Thursday, August 27, 2015

Isytihar Bersih 4 darurat: Lawak atau fakta?

Tiba-tiba saja Bersih ke arah darurat jadinya?
Sabah tak darurat pun ketika peristiwa Lahad Datu?
Situasi itu lebih serius kerana sudah pun melibatkan pertempuran bersenjata dan akibatkan banyak kematian.
Kenapa hari ini tentera bercakap tentang bom dan darurat?

Tentera campur tangan jika Putrajaya isytihar Bersih 4 darurat
Published: 27 August 2015 4:00 PM
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, setakat ini ATM tidak terlibat mengawal himpunan ini kerana situasi masih belum mencapai tahap darurat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2015.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan masuk campur menangani himpunan Bersih 4 yang akan diadakan hujung minggu ini jika kerajaan mengisytiharkan darurat, kata Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Panglima ATM itu dipetik The Star Online berkata, pihaknya setakat ini tidak terlibat mengawal himpunan ini kerana situasi masih belum mencapai tahap tersebut.
"ATM hanya akan masuk campur jika kerajaan mengisytiharkan darurat.
"Jika situasinya dikategorikan sebagai ancaman kepada orang awam, kami akan ambil alih peranan polis mengawal keadaan," katanya di Kementerian Pertahanan, hari ini.
Zulkifeli berkata, walaupun anggotanya tidak diarahkan untuk mengawasi himpunan 29 dan 30 Ogos, namun mereka menjalani sesi latihan bagi menghadapi kemungkinan himpunan aman itu bertukar menjadi luar kawalan.
"Tidak bermakna kita tidak menjalanu latihan dengan polis untuk mengekalkan ketenteraman awam.
"Kita perlu memastikan yang kita sentiasa bersedia, berkemahiran dan cekap dalam menjalankan tugas jika kerajaan perlu mengumumkan keadaan darurat," katanya.
Katanya, amat penting bagi ATM mengambil langkah pencegahan kerana bimbang insiden sama seperti letupan bom di Erawan Shrine di Bangkok, Thailand, terjadi di Malaysia.
"Kami bimbang jika himpunan sebegini bertukar darurat kerana beberapa perkara. Apa yang terjadi kejadian letupan bom di Thailand, ada yang ambil kesempatan terhadap situasi itu...itu yang kita bimbang.
"Ada banyak faktor yang menukar sesuatu himpunan itu, bagaimanapun aman, kelam-kabut," katanya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, wujud kumpulan anarki yang bertujuan mencetuskan provokasi terhadap polis supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta.
“Tindakan provokasi berkenaan adalah untuk menyebabkan polis dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram itu sekali gus akan meningkatkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. – 27 Ogos, 2015. - sumber

8 comments:

  1. Inilah Panglima lembu ekor pendek yang selalu menjilat punggung Perdana Menteri sejak dari pencerobohan di Lahad Datu lagi. Manusia kuat bodek dan jilat begini memang cepat naik pangkat walaupun fizikal macam katak puru. Satu Malaysia dah maklum perangai beliau....

    ReplyDelete
  2. probok probok selalunya kerja sapa
    sikit sikit dalulat

    ReplyDelete
  3. Abe

    Gerpok jah tu....mugo takut ratus ribu keluar nanti. Ada semua....ahli UMNO pun ado.

    ReplyDelete
  4. Saja la buat gempak tu.bkn polis je buat mennyibuk tentera pun joint sekala.buat mcm d thailand yg menghalau pm nya tu tak apa juga.ini rakyat yg tak bersalah pulak nak dhalaunya.

    ReplyDelete
  5. Harap pada cakap saja bila buat kereja hancus ampu najib memang kuat sebab bila pencen jawtan dah menuggu,itulah sebabnya perhimpun aman pun dia minta nak didharurakan supaya najib dapat tengok dia ada kereja dan boleh ampu dan jilat sekali lebih kuat lagi

    ReplyDelete
  6. Apabila tentera masuk campur hal politik seumpama ini maka berakhirlah kerjasama rapat orang awam dan rakyat biasa dengan tentera. Kalau tentera membelasah rakyat maka berakhirlah pandangan mulia dan rasa hormat rakyat dan orang ramai terhadap tentera. Itulah masaalahnya dengan Malaysia bukan tentera dan polis sahaja, bahkan apa saja yang berkaitan dengan ameno mesti melibatkan tabiat membodek, menjilat, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai perkara negatif yang membelakangkan kemajuan negara. Tak malu ke orang Melayu sejak dari dulu hanya berani dengan orang Melayu sahaja. Dengan bangsa lain Melsayu boleh dibeli. Dengan Portugis, Melayu bungkus sedangkan pada zaman yang sama pribumi Sri Lanka mengalahkan tentera Portugis dua kali, dengan Belanda pun lingkup juga, dengan British terus Melayu jadi hamba sampai ke hari ini. Dengan Jepun orang Melayu macam kena hentak dengan botol sake!!. Zaman melawan komunis dan pejuang Melayu , kalau tidak ada tentera Commonwesalth, Gurkha termasuk Fiji dan sebagainya sudah lama Malaya tinggal nama. Mana gagahnya orang Melayu? Merdeka lebih 50 tahun satu benda pun tak boleh mengatasi Singapura kecuali bilangan penagih dadah, statistik buang anak dan kemalangan jalanraya. Melayu tidak akan sedar kerana keterlanjuran mereka sedang laju menuju kepada kehancuran dan dalam masa yang sama jiran-jiran meningkatkan pembangunan negara masing-masing!! Sayang sekali khazanah bumi anugerah Allah s.w.t. yang dikurniakan dari beribu tahun dahulu tidak dapat dimenafaatkan untuk seluruh negara dan rakyat. Apakah bila negara ini sudah menjadi Somalia atau Libya atau Afghanistan atau Iraq dan Syria baru kita mahu sedar? Semuanya ketika itu sudah terlambat. Semoga Allah melindungi kita dari malapetaka buatan manusia durjana. Amin.

    ReplyDelete
  7. Pdrm kena tukar jd pdrn..
    Polis di raja najib.
    Atm pun kena tukar jadi atn..
    Angkatan tentera najib
    Memang dia gila nak jd emperor anak razak ni

    ReplyDelete
  8. Bahalol jugak.

    Anak siapa nih ?????

    Ber syukur Cina India ada bayar cukai bagi makan minum sampai pencen tidak , tau tau nak buat huru hara pulak.

    Tak pikir ke dah tua tua macam nih ? ?????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa