Saturday, August 1, 2015

Terlalu awal dan dah terlalu lewat

MASIH TERLALU AWAL untuk menyatakan bahawa presiden Pas hari ini adalah seorang yang boleh diberi kepercayaan untuk memacu dan mencipta kecemerlangan untuk parti serta organisasi bagi menuju puncak kejayaan, dan seterusnya meraih redha Allah di dalam wadah perjuangan.

MASIH TERLALU AWAL untuk menyatakan bahawa presiden Pas hari ini ialah seorang yang mempunyai tahap kebolehpercayaan integriti yang tinggi dan disiplin perjuangan yang konsisten untuk membawa naluri perjuangan rakyat di negara ini.

ADALAH TERLALU LEWAT untuk dikatakan bahawa inilah satu-satunya presiden Pas dalam sejarah gerakan Pas yang telah digunakan oleh Barisan Nasional di dalam Facebook rasmi mereka sebagai kempen untuk menguatkan kepercayaan ahli mereka bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional masih kuat dan berada di landasan yang betul kerana masih mendapat sokongan presiden Pas sebagai ulama tersohor di dunia.

ADALAH TERLALU LEWAT bagi setiap insan yang waras dan berjiwa merdeka untuk tidak mempercayai bahawa presiden Pas yang ada pada hari ini merupakan satu-satunya presiden yang diberi liputan dan akses yang seluas-luasnya oleh media Kerajaan Barisan Nasional dan satu-satunya presiden Pas yang diberi layanan istimewa serta dikasihi dan dihormati oleh pimpinan Barisan Nasinal.

ADALAH TERLALU LEWAT untuk menafikan benih-benih yang ditaburkan oleh segelintir pemimpin Pas terdahulu dan yang ada pada hari ini telah berkembang dengan suburnya dalam usaha penyatuan Umno dan Pas, lantas seterusnya akan membentuk PAS NO sedikit masa nanti.

Untuk itu, TIDAK TERLALU LEWAT untuk semua pencinta keadilan dan kedamaian serta yang punya harga diri dan maruah untuk menolak pimpinan sebegini.  Jangan biarkan watak-watak ini menjarah kehidupan kita untuk masa-masa yang akan datang.

Dr Osman bin Muhammad
Serdang, Selangor

6 comments:

  1. ORANG ORANG TOLOL MUKA MUKA MEREKA AGAK SAMA SAJA & BADAN BADAN BESAR.... Standard orang malas!

    Pendapat 2 sen saja

    ReplyDelete
  2. Pendapat seorang pemimpin yang berpengalaman, tenang dan tidak gelebah, syabas TGHA kerana menunjukkan sifat kesabaran. Lewat ke awal ke itu urusan UBN bukan urusan TGHA, terpekik terlolong pun tiada guna, UBN tidak peduli pun kritikan atau cadangan, apatah lagi ianya datang dari pembangkang, ahli UBN sendiri pun Najib tak ambik peduli inikan pula Mujahid atau Mat Sabu yang bagi cadangan supaya diadakan undi tidak percaya atau LGE menyerang TGHA kerana kabinet UBN, adakah kabinet Najib akan berubah? Awalan dan akhiran tiada makna disini adalah lebih baik tumpukan perhatian kepada apa yang diusahakan kini iaitu PR 2.0 biar jadi kenyataan dan PAS juga perlu bersiap untuk berjuang sendiri......

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSHA tenang dan tak gelabah?
      Kahkahkahkah
      Lawak la you ni

      Delete
    2. Budak Bahalol nak gelabah apa hal

      Otak KOSONG mah....

      Delete
  3. Maaf.. tak nampak apa kesilapan kepimpinan PAS.. yg hanya nampak terkini ialah 'sokongan membawa rebah' oleh TGHH dan TGHD kpd UMNO berjaya melemahkan lagi UMNO.. suatu bacaan politik yg cukup tinggi..

    Berbanding puak pembangkang lain yg pada awalnya nak jatuhkan najib seorang.. kalau itu berlaku, pastinya kini Muhyiddin sudah pun mengambilalih UMNO.. Lalu kembali bertambah kekuatan UMNO di kala posisi puak pembangkang yg pula semakin lemah kecuali PAS!

    Agak2 siapa punya bacaan politik yg lebih bijak??

    ReplyDelete
  4. Wan Rosli,
    Mereka tak reti nak baca macamana bacaan politik TGHH kerana kebencian mereka kepada TGHH dan TGHD terlalu tebal sehinggakan mereka pun tak reti nak bezakan diantara gelabah dan tenang....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa