01:30PM Sept 13 2015
oleh YH Wong
SEKILAS PANDANG: Kemungkinan kisah terbesar di luar tajuk politik dan ekonomi hari ini ialah misteri kehilangan Timbalan Ketua Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais.
Kisah kehilangannya agak kabur dan penuh misteri.
Polis masih melakukan siasatan, dengan teori konspirasi disuarakan bagi merungkai bagaimana kejadian berlaku - kunjungi media alternatif dan anda akan dapati pelbagai teori.
Dalam semua kisah berkenaan Morais, satu rencana yang agak aneh disiarkan di akhbar arus perdana.
Ia usaha memberi laporan terperinci tentang kehidupan Morais dari sudut kemanusiaan, dengan harapan mampu membawa perasaan hiba di hati pembaca.
Dengan tajuk Morais dirindui di kondonya, pembaca mungkin berpandangan Morais merupakan seorang penghuni yang dikenali jiran tetangga di kediamannya, atau di majlis sosial atau mungkin juga dalam kapasiti rasmi di dalam jawatankuasa pengurusan penghuni.
Namun apa yang dipaparkan berbeza.
Kisah bermula dengan maklumat yang diperolehi hasil temubual dengan pekerja di kondominium itu yang berkata Morais seorang yang peramah namun sering mendiamkan diri.
Pekerja wanita itu juga berkata Morais sering bertugas (berdasarkan keluar masuknya ke kediaman) dan dia jarang menganjurkan majlis atau menerima tetamu.
Dengan pandangan tajam, pekerja tersebut berkata Morais selalu ke spa, (atau mungkin sauna yang didapati di kondominium itu) dan itu menyebabkan dia tampak muda.
Dalam usaha memberi kredibiliti, seorang lagi penghuni menyatakan kegusarannya tentang kehilangan Morais.
Dua ungkapan didapati dari penghuni terbabit "Apa yang anda dengar? Apa berita terbaru?"
Terdapat juga keterangan dari kakitangan mini mart di premis tersebut berkenaan Morais.
Tak syak lagi, melalui kisah yang diterbitkan, Morais digambarkan seorang pendiam.
Pelbagai persoalan timbul.
Mengapa beliau dirindui penghuni kondo sekiranya dia bersifat begitu?
Adakah pekerja dan kakitangan mini mart itu layak digelar penghuni?
Jadi kita hairan mengapa kisah begitu disiarkan?
Mungkin harian tersebut perlu ambil iktibar dari portal berita yang menemubual rakan-rakan Morais di dalam memberi gambaran lebih tepat tentangnya, yang dikenali sebagai "lelaki budiman, yang membantu sesiapa sahaja".
Dahulu kita sering dok momok kan filem Tamil, apabila Perdana Menteri mereka terlalu rasuah dan bertindak sesuka hati membunuh lawan politik dan keluarga mereka demi menjaga kuasa dan korupsi yang dilakukan terhadap rakyat dan negara. Tak sangka pula perkara itu boleh terjadi di negara yang banyak ulama dan Perdana Menteri-nya berketurunan Islam.
ReplyDeleteMula2 pendiam. Lepas tu jumpa rekod perubatan kat klinik swasta kononnya kemurungan, kot? Lepas tu? Jeng3!
ReplyDeletePlot akan jadi sama macam pilot MH370.......TETIBE je boleh jumpe serpihan TELINGE di ceruk negeri ANTAH BERANTAH........MALAYSIA BOLEH !!!!!!!
ReplyDeleteSayang kereta Honda Accord Perdana tu....
ReplyDeleteRakyat bayar semua nya
Kesian orang orang kampong papa kedana miskin ber harap daging Qurban baru dapat makan Daging Lembu.