Friday, August 21, 2015

Anwar Ibrahim Meninggal Dunia Di Penjara Kerana Peribadi?

Posted 03/09/2015 by Ana Ghoib in Berita Harian
Berita Terkini Laporan Isu Dan Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Penjara Sungai Buloh Selangor 2015-2020
SAYA tidak rapat dengan Dato’ Seri Anwar ibrahim sejak dia mencebur diri dalam politik. Sebelumnya saya memang mendekatinya. Semasa dia jadi menteri, ada dua/tiga kali terserempak dengannya. Selepas bebas penjara dua tiga kali juga bertemunya sekalipun dia mengetuai pakatan yang parti saya PAS menjadi sekutunya.
Saya terharu dia dipenjara lagi dan saya bangga dia sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penindasan dan cengkaman kezaliman sejak merdeka.
Jika dia dikatakan berjuang untuk jadi perdana menteri, sedikit saja betulnya.
Tetapi jika dikata dia hendak jadi perdana menteri, ia adalah betul. Tetapi mengapa untuk jadi perdana menteri sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara sedang harapan jadi perdana menteri belum tentu jadi?
Lalu ada yang mengata tinggalkanlah dia jadi laksana haiwan raksasa yang dikatakan wujud zaman purba justeru perjuangannya demi peribadi saja, bagi yang bersamanya hanya memikul liabiliti. Dari masa ke semasa seteru politik akan menubi kelemahan yang dipaksa ke atasnya.
Jika dia hendak jadi Perdana Menteri biarkan dialah justeru perlembagaan membenarkan setiap rakyat yang lahir di Malaysia berhak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan perlembagaan juga tidak melarang.

Saya mahu bersama Anwar bukan sekadar hendak menjadikan perdana menteri saja tetapi dia mampu mengembleng tenaga dan pengaruh bagi meruntuhkan belenggu kezaliman dan penindasan golongan lintah darat sejak merdeka.
Banyak yang sudah kita laku dan korbankan bagi menghalang semua keruntuhan, tetapi belumlah banyak yang dapat dibuat, bahkan belum nampak kezaliman dan penindasan itu dapat dicegah.
Harapan meruntuhkan monopoli mustakbirin khurafat BN ini hampir dapat dilakukan dengan kita dapat bersama Anwar Ibrahim. Anwar sendiri pun tidak dapat buat apa-apa. Kita saja pun belum dapat buat apa-apa juga, tetapi dengan kita bersama Anwar tembok besi Putrajaya itu sudah digoncang.
Ia sekadar belum diroboh tetapi sudah pernah digegar.
Hanya nasib belum memihak kepada perubahan. Kita telah saksikan, sekalipun Anwar itu dikatakan tampil dengan agenda peribadi, tetapi kita sendiri rasakan, tembok yang tidak dapat ditembusi lebih 50 tahun itu telah retak di sana sini dengan paduan tenaga bersamanya sekalipun dia ada mimpi lain.
Saya boleh terima anwar masuk Umno dulu kerana hendak jadi perdana menteri. Dia hampir berjaya.
Jika ia semata-mata agenda peribadinya, dia setangga saja lagi, jika sanggup menangguk kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad atas semua yang dimahunya seperti yang Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak buat, dia sudah dapat agenda peribadinya itu. Tetapi dia dibuang ketika dia adalah pengerusi jawatankuasa kabinet antipenyelewengan.
Kerana dia mengutamakan membersih penyelewengan semua orang yang bersamanya, maka mereka buang dia dulu sebelum dia buang mereka.

Malaysian prison officers stand guard infront of the entrance of Sungai Buloh Prison outside Kuala Lumpur on February 10, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli
Dan jika agenda peribadi jadi keutamaannya, dia tahu kesaktian Umno, bukanlah mudah untuk dileburkan.
Hanya melalui Umno saja kuasa dapa dicapai, itu jua fikiran khurafat, dia tidak cari jalan untuk masuk semula Umno seperti yang banyak orang sangka. Dia tubuh parti dan terus bersama pembangkang. Dia tahu selama lebih 50 tahun pembangkang tidak dapat tumbangkan kerajaan.
Mengapa dia mahu kekal bersasma pembangkang bagi melakukan perubahan?
Kita tahu Anwar ditawarkan jawatan besar dalam agensi PBB sebaik lulus universiti.
Dia tolak gaji empat angka dolar Amerika tetapi buka Yayasan Anda bergaji kecil. Perjuangan peribadi jarang menolak tawaran lumayan.
Orang balik Mesir, Jordan dan Madinah tak tolak jawatan mufti dan penasihat agama perdana menteri, tetapi Anwar pilih kerja yang bergaji kecil.
Banyak yang tempelak Anwar utamakan diri dan peribadi, tetapi dia buat kerja yang memungkinkannya hidup di pejara lebih lama dari duduk dalam kabinet. Orang yang berkokok itu buat apa?
Sedarkah tentang rasuah menjadi-jadi dan penyelewengan merata-rata, tapi lebih senang terima jawatan bergaji besar sedang rakyat menderita dan ditindas?
Saya sedar politik Anwar hari ini tidak sama dengan politiknya sebelum masuk politik itu. Pandangan Islam sudah berbeza. Tidak nampak ada persamaannya dengan apa yang PAS mahu dulu dan akan datang.
Tetapi kita mesti faham bahawa suasana selepas 50 tahun lebih negara dibawah politik zalim dan penindasan, tidak semua yang hesdak buat ketika PAS diubuhkan dulu dapat dibuat.
Banyak yang tidak dapat dibina di samping ada banyak lagi yang dapat dibuat.
Kehadiran Anwar dalam Pakatan Rakyat memberi harapan boleh menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaan yang kita sertai bersama Anwar nanti.
Walaupun kerajaan yang Anwar pimpin itu tidak dapat memberi semua apa yang PAS mahu, tetapi yang pertama, kita sama-sasma boleh runtuhkan mustakbirin. Sekalipun Anwar tidak penuhi semua yang PAS mahu, tetapi dia tentu tidak teruskan penindasan dan kezaliman seperti yang kerajaan mustakbirin buat sekarang.
Perjanjian kita dengan Anwar bukanlah ditentukan hingga kiamat. Sekali pun kita bercadang untuk bersama selama mungkin, tetapi kita boleh kaji dari masa ke semasa.
Kita boleh bersama selagi kita mahu dan selagi Anwar mahu. Jika Anwar jadi perdana menteri, belum tentu dia terima hudud yang PAS mahu.
Dia mungkin terima dam mungkin tawakuf, tetapi pada peringkat awal kerajaan itu akan bekerja siang malam bagi membasmikan penyelewengan, membendung dan maenghukum gejala rasuah, menegakkan keadilan dan paling utama memastikan negara tidak muflis seperti Greece dan lain-lain.
Dan jika Anwar pula masa itu buat pula macam yang Umno, suatu yang malaikat simpangkan dengan izin Allah, maka kita berfikir pula pada ketika itu. Yang penting kurafat Umno sudah dibersihkan.
Kiranya Umno ada lagi masa itu, ia tentunya Umno lain. Kita akan hadapi pula mana-mana pihak yang jadi macam Umno lagi.
Maka pada saya, ajaiblah kalau Anwar itu utamakan peribadi dan perjuangan ummah dengan sanggup duduk lama dan berkali-kali dalam penjara, berpisah dari muda hingga tua dengan isteri, anak- anak dan cucu.
Orang yang utamakan peribadi tidak sanggup tinggalkan cucu dan dalam usia yang warga emas itu, sanggup bermalam sendirian semasa sakit dan demam.
Mana ada orang penting diri sanggup mati dalam penjara. Saya tidak sanggup. Maka saya tidak boleh perkecilkan orang yang sanggup seperti Anwar. Saya bangga dengannya, jika tiada lagi yang mahu kepadanya, biarlah saya seorang yang mahu dan ingat kepadanya. Pengorbanannya utk membebaskan negara dari penyelewengan dan penindasan akan dikenang selama-lamanya. – Subky Latif / Sumber DetikDaily

20 comments:

  1. Ini boleh buat yang cemburu bertambah lagi cemburu nya.

    Tapi orang yang cemburu itu apa yang dia buat?

    Dia cuma tenguk ahli-ahli keluar parti !!

    ReplyDelete
  2. Sudah lah hj subky, memang perangai Pas sejak asali.......bila org tu dipenjarakan baru nak sokong, masa dia bebas nkorang buta hati! Bila najib ada skandal nkorang suruh rakyat bagi ruang untuk memperbaiki keadaan, nkorang suruh rakyat bagi 4 orang saksi sedangkan benda dah jelas............cakap tak serupa bikin! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiirah!

    ReplyDelete
  3. Macam mau menangis baca artikel ni, :-(

    ReplyDelete
  4. Tahniah Subky ..yang saya kenali sejak 70 an, walaupun beliau tak pernah kenal saya

    ReplyDelete
  5. suprise..cukup suprise datangnya dari orng inner circle PAS.Bagaimana Hadi dan Haron din.

    ReplyDelete
  6. satu kupasan yang bernas... bahkan Saudara Anwar dan keluarganya bakal menuai hasil pahala diakhirat kelak terhadap fitnah yg dilemparkan kpdnya ... beriman kpd perintah Allah... tanpa hadirnya 4 orang saksi yang adil maka tuduhan itu diabaikan dan adalah fitnah....

    ReplyDelete
  7. Pada tahun lepas kami juga menulis dgn andaian Anwar akn mati di sg Buloh.... Byk kemungkinan dan keuntungan BN jk ia berlaku

    ReplyDelete
  8. Setiap hari saya mengira mengapa Anwar sanggup membiarkan dirinya terus dipenjarakan oleh orang yang berkuasa. Pemimpin UMNO sekarang mana ada yang pernah masuk penjara. Kalau ada pun, mereka yang pernah menyertai Anwar.
    Bagi yang memaki hamun Anwar siang malam baik yang melayu, cina atau india semuanya sudah berjawatan kecuali peguam yang sentiasa berkopiah.
    Saya boleh katakan tidak nampak adanya pemimpin yang mampu menumbangkan kerajaan yang menindas rakyat sekarang ini.

    ReplyDelete
  9. Saya setuju apa yg dimaksud kan Pak Subky Latif

    ReplyDelete
  10. Saya amat setuju dgn tulisan Pak Subky Latif, dari dulu hingga sekarang saya tetap bersama-sama DSAI sekeluarga utk menentang pemerintah yg zalim

    ReplyDelete
  11. Anwar Ibrahim

    Anwar Ibrahim se orang Melayu yang tahu jadi Melayu

    Saya sanggup ganti Anwar Ibrahim di Sungai Buloh

    Anwar Ibrahim penyelamat Bangsa

    KIOK dalam Sungai Buloh menanti di Syurga

    Anwar Ibrahim mangsa Aniaya

    Melayu gila dunia lupa Rasuah Bukan Derma

    Bila KIOK muka lebam dan Hitam

    Mati lah dalam Senyuman

    Matlamat Kita Di Dunia

    ReplyDelete
  12. KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah bersetuju keluar Umno dan menerima cadangan untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13 lepas.

    Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu dipersetujui Tengku Razaleigh melalui satu pertemuan bersama dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelum pilihan raya.

    Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku apabila PKR membuat keputusan selepas pertemuan itu untuk mengekalkan keputusan biro politik partinya untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara DAP berpendirian bersetuju dengan keputusan Anwar dan PKR.

    “Apabila tiba malam pilihan raya, kita berhimpun di satu hotel, pemimpin Pas termasuk saya pun ada di situ tunggu keputusan dan saya maklum pada Tuan Guru Haji Hadi saya berada di situ dan kalau ditakdirkan kita menang dalam pilihan raya pada malam itu, Anwar lah perdana menteri.
    “Tengku Razaleigh bukan sebahagian daripada PR kerana tidak berlaku strategi yang kita rancangkan itu. Jadi, tidak berbangkit Hadi tolak Anwar sebagai perdana menteri,” katanya di sini, semalam.

    Beliau berkata, sebagai menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terus menerus menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, jika PR menang dalam PRU13.

    Mustafa mendedahkan bahawa perkara itu tidak timbul kerana semua pihak bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun Pas turut mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri. Jelasnya, DAP juga tiada masalah sama ada Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri asalkan perkara itu dipersetujui Anwar.
    “Berhentilah cakap bohong sebab Pas tidak pernah menolak Anwar sebagai perdana menteri dan apa yang disebut Kit Siang itu saya tidak tahu apa tujuan dia,” katanya.

    Bagaimanapun beliau tidak menolak idea untuk Pas meletakkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri adalah di pihak Pas tetapi dibuat selepas ketiga-tiga parti bersetuju veteran Umno itu mempunyai pengaruh tersendiri dalam menarik sokongan tiga hingga lima peratus undi orang Melayu kepada PR.

    “Saya tidak tahu dia (Tengku Razaleigh) setuju atau tidak setuju saya terang ini, kena tanya dialah tapi saya terpaksa kena cerita untuk beritahu pembohongan Kit Siang,” katanya.

    Mengulas pertemuan dengan Tengku Razaleigh, beliau memberitahu Tengku Razaleigh bersetuju dengan cadangan tersebut dalam pertemuan di sebuah hotel melibatkan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mustafa dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala pemimpin PKR disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul dan Abdul Rahim Gaus.

    Beliau berkata, perbincangan itu turut menyebut bahawa Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri untuk tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, sebelum jawatan itu diberi kepada Anwar.

    “Saya boleh sebut dia sedia tinggalkan Umno (ketika pertemuan itu),” katanya. (SH)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang rosling. Tak payah cerita panjang2 la. Dah baca dah. Buat menyemak saja kat sini Wang rosling oooi. Bawa la cerita tuang presideng kau tu.

      Delete
    2. Aku nak bgtahu kau jgn percaya tok guru LGE dan LKS yg suka fitnah tok guru aku.. tok guru kau kata khinzir halal dan tok guru aku kata haram.. kan beza tu tok guru kita..

      Delete
  13. Firstly the "Rainbow Dragon" Weve named it before which is also
    called "Leap Year Dragon", the "Sun Dragon" along with the "Moon Dragon".
    Therefore, it is easy to say that you can purchase the full version of the game in your iphone 3gs, i - Pad or other
    Apple devices directly through the App Store of iphone.
    I believe that James was the criminal Barabbas, described in The New Testament, and released just after Jesus' trial.


    Visit my web-site :: Dragonvale Cheats Without Jailbreak

    ReplyDelete
  14. I was recommended this website by my cousin. I am not positive whether this post
    is written by him as no one else recognize such
    unique about my problem. You're wonderful! Thanks!

    My blog ... fashion story country girl Hack iphone

    ReplyDelete
  15. Wonderful post! We will be linking to this particularly great
    post on our site. Keep up the good writing.

    Here is my webpage ... battle glory 2 hack iphone

    ReplyDelete
  16. Wow, wonderful blog layout! How long have you been blogging for?
    you made blogging look easy. The overall look of
    your site is great, let alone the content!


    My homepage :: animas Online Hack

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa