Thursday, September 17, 2015

Doktor inikah dalang kes pembunuhan Kevin Morais?

Wednesday, September 16, 2015

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais - Polis
SUBANG JAYA: Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih belum dapat memastikan motif pembunuhan.

Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya memetik laporan dari FMT.

Pagi tadi, mayat Kevin ditemui setelah kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat Kevin.

Mayat Kevin dimampatkan di dalam konkrit sebelum dicampakkan di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu. - Siakapkeli.my

Seorang doktor tentera telah membawa polis ke kawasan paya USJ 1, Subang Jaya, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang. 

Doktor tersebut merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan mendiang Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Mayat Morais ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram, 12 hari selepas kehilangannya.

Akhbar Kosmo pernah menyiarkan kes seorang doktor berpangkat Kolonel yang berkhidmat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju yang didakwa melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.

5 comments:

  1. Muka Doktor bersih baik saja....

    ReplyDelete
  2. Muka Najib Lagi bersih....

    Ha..ha..ha....

    ReplyDelete
  3. Pendakwaraya boleh diganti. Tidak menjadi masalah. Tetapi yang susah ialah saksi dan keterangan saksi yang menentukan bersalah atau tidak. Kes Anwar, keputusan hakim bergantung pada saksi yg boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  4. mcm tak betul aje benda nie....berlakon ke??? ada kena mengena dgn kes2 besar ain ke??? ada black sheep ke sbb??pendakwa blh diganti..x ade masalah...so apa guna nye doctor nie nak bunoh dia...????

    ReplyDelete
  5. byk lg Dr ATM yg perlu kena Audit Disiplin especially yg ada kes disiplin adultery skrg kat mahkamah syariah shah alam bersidang. Yang guna kuasa untuk MC. bersihkan ATM dari benda benda ni....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa