLAH SOLAT DAN KELUARKANLAH ZAKAT.

    ReplyDelete
  11. PATUT LE GENG2 USTAZ LATIP BESUT DULU KURUNG DAN BELASAH MUSTAPHA ALI NI,

    ReplyDelete
  12. Sedapnya mamat ni cakap. Suruh orang fikir panjang. Dulu masa menghina ahli sendiri, masa belot dengan kawan sendiri, lebai-lebai serban besar dah fikir panjang ke. Cakap tak serupa bikin. Bila pengaruh dan periuk nasi terancam baru nak nasihat orang. Adey, pi main jauh-jauh laa. Dulu suruh buat masjid lain sekarang apa sudah jadi. Oh ye apasal itu Pegawai Penerangan tak buat kenyataan. Jawatan nak tapi buat kerja tak reti!! Hello, kita orang biasa, sudah lihat, kerosakan PAS sudah sangat teruk, tidak ada, (ulang) TIDAK ADA sorang pun dalam PAS yang boleh selamatkan PAS!!

    ReplyDelete
  13. Anon 8:37 PM

    Mung pahan ker bahasa melayu pasar?

    Aku tak kata pun mereka tu dajjal......yang aku kata buat dajal!

    Kalau ngong takyah komenlah lagi baik......baru tak nampak bodoh mung tu!

    ReplyDelete
  14. Mustafa tak perlu bimbang dengan GHB, kerana dia tidak ada sangkut pau dengan GHB.Dia perlu bimbang pada PAS itu sendiri.Ke manakah hala tuju PAS selepas ini, setelah geng UG menang.Belum ada apa tanda tanda yang PAS kini menempa kemajuan dan terus berputar sebagai wadah perjuangan masa depan.Hanya banyak mencerca GHB saja.Seolah olah mereka yang menang dan mengambil alih jawatan daripada golongan professional tidak reti dan tidak boleh buat kerja dan meneruskan kesinambungsn perjuangan yang dibawa oleh golongan professionsl sebelum ini.Dan para UG berasa kemenangan yang mereka raih tidak berbaloi kerana jawatan dapat dan kedudukan di perolehi tetapi ahli yang nak dikerahkan dan boleh bekerjavsudah tiada, pergi meninggalkan PAS.Seolah olah sia sia saja menang.Ini yang membuat mereka meroyan.Cerca sana maki sini.Inilah umpama nasib dicari.

    ReplyDelete
  15. DALAM PAS INI ORANG ORANG BODOH GAGAL DALAM HIDUP SAJA

    BILA SENDIRI DALAM PAS BAHALOL DI INGAT RAKYAT JUTA JUTA PON IKUT BAHALOL DALAM PAS

    PAS LUPA GAJI PENCEN DI BAYAR CINA CINA TER MASOK CINA DAP JUGAK

    PAS INGAT CUKAI NASI LEMAK , LEKOR , LEMANG CUKUP TUK BAYAR GAJI PENCEN MEREKA DALAM KERAJAAN TIDOR KLANTAN KE ?????

    Amat BODOH sekali pemimpin PAS ini.

    ReplyDelete
  16. Kembali kpd rundingan yang berpandukan Alquran & Assunah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau HH dan lebai2 geng dia pakai Al Quraan dan hadis yg mereka begitu faqeh taklah PAS berantakan seperti sekarang. Mereka buang kelautvkeduanya pasai nak rampas jawatan parti tak kira dengan apa cara asalkn dapat. Mereka pakai kitab Mechiavelli......cai yg deoa dok edar semasa pemilihan tu pun depa belajaq dari kitab Mechiavelli le......

      Kesian sdra begitu naif dan ketinggalan keretapi nampaknya...

      Delete
  17. Kenapa PAS tidak mengubah logo daripada lambang Bulan ke lambang Serban sahaja?...nampaknya PAS lebih terserlah dengan melilit serban besar dikepala...entah kenapa...kalau tiada serban, maka tiadalah PAS...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa