Saturday, July 25, 2015

Ucapan hari lahir: Mahathir sindir Najib

Ucapan hari lahir untuk PM: Selamat bersara, Najib
mk - 2:00AM - 25 Jul 2015

Apakah ucapan selamat hari lahir 'istimewa' daripada seorang bekas perdana menteri untuk perdana menteri kini?

Jawabnya, selamat bersara.

Itu komen sinis Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Datuk Seri Najib Razak yang ditemui di Kuala Lumpur malam tadi.
Kata Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu, dia beharap Najib bersara awal dan aman serta menikmati persaraan berkenaan.

Sempena ulang tahun Datuk Seri Najib Razak yang ke-62, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan dengan meminta supaya beliau bersara awal daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam nada yang sinis, Mahathir berharap supaya Najib bersara dengan aman dan menikmati persaraannya.

"Saya harap dia bersara dengan aman dan menikmati persaraan itu," katanya ringkas.

'Tak tahu mengapa'

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-90 di Hotel Berjaya Times Square.

Kumpulan Berjaya menjadi tuan rumah kepada majlis berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan.

Dr Mahathir menyambut usia ke-90 pada 10 Julai lalu manakala Najib 13 hari kemudian.
Beliau memang menjadi pengkritik tegar kepada Najib dan berkali-kali mendesak anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu meletakkan jawatan.

Sementara itu, mengulas penggantungan permitThe Edge Weekly danThe Edge Financial Daily selama tiga bulan, Dr Mahathir berkata beliau "bersetuju" dengan tindakan berkenaan.

"Sudah tentu kita harus menyekat The Edge dan juga kini semua kawan saya menjadi sasaran. Saya tidak tahu kenapa," katanya.

Semalam Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan menggantung penerbitan dua akhbar terbtan The Edge Media Group selama tiga bulan atas alasan keselamatan negara.

Langkah itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak termasuk adik Najib sendiri.

KDN dilaporkan bertindak demikian berdasarkan laporan media terbabit dalam isu 1MDB yang didakwa “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan orang awam atau kepentingan awam”.

KDN juga memberi amaran menarik balik permit The Edge Media Group jika syarikat itu terus menerbitkan akhbar berkenaan dalam tempoh penggantungan. 

2 comments:

  1. HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!!!

    TUNKU bapa kemerdekaan

    TUN bapa pembangunan

    MAT BAHALOL bapa penipuan

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Najib...bapa GST yang licik dalam penipuan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa