Sunday, September 13, 2015

Kamaruddin dan Mohammad masuk PKR: Ungkapan rasional dari Dr. Zulkifly

Amanah bukan sahaja ancaman PAS kerana dua pemimpin senior mereka sertai PKR
08:30PM Sept 12 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Ia seharusnya tidak menjadi isu parti mana mereka masuki, asalkan kesemua mereka bekerja ke arah sasaran yang sama.
Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad beritahu Theantdaily beliau percaya bahawa bekas pemimpin PAS yang tinggalkan parti dan sertai PKR “tidak akan menjadi musuh mereka (Amanah) secara tiba-tiba.”
“Saya langsung tidak peduli siapa sertai parti mana. Apa gunanya berbalah pasal ini dan saya rasa kita harus mempunyai pandangan positif terhadap perkara ini,” beliau berkata sebagai respon kepada penyertaan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke PKR pada 10 September.
Amanah telah dibentuk oleh bekas pemimpin PAS progresif, yang mengambil alih Parti Pekerja Malaysia yang tidak aktif dan telah dilaporkan bahawa kira-kira 85,000 borang keahlian telah dicetak bersempa perasmian rasmi parti itu pada 16 September.
“Ini adalah kompleksiti politik baru di Malaysia. Akan terdapat dinamik baru, cabaran baru.
“Ini adalah masa yang mengujakan. Politik tidak pernah hitam dan putih. Kita tidak seharusnya terganggu dengan perkara remeh (dalam politik) dan sebaliknya harus fokus gambaran yang lebih besar,” kata Dzulkefly, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor dan pengarah kajian PAS.
Dalam satu kenyataan, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bahawa parti itu sedang dalam proses memperkukuh kekuatannya dengan merekrut ahli baru seperti Kamaruddin dan Muhammad.
“Malaysia tidak dapat diselamatkan melainkan melalui satu proses reformasi total (dan) untuk melaksanakan reformasi total, kami (PKR) mestilah mempunyai kekuatan politik,” kata beliau.
Wan Azizah berkata bahawa Kamaruddin akan dilantik sebagai pengarah politik dan polisi PKR, bertanggungjawab memberi input kepada presiden dan timbalan presiden.
Sebelum pembabitan beliau dalam politik secara aktif, Kamaruddin adalah bekas setiausaha agung NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 
“Maka, beliau turut akan memainkan peranan untuk memperkuatkan rangkaian di kalangan NGO Muslim dalam usaha untuk membawa perubahan dalam Malaysia, dan juga mengembangkan hubungan merenasi NGO Muslim di negara-negara lain,” kata Wan Azizah.
Dr Wan Azizah Wan IsmailDr Wan Azizah Wan Ismail
Sementara itu, Muhammad akan ditugaskan dengan memperkuatkan biru maklumat dan komunikasi PKR, dengan fokus untuk menaikkan semangat masyarakat luar bandar.
“Ini adalah satu bahagian usaha PKR untuk meraih sokongan daripada pengundi luar bandar selepas lebih sedekad membina asas sokongan di kerusi-kerusi bandar,” beliau menjelaskan.
Memberi komen tentang pemergian bekas rakan sejawat dari PAS, Dzulkefly berkata beliau percaya bahawa mereka berdua adalah ahli politik berpengalaman yang menilai pilihan-pilihan mereka dengan berhati-hati sebelum membuat satu keputusan untuk menyertai PKR bukannya Amanah.
“Ianya tidak adil untuk memperkecilkan pengalaman mereka dan mengurangkan faktor di sebalik keputusan mereka kepada hanya seorang individu,” beliau berkata merujuk kepada para pemerhati yag mengatakan hubungan masa lalu antara Kamaruddin, Muhammad dan ketua umum PKR yang dipenjarakan Anwar Ibrahim.
Kedua-dua Kamaruddin dan Muhammad hadir ketika sidang media di ibu pejabat PKR bersama Wan Azizah dan pemimpin parti lain pada 10 September.
Kamaruddin, yang menyertai PAS pada 1999 selepas dipecat daripada Umno, telah dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider sebagai berikar komitmen beliau ke arah menyokong pakatan Pembangkang yang baru dan juga Amanah.
Ditanya mengenai keputusan beliau menyertai PKR dan bukannya Amanah, laporan sama turut memetik Muhammad sebagai berkata: “Amanah juga bersama saya. Biar saya katakan begini...jika matahari di tangan kanan saya, maka bulan akan berada di tangan kiri saya.”
Di tengah-tengah ketidakpastian tentang part-parti komponen pakatan Pembangkang yang baru, para pemerhati menyatakan bahawa sasaran utama seharusnya meletakkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional di mana-mana kerusi yang dipertandingkan.
Setidak-tidaknya, ia mestilah ada kefahaman pilihan raya antara parti yang berkongsi sasaran sama untuk menggulingkan kerajaan BN secara sah, supaya mengelak undi mereka pecah.
Jika tidak, walaupun kelemahan ketara Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Najib Razak, rakyat masih tidak akan yakin bahawa parti-parti pembangkang boleh menjadi harapan mereka dalam membentuk Malaysia baru.
Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa