Friday, September 11, 2015

Baik punya alasan bila bontot tertusuk duri!

Respon dalam isu ini: Mat Taib, Kamaruddin Jaffar tinggal PAS, masuk PKR

'Lebih baik masuk PKR, AMANAH nak hancur PAS'

Shakira Buang

"Lebih baik masuk PKR dari GHB (Gerakan Harapan Baru) atau Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.
"Lebih baik masuk PKR dari GHB atau Amanah kerana GHB dan AMANAH umumnya hendak hancurkan PAS," katanya kepada Malaysiakini.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri hari ini mengumumkan penyertaan Kamaruddin dan Muhammad ke partinya.
Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk AMANAH.
Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.
Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.
Pemimpin AMANAH Khalid Samad turut hadir dalam sidang media itu.
AMANAH digerakkan bekas pemimpin kanan PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun lalu susulan trend pengundian blok.
Ia pada mulanya dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.
Bagaimanapun, PKR kini mahukan PAS bersama dalam gabungan itu. DAP antara yang paling lantang menentangnya atas dakwaan PAS sudah tersasar daripada dasar mereka.
Perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini juga berpunca daripada perbalahan berpanjangan PAS-DAP, terutamanya dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

11 comments:

  1. Hah? Masuk PKR? Bukan masuk Amanah ke? Habis tu macamana? Nak jugak suruh letak jawatan? Talak 3 jatuh terus ke? Habis tu macamana macai2 suma nak spin kan benda ni? Masuk Amanah walaupun Amanah tu di iktiraf oleh PKR, kena letak jawatan dan talak terus jatuh tapi kalau masuk PKR, status quo (bagi macai2 yang tak tau makna status quo tu...business as usual da..).

    Masuk PKR tak wajib letak jawatan dan takde hukum jatuh talak? Macam ni ahli2 PAS boleh pening ni. Bukan je pening, terus mabuk uber! Kalu macam ni habis le PAS, sebab nanti ramai adun dan MP boleh rileks je keluar PAS dan terus masuk PKR. Takde kena letak jawatan dan takde sesiapa kata kena talak 3 kat isteri. Apa lagi wahai ahli2 PAS, Adun dan MP yang dah jelak dengan kluk klek pimpinan PAS yang ditarik hidung oleh Hj Hadi....keluar PAS masuk PKR. Masih lagi berkhidmat untuk rakyat dengan setia kepada PR yang dah banyak kali dikhianati oleh Hj Hadi. Apa tunggu lagi...satu loop hole baik punya sudah dapat!

    Nick.
    Cape Tiger.
    P.s..kepada ulamak2 PAS terutama MB dan TMB Kelantan, kalau tak mewajibkan Datuk Kamaruddin letak jawatan dan talak 3 isterinya sebab masuk PKR tu bukannya hipokrit ke namanya? Hipokrit tu bahasa lembut untuk munafik!!!

    ReplyDelete
  2. Abe

    Ni la yg dikatakan perangai orang gila. Masa dalam PAS, mereka fitnah macam2, label macam2, suruh keluar PAS, suruh buat parti sendiri.

    Bila ikut hajat dan kehendak mereka, lain pula dok tuduh orang. Ni manusia ke hapa? Orang dah tunai hajat dan kehendak kamu....apa benda taik lagi kamu hendak? Pejuang Islam ke pejuang setan perangai macam ni?

    ReplyDelete
  3. bkn ghb nk hancurkan PAS, PAS yg singkir pemimpin sendiri dn hancurkan diri sendiri.

    TS M.Taib masuk PKR atas strategi yg bijak.

    PR2.0 selangor perlu dimantopkan utk gagalkan rampasan umno pd selangor.

    PRK selangor perlukan pemimpin senior utk jd penasihat ketika anwar dlm penjara.

    MB selangor pernahkan penasihat seorg bekas MB selangor yg tau tipu muslihat umnu utk jatuhkan MB selangor

    TS M.Taib lebih kenal umnu selangor dan menjadi halangan umnu selangor utk mara

    TAHNIAH TS M.TAIB DAN SEMUGA PR2.0 SELANGOR TERUS MENTADBIR SELANGOR DAN GAGALKAN USAHA RAMPASAN UMNU SELANGOR

    ReplyDelete
  4. Mereka ni kejar jawatan, parti cangkul gagal memancing mereka dengan jawatan pasal dalam cangkul sendiri pun pahlawan-pahlawan cangkul masih mengharapkan jawatan yang ditawarkan oleh cangkul, masuk pkr nanti sudah ada jawatan yang menanti mereka, itu janji pkr. Nak bawa cangkul dengan hati yang ikhlas tanpa hasilnya memang susah, tiada yang ikhlas dengan geng-geng cangkul, melainkan dengan habuan yang membolehkan mereka menyangkul hasil daripada dicangkul bukan cangkul mambabi buta.

    ReplyDelete
  5. Laaaa, mereka ni rupanya peminpin PAS yang keluar parti tapi tidak menyertai amanah yang diberitakan oleh MSO....eh kan mereka ni dari kelompok GHB bukan PAS.....aduhai, jawatan la punya pasal, pkr dah sediakan jawatan untuk mereka....

    ReplyDelete
  6. PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    ISLE-ISLE

    ReplyDelete
  7. Boleh pakai ke Pemimpin macam ini

    Orang orang PAS betul betul RUGI besar hidup gagal kuasai OTAK sendiri

    Rakyat orang orang Melayu lah paling seksa papa kedana zaman ekonomi meleset sekarang ini

    MP ADUN dapat elaoun pencen sampai GOL!!!!

    Siapa pandai , siapa bodoh...

    ReplyDelete
  8. Ibaratkan PAS itu sebuah kedai, maka satu kedai baru didirikan bersebelah kedai PAS dinamakan Kedai AMANAH. Masing masing menjual jenama produknya. Terserahlah kepada pembeli nak pilih produk mana ia suka, takkan itu dilebel nak hancurkan PAS. Bangunlah dari berkhayal wahai PJ Pas Selangor. Perbaiki Pas (repackaging) semula jenaama ini kalau tak nak Pas pupus.

    ReplyDelete
  9. Dap vs mca
    Pkr, pas, pan vs umno
    Memang cantikkk

    ReplyDelete
  10. PAS parti otak beku. Tak pun parti takde otak. Pencacai umno makan tahi ulamak

    ReplyDelete
  11. Tuduhan tu bolih disaman tu.....serupa kes Nizar vs PJ Perak.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa