Saturday, September 12, 2015

Al Jazeera bohong? Kenapa tak saman?

Salleh: Dokumentari Al Jazeera hanya berdasar pembohongan


Semua yang dipaparkan dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang disiarkan semalam, adalah semata-mata bersandarkan kepada perkara dengar cakap dan tidak berdasarkan sebarang bukti nyata, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Katanya, dokumentari itu mengandungi pelbagai adegan lakonan semula dengan suara latar yang memberi gambaran ia adalah bukti di mana sebenarnya adegan-adegan itu dimainkan oleh pelakon.
"Bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa adegan-adegan tersebut adalah adaptasi daripada kisah sebenar yang tidak dijelaskan. Al Jazeera mengakui adegan-adegan tersebut adalah lakonan semula.
"Kenapa Al Jazeera mahu memutarbelitkan... beberapa kisah itu semata-mata hanya pembohongan dan spekulasi yang mencetuskan kesangsian bahawa wujud niat tersembunyi di sebaliknya," katanya dalam blog sskeruak.blogsport.my semalam.
Beliau berkata stesen televisyen antarabangsa itu mempaparkan kenyataan yang diubah banyak kali oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.
Salleh juga berkata Al Jazeera juga gagal menyebut polis Perancis merakamkan kenyataan Bala di Paris dan mendapati ia tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai.
Katanya polis Perancis dalam laporannya berkata wanita Mongolia berusia 28 tahun itu mahupun Razak Baginda atau perdana menteri tidak pernah memasuki negara itu dalam tempoh yang dikatakan dalam dokumentari tersebut.
Justeru, katanya ia merupakan kes klasik dengan fakta disulami dengan fiksyen dan kisah-kisah yang disebarkan.
"Fokus cerita Al Jazeera tertumpu kepada Altantuya yang merupakan seorang penterjemah untuk kontrak kapal selam, sesuatu yang tidak berlaku sebelum wanita itu dikaitkan," katanya.
"Saya hanya boleh mengklasifikasikan laporan Al Jazeera ini sebagai nakal dan berniat jahat dengan cerita sensasi yang disajikan sebagai suatu kebenaran,"katanya. - sumber

4 comments:

  1. Sampai la ni Najib tidak berani hendak saman WSJ!Berani kerana benar,takut kerana salah.

    ReplyDelete
  2. Satu hal yg pelik razak baginda ada dirumah atau tak masa tuya dtg.knpa bala tak cita yg razak baginda yg bunuh tuya.tuya tdk dibunuh dirumah razak tp pejabatnya.dimanakah razak barada ketika itu.

    ReplyDelete
  3. Orang tua2 citer anak keruak kejenya curi duit..
    Anak keruak ada tuan,
    Tuan suruh apa pun dia akan buat..
    Hehehe

    ReplyDelete
  4. Muka muka masing masing tak bersih , tak ber seri dan macam muka Lahanat kan?????

    Kenapa begitu?????

    Muka Lim Guan Eng pon ada bersih seri nya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa