Saturday, September 12, 2015

Dr. Rozaimi Ramle: Respon Lebai PAS bila ditegur........

[Adakah Saya Agen Mana-Mana Parti Politik?]

Saya pernah memberi tazkirah di Parlimen dan di hadapan menteri dan pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya. Saya menggunakan bahasa yang agak tegas terhadap amanah dan tanggungjawab pemimpin.

Respon seorang menteri selepas mendengar tazkirah saya:

"Sangat pedih, tetapi kena ikut".

Tiada labelan macai pembangkang, agen PAS atau kuda DAP dilontarkan.

Tetapi apabila saya menegur sedikit sebahagian ustaz-ustaz PAS atas satu isu akademik. Maka saya terima labelan:

Agen umno, ilmuwan cari makan, ilmuwan jaga periuk nasi, agen Ulama Muda Umno, ilmuwan tidak adil. Yang paling memeranjatkan ialah saya dituduh agen IKRAM sedangkan demi Allah saya bukan ahli IKRAM apatah lagi masuk usrah mereka.

Saya menung seketika. Jika inilah sikap orang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam maka saya rasa teramat dukacita. Saya bimbang jika anda memerintah negara maka tiada ruang untuk ahli akademik seperti saya menasihat anda. Saya bimbang bila anda berkuasa saya akan dihalang dari mengutarakan pendapat ATAS NAMA AGAMA. Saya terbuka untuk kita berbeza secara ilmiah. Tapi bukan dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif begini. Maka saya menjemput mana-mana pimpinan PAS terutama Ust Zaharudin Muhammad atau Ust Ahmad Hakimi dari Kuala Selangor untuk kita berwacana membincangkan isu makna Jamaah Muslimin yang menjadi polemik antara saya dan anda.

Akhukum fillah
Dr. Rozaimi Ramle

10 comments:

  1. ustaz rozaime
    jgn bedebat dgn urang dunggu
    nt ustaz jadi mcm mereka
    lebih baik ustaz bagi tazkirah tpt lain
    pas ni parti agamawaan suram
    biar kan die

    ReplyDelete
  2. Seperti mana yg semua org dah maklum,
    Puak2 hostat dlm pas sekarang ni,bila diajak muzakarah atau debat,sori la dorg nak turun.
    Telur simpan dalam sarban.
    Ingat kes nik beduh vs suhaizan kaiat?
    Ketua pemuda lg bacul.harap sembang bedegar dlm fb je..

    ReplyDelete
  3. Abe
    bila diajak berwacana akn adalah sabdaan firmanan qias ijtihad utk cabut or mengelak.
    hehehe.bkn x biasa.mcm ketua pemuda PaS skrg.lebih suka menulis katanya.hihi.dlm parlimen senyap bab hudud..bab pengadil bola adalaaa ditanya.stkt tanya.saper pon boleh.

    Itu psl org meluat.perasan sendiri n group je yg betul.dah lana aku dok perati semua ni dlm PAS.kita org2 biasa ni nothing laa bg mereka bila nak ckp islam.hanya mereka n the hangguk wala' saje bole berckp.

    ReplyDelete
  4. Masaalah paling utama PAS ialah ahli2nya menganggap setiap ustaz2, ustazah2 serta lulusan Timur tengah sebagai ulamak. Ini adalah satu kecelaruan yang amat berbahaya. Ianya seperti mengangkat budak2 lepasan tingkatan lima yang mendapat kepujian atau A dalam pelajaran Sains masa SPM adalah "SAINTIS". Ahli PAS selalu sahaja bertindak melulu dengan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

    Tidak semua pelajar sains matematik berupaya menjadi professor dan begitu juga tidak semua lulusan AlAzhar, Mekah dan Madinah berupaya menjadi Ulamak. Ulamak adalah golongan yang terpilih dan dipilih oleh Allah. Dilantik dan dijemput masuk ke dalam Majlis Syura Ulamak PAS tidak secara automatik menjadikan mereka itu Ulamak dalam ertikata sebenar. Kalaulah begitu senang saja Ulamak diwujudkan, sudah tentulah Malaysia ini telah mempunyai puluhan ribu ulamak2 yang diredhai Allah dan negara sudah tentu tidak berada dalam kerosakan yang besar seperti sekarang ini. Think about it! So kepada ahli2 PAS, nasihat saya, get over yourself and start thinking with your head. Your head is there not just for Serban and kopiah or tudung.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. hudud pas ni kene tanya izin manusia dalam parlimen..kene tanya manusia umno..manusia pkr..penyembah2 berhala dalam dap dalam mca dalam mic dan lain2..kene tanya najib kene tanya anwar kene tanya lim guan eng kene tanya limkitsiang mene tanya anak karpal singh..
    itula hudud pas yg dibawa berhukum dengan hukum lain..samada ko bawak hudud itu atau tidak bukan pokoknya lagi..pokoknya betul ke itu hudud tuhan yg esa setelah ko bawa dia berhukum dengan 1 hukum yg lain..?sedangkan hukum tuhan yg esa tidak sekali2 akan pernah berhukum dengan 1 hukum yg lain..walaupun ianya tinggal sendirian..itulah sisi tauhid yg memastikan kebenaran agama..itu syarat dia..
    kebenaran dia bukan ikut sisi hadi anwar najib lim guan eng atau anak karpal singh hehe...kalo dia langgar syarat beragama yg pertama tadi x kira la dia hujah berapa panjang pun...hehe..

    ReplyDelete
  6. Ada kesilapan dlm sistem tarbiyyah pas selama ini. Meloncat2 bila dipuji, melenting bila ada pendapat yg berbeza. Mereka mahu semua orang akur dgn pendapat mereka. Melebel dgn macam2 gelaran dan perkataan bukan perkara baru. Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi. Mereka bangga dan bernostalgia dgn keagungan islam dimasa silam, malang sekali mereka ini gagal utk membawa kecemerlangan islam dimasa kini. Mereka terpesona dgn ramai orang yg ramai ingin kembali pd islam dgn sangkaan org ramai menyokong kepimpinan mereka. Kesian.....

    ReplyDelete
  7. Bermujadàh! amat dituntut dalam Islam agar pencerahan akan terserlah dalam hal yang dipertikaikan,Berhujahlah dengan ilòmu dan akhlak yang mulia.Berhujah untuk mencari kebenaran dan bukannya ketenaran.Dengan melabelkan sesorang itu bukan akhlak seorang agamawan Islam apatah lagi seorang yang mengananggap diri mereka ulama.Sikhuatiri tuduhan dan labeling itu berbalik kepada diri sendiri.Satu jari menuding orang lain dan empat jari lagi menuding diri sendiri.Beranikan diri untuk berhadapan berhujah dan bwrmujadalah.Ianya sifat dan sikap seorang murabbi.Inilah yang selalu dan pernah dilakukan oleh pejuang Islam,antaranya Said Nursi Basiuzzaman,Hassan al Bana dan lain lain.Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Kalu tengok pada gaya komen2 kat sini.. memang tiada kesatuan dlm hati org2 islam.. tiada titik pertemuan.. titik pertembungan aje banyak.. sedap2 melabel.. yg dilabel terasa hati.. mula la melabel pulak yg lain.. teruslah tiada noktah.. huhuhu.. kerja gaduh aje la..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa