Tuesday, September 15, 2015

Bersihkan nama Malaysia: Kenapa berlengah?

Najib, Putrajaya perlu bersihkan nama Malaysia, kata Dr Mahathir lepas laporan Al-Jazeera
Published: 14 September 2015 2:59 PM
Putrajaya perlu membersihkan nama Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.

Putrajaya perlu membersihkan nama Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, susulan penyiaran dokumentari berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menulis di blognya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan kerajaannya ada tugas untuk “membersihkan nama kita”.
“Kerajaan perlu ambil filem dokumentari itu secara serius dan cuba bersihkan nama kita.
“Ambil tindakan terhadap Al-Jazeera di Malaysia tidak akan ubah apa-apa. Dokumentari itu kini viral di Malaysia dan ia masih ditayangkan di seluruh dunia,” tulisnya, hari ini.
Dalam program berdurasi 25 minit, wartawan Australia, Mary Ann Jolley melaporkan dokumentari kontroversi membabitkan Altantuya yang merangkumi skandal kewangan, seks, dan konspirasi keganasan. 
Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 dengan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan.
Penyiasatan mendapati bekas penterjemah terlibat bersama penasihat politik Najib, Abdul Razak Baginda. 
Razak didakwa terlibat dengan bersubahat dalam pembunuhan, namun beliau kemudiannya dibebaskan. 
Dokumentari Al Jazeera mempersoalkan sama ada dua individu yang didakwa – Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri – merupakan kambing hitam. 
Jolley dikeluarkan pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa dengan mana-mana jenayah. Malah, alasan turut diberikan. 
Najib berkata, dokumentari itu dikeluarkan satu konspirasi terhadapnya. 
Dr Mahathir berkata, Putrajaya seharusnya mengemukakan saman terhadap Al Jazeera sekiranya dokumentari itu tidak benar. 
"Al Jazeera ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakannya akan percaya dengan apa yang mereka saksikan. Mengatakan ianya tidak benar mungkin meyakinkan beberapa rakyat Malaysia, tapi tidak kepada orang asing.
"Sistem kehakiman termasuk Pejabat Peguam Negara juga perlu membersihkan nama mereka terutamanya dengan pembebasan Razak Baginda dan rayuan peguam negara untuk dua anggota polis itu. Mereka sudah berusaha dan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan," katanya. 
"Rakyat Malaysia di luar negara juga kini mempersoalkan apa yang berlaku dalam negara kita. Episod baru ini tidak akan membersihkan imej negara selepas skandal sebelum ini." – 14 September, 2015. - sumber

2 comments:

  1. Bila nama negara sudah busok , pelabur dan pelancong pon takot nak datang....

    Orang orang Melayu yang rugi besar , duit tak ada papa kedana miskin lagi

    Harga sawit getah macam tak de orang nak beli dah

    Minyak pon dah jatuh murah

    Timah sudah habis tak laku di dunia

    Apa lagi yang ada melain kan orang orang bahalol gila emosi menipu siang malam

    Bodoh lah!

    ReplyDelete
  2. memang bodoh lah golongan nie...degil lagi bodoh..padan la pengundi yaang bodoh...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa