Saturday, August 22, 2015

1MDB: Dah libatkan Switzerland pulak!

Switzerland mula prosiding jenayah berkaitan 1MDB
TMI - Published: 22 August 2015 8:56 AM
Pejabat Peguam Negara Switzerland mengesahkan pada 14 Ogos 2015, ia memulakan prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seseorang yang tidak dikenali. – Gambar Reuters, 22 Ogos, 2015

Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland sudah memulakan prosiding jenayah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang jurucakap pada Jumaat.
1MDB, lembaga penasihatnya dipengerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sedang diteliti pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan salah urus kewangan dan rasuah.
Dana pelaburan negara tersebut diselubungi kontroversi berhubung hutangnya yang mencecah AS$11 bilion (RM46 bilion) dan dakwaan salah urus kewangan.
"Pejabat Peguam Negara mengesahkan, pada 14 Ogos 2015, ia memulakan prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seseorang yang tidak dikenali," kata jurucakap OAG itu dalam satu kiriman e-mel.
Kes itu melibatkan "rasuah yang disyaki melibatkan pegawai awam luar negara, pengurusan kepentingan awam yang tidak jujur dan pengubahan wang haram," katanya.
Prosiding jenayah itu susulan dua komunikasi dari Pejabat Laporan Pengubahan Wang Haram Switzerland (MRO), kata jurucakap itu.
Berita mengenai siasatan itu pertama kali dilaporkan akhbar Switzerland, Le Temps.
Pengawal selia kewangan Switzerland, Finma berkata pada Rabu, ia sedang memeriksa beberapa bank di negara itu sama ada mereka ada menjalankan perniagaan dengan 1MDB. – Reuters, 22 Ogos, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa