Tuesday, September 15, 2015

Anjing menyalak yang perit tekak, babi tak dengar pun!

Kiasan ‘babi’ oleh Abdul Hadi yang sebenarnya membuang masa 
09:30PM Sept 14 2015
oleh Alyaa Alhadjri

PANDANGAN: Sepanjang minggu lalu, ada dua perkara yang menjadi viral di media sosial saya.
Perkara pertama adalah twit dari seorang kawan dan perkara kedua adalah petikan ucapan seorang presiden parti.
Kedua-duanya ada satu persamaan – perkataan berhuruf empat itu.
Ia adalah “babi” – perkataan yang sering digunakan untuk tujuan menghina. Dan ia perlu disebut dalam bahasa Melayu untuk memberi kesan yang diinginkan.
Kawan saya meluahkan apa yang datang ke fikirannya secara rawak. Barangkali di fikiran ramai yang lain juga.
“Mengapa anda menghina seseorang dengan menyebut makanan kegemaran mereka? Sama seperti menghina Melayu (dengan berkata) KFC,” katanya di twitter.
Secara kebetulan pula, seorang kawan yang lain turut berkongsi perbualan bersama bapanya.
Kawan: Bakon adalah perkara terbaik di dunia ini.
Bapa: Tidak, ia adalah perkara kedua terbaik.
Kawan: Jadi apa yang terbaik?
Bapa: Bakon yang banyak!
Jelas, mereka tidak akan rasa terhina jika ada yang memanggil mereka ‘babi’ – walaupun bagi sebahagian orang, haiwan itu dikaitkan dengan kekotoran dan sifat tamak.
Saya perlu akui yang ada kalanya saya juga bersalah melakukan perkara yang sama, walaupun saya sentiasa boleh meminta maaf jika perlu.
Tambahan pula saya bukanlah ‘twitfemes’ atau ‘twitteretis’ – istilah yang diberikan kepada ‘selebriti’ internet.
Dan tentunya saya bukan presiden parti Islam atau ulama’ yang dihormati.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencetuskan semacam kegemparan ekoran ucapannya di Kongres Rakyat di Shah Alam Sabtu lalu. Acara itu dianjurkan oleh gabungan NGO yang berkaitan dengan parti PAS.
Menurut laporan, kongres tersebut dianjurkan sebagai pentas untuk semua peserta bertukar pandangan tentang isu yang memberi kesan kepada rakyat.
Dalam ucapan dasarnya, Abdul Hadi juga menafikan bahawa usaha PAS menganjurkan Kongres Rakyat sebagai membuang masa, dengan menggunakan pepatah Melayu ‘bagai anjing menyalak bukit’.
“Orang boleh kata kita membuang masa. Seperti anjing yang menyalak  bukit.
“ Kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” katanya disambut sorakan dan laungan takbir oleh hadirin.
Abdul Hadi kemudian berkata, penganjur kongres tidak kisah jika dilihat sebagai membuang masa mereka.
“Kita ‘menyalak’ pada kelemahan yang sedang berlaku. Najisnya kena pada semua. Marilah kita selesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin,” katanya yang sebelum itu menyentuh secara tidak langsung pergaduhan dalaman PAS, Umno dan parti-parti lain.
Walau siapa pun yang dirujuk Abdul Hadi sebagai ‘babi’ dalam ucapannya, hakikat yang beliau telah menggunakan perkataan tersebut bertentangan dengan statusnya sebagai ulama’ yang dihormati.
Pemerhati juga berkata bahawa ketika berhadapan kritikan - sama ada dari dalam parti sendiri atau bekas parti komponen Pakatan Rakyat, ‘salakan beliau biasanya lebih teruk daripada gigitan’.
Abdul Hadi sebelum ini pernah menggunakan perkataan “anjing” dan “serigala” ketika menyifatkan seteru politiknya, dipercayai ditujukan kepada beberapa pemimpin DAP dan PKR.
Dalam kebanyakan kes, penggunaan kata-kata seperti itu hanya menunjukkan karakter mereka yang membuat penghinaan itu sendiri, kerana penerimanya kemungkinan besar tidak merasa terhina. Atau dalam kes ini,  mereka tidak sedar pun yang mereka sedang dihina.
Dan pada akhirnya, ‘salakan’ seumpama ini yang telah menjadi mercu tanda kepimpinan Abdul Hadi dan kumpulan ulama’ konservatif dalam PAS.
Kedua-dua pemimpin dan penyokongnya itu cenderung untuk membuat kenyataan yang celupar dan tidak berasas, disulami dengan anekdot tentang seteru mereka. Ia jelas tidak mencerminkan keterampilan mereka sebagai orang yang warak.
Apatah lagi ‘salakan’ mereka biasanya tidak menghasilkan apa-apa. Sama seperti  apa yang dikatakan sebagai ‘kerjasama’ hudud dengan Umno. Setakat ini isu itu hanya menyebabkan mereka terus terpinggir dan hilang sokongan.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

17 comments:

  1. mmg ler babi pekak...byk hidu asap roket...rosak hati...telinga jadi pekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tengok hidung dan mulut hadi nampak tak mcm babi, bila kata kat makhluk allah akan balikkan.

      Delete
  2. si anon 12;33 yg komen tu serupa mcm babi juga cara pemikirannya

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pulak aku belajar dari sekolah sehingga sekarang yang hidu asap boleh jadi pekak. Ko dari sekolah mana? Dan hanya anjing yang paling bodoh saja menyalak pada yang pekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. .... dia belajaq kat Kuliah di Rusila kot... Perumpamaan terkini.." seperti anjing menyalak pada yg pekak'... ha ha ha ... class gitu..

      Delete
    2. ...'hanya anjing yg paling bodoh sahaja menyalak pada yg kekak'.. maknanya buat keja lagho.. syok sendiri... gumbira gumbira

      Delete
  4. Pada pendapat saya, mulut ulamak tak patut jadikan anjing dan babi sebagai satu zikir. Tak elok la macam tu. Kurang ajar. Ulamak mulut longkang. Taubat la banyak2.

    ReplyDelete
  5. “Kita ‘menyalak’ pada kelemahan yang sedang berlaku...." membawa maksud yang menyalak itulah anjing. Ehh...pening den, macam mengaku sendiri itu anjing pula. Den tak tuduh, dio sendiri yang cakap, kann...

    ReplyDelete
  6. Kpd anon 12.33am

    nak aku jawab terasa macam tak sampai di hati
    bila segala seranah dihambur oleh pemimpin kau yang jelas tidak beradap aka biadap
    lalu kau menyambung segala fitnah dan seranah

    Jika berfikir, gunakan akal
    jika bercakap gunakan bahasa
    jika berukhwah, bertata susila

    yang dikata oleh pemimpin pas ini bukan orang lain
    bahkan saudara seagamanya juga

    Adakah ini yang dikatakan sebagai "memakan daging saudaranya sendiri?"

    ReplyDelete
  7. Anonmuose 12.33.sikap beginilah yang mejadikan ulamk kau makin tinggi diri ,ego.sombong bongkak dengan sebab adanya manusia jenis kau ni.otak tak dapat berfikir mana bahasa yang indah diucap.mana peribahasa melayu yang sedap didengar,mana kata2 yang lunak .hendaknya pula bahasa yang kelaur dari seorang di rasakan ulamak.nasib babi yang pekak ,kalau aku pekak lagi teruk dari babi.

    ReplyDelete
  8. PAS parti kutuk dan hina orang lain yang tidak menyokong mereka.

    ReplyDelete
  9. Adakah satu kebetulan apabila Allah telah menyifatkan ulamak2 yang jahat dan cintakan dunia sebagai anjing? Anjing itu akan sentiasa menjelirkan lidahnya dan anjing itu akan menjelirkan lidah jika kita menggamitnya dan juga jika kita menghalaunya. Ia sentiasa menjelirkan lidahnya kerana itulah sifat semulajadi anjing. Sungguh, memang Allah Maha Bijaksana dalam segala hal dan ini adalah peringatan kepada kita tentang mereka2 yang suka menyalak dan menjelirkan lidah. Allah mahu kita kenal akan sifat mereka dan apabila sudah dikenal, jauhkanlah diri kita dari mereka2 itu! Biarkanlah mereka itu berterusan menyalak dan menjelirkan lidah. Panggilan hina seperti Babi, munafik, agen DAP, anwarista, sekular dan yang paling popular iaitu anti ulamak hanyalah salakan sahaja yang tidak dapat memberikan apa2 kesan pun. Biarkanlah mereka itu dengan angan2 mereka dan bila mereka sudah letih menjelirkan lidah, mereka akan duduk diam dan tidur semula samada di rumah ataupun diparlimen.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  10. mmg kena pada tempatnya kiasan babi tersebut .............. kalau nak tahu lebih lanjut pasal 'babi' ni sila pi lihat kat blog Ibnu Hasyim mengenai pendedahan En Razali bekas org kuat Dap !

    ReplyDelete
  11. Yg anon tu tlan pil kuda n air ketum umngok lagi truk..huhu

    ReplyDelete
  12. “ Kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” katanya disambut sorakan dan laungan takbir oleh hadirin.

    apakah ucapan demikian layak si sambut dengan takbir?

    ReplyDelete
  13. Sian ulamak mcm ni..suka bckp bnda2 keji

    ReplyDelete
  14. Abe.
    Biaq pee jelaahkat diorg.
    Kalo dah menatang tu dan kata2 kesat yg lain dah jadi wirid bg mereka itu menandakan benda2 tersebut hampir dgn mereka.sentiasa di hati pemikiran kepala otak mengalir bersama darah serta proses menjadi daging.

    Sbb tu ada jer benda jelik kluar dr mulut mereka.sambut dgn takbir plak tuh.senang betul niaga produk berbalut jenamakan agama neh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa