Friday, August 28, 2015

DEIG: Kenapa Azmin membisu?

Azmin terus ‘kunci mulut’ isu DEIG
Published: 27 August 2015 9:53 PM
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata maklumat mengenai DEIG sudah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2015.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali terus "mengunci mulut" berhubung status operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak.
Semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Shah Alam, hari ini, Azmin berkata maklumat mengenai entiti itu sudah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.
"Saya sudah jawab dalam dewan (DUN) mengenai perkara ini. Tengok 'handouts' saya," katanya ringkas.
Pada persidangan DUN itu, Azmin berkata DEIG, yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Beliau berkata entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.
MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat, katanya.
Azmi bagaimanapun berkata DEIG, yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016.
Namun, sebuah portal berita kewangan baru-baru ini melaporkan syarikat pelaburan itu mengumumkan untuk mencari rakan kongsi bagi pelaksanaan pembangunan tanah di kawasan Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung.
Ketika diminta mengulas laporan portal berita itu yang menyebut DEIG pernah melaksanakan proses Pernyataan Minat (RFI) dan Permohonan Cadangan (RFP) berhubung pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan berkenaan, Azmin menafikannya sebaliknya menjawab: "RFI atau RFP itu semua dilakukan oleh MBI".
Pada 8 Julai lepas, The Edge Financial Daily melaporkan pembangunan tanah di ketiga-tiga kawasan itu akan dilaksanakan DEIG Land yang menyasarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM10 juta bagi fasa pertama menerusi konsep usaha sama.
Laporan itu turut menyatakan bahawa DEIG membuka RFI selain akan memaklumkan RFP kepada pemohon yang disenarai pendek untuk pembangunan berkenaan. – Bernama, 27 Ogos, 2015.

2 comments:

  1. DEIG hanya sebuah syarikat induk yang masih di bawah kerajaan negeri Selangor dan ia miliki rakyat sepenuhnya..

    Tidak ada hutang

    Tidak ada curi tanah muah negeri Selangor

    Tidak ada derma 2b

    Azmin sudah pastinya belajar dari kegagalan Khalid gagap dan 1mdobi haji Najib

    Harap sabar jgn terburu buru

    ReplyDelete
  2. Ular lidi menelan Naga sebagai sindiran - DEIB menelan MBI.

    Isu ini cukup bahaya dlm konteks politik diSelangor. Persoalanya Azmin dan kuncunya bukan Nabi .

    Embisi Azmin and the team cukup bernafsu
    berbanding Khalid Ibrahim (sebagai kuda trojan umno) .

    Contohi lah Lim Guan Eng seorang Cina yg tegas mentadbir Pinang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa