Thursday, September 10, 2015

Dah mabuk ke? Sebelah pagi Hadi kata tidak, petangnya Mad Yaacob pula berharap

Pas berharap akan diterima sertai pakatan baharu
Pas berharap akan diterima sertai pakatan baharu
AHMAD: PAS berharap Guan Eng akan berubah hati dan bersedia menerima kehadiran PAS suatu hari nanti.
KOTA BHARU: PAS masih berharap parti itu akan diterima untuk menyertai pakatan baharu yang bakal dibentuk pembangkang.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas juga berharap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan berubah hati dan bersedia menerima kehadiran PAS suatu hari nanti.

"Atas dasar perpaduan, kita sambut baik,Alhamdulillah.

"Suatu hari nanti, dia (Guan Eng) akan senanglah.InsyaAllah," katanya selepas majlis meraikan Konvoi Ride Asean Festival di sini, malam tadi.

Sebelum ini, DAP mengumumkan tidak akan menerima penyertaan Pas dalam gabungan baharu Pakatan Rakyat 2.0.

Guan Eng menegaskan, DAP dan PAS kini berada di tahap tidak mungkin dapat 'rujuk' kembali kerana Pas telah mengisytiharkan DAP sebagai musuhnya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, parti itu sedang mempertimbang untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga dikatakan meminta supaya DAP membenarkan Pas menyertai pakatan baharu pembangkang.

Pas tidak akan sertai Pakatan Rakyat yang baharu - Hadi
Pas tidak akan sertai Pakatan Rakyat yang baharu - Hadi
Pakatan Rakyat 2.0 tidak mempunyai agenda memartabakan Islam sebaliknya hanya mahu memenangi pilihanraya akan datang. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang yang baharu, lapor portal Ismaweb.

Abdul Hadi dilaporkan berkata gabungan pembangkang yang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0 tidak mempunyai agenda memartabakan Islam sebaliknya hanya mahu memenangi pilihanraya akan datang.

"Konsep kita (Pas), mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam," katanya kepada Ismaweb selepas menghadiri pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di sebuah hotel di Bangi, pada Rabu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai pakatan pembangkang baharu.
Namun kenyataan berbeza diberikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas menolak penyertaan Pas dalam gabungan pembangkang yang baharu itu.

# Apa tak mabuknya baca ni: Dua tokoh Pas akan keluar parti?

6 comments:

  1. Stetrigi PKR yang bakal akan menamatkan kerier Hj.Hadi sebagai presiden yang tidak membina kearah kemajuan jika inilah yang akan terjadi Insya Allah pembangkang akan dapat berada dihati pengundi semula syaratnya satu saja Hj.Hadi mesti dinyah aktifkan dari kepimpinan AJK dalam PAS .

    ReplyDelete
  2. Bengong doh puok2 ni.

    ReplyDelete
  3. Hadi..mu resign lah
    kami dah muak dgn onar kau

    ReplyDelete
  4. Sudah agak dah....

    Bahalol dan TOLOL tak boleh jadi Ketua dah.

    Mat Bahalol pon nqk bungkus kan negara , ini pulak bebudak kampong half past six...

    Panjat pokok kelapa pon boleh buat duit.

    ReplyDelete
  5. no coment : lihat lah apa yg tersurat dan tersirat la ni...nati akan hilang satu2 yg baru...asyik nak pecah orang islam n melayu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa