Tuesday, September 15, 2015

Pakatan Rakyat 2.0: Sanggupkah Hadi jilat ludah sendiri?

PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid
Astro Awani |  September 15, 2015 17:29 MYT    
PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa bagaimanapun menegaskan, PAS perlu bersetuju dan mematuhi kerangka penubuhan Pakatan Rakyat yang baharu. - Gambar Fail
GEORGE TOWN: Di sebalik krisis yang berterusan, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama politik dengan parti Islam itu.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa bagaimanapun menegaskan, PAS perlu bersetuju dan mematuhi kerangka penubuhan Pakatan Rakyat yang baharu.

"Mereka dialu alukan, selagi mana PAS bersetuju dengan bingkai kerangka bersama (Pakatan Rakyat) yang baharu nanti," kata Mujahid pada sidang media selepas pelancaran PAN peringkat negeri Pulau Pinang.

Pada masa sama, Mujahid yang juga Pengerusi PAN Pulau Pinang turut mengumumkan sekurang-kurangnya 56 orang kepimpinan PAS dari lima kawasan di negeri itu telah menyertai jawatankuasa penaja parti baharu itu.

Pada Isnin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli optimis, sebuah pakatan pembangkang yang baharu dapat dibentuk di sebalik krisis dan percakaran demi percakaran antara PAS, DAP dan PAN.
Beliau antara lain percaya proses perundingan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan membuahkan hasil positif.

4 comments:

  1. Can you tell us more about this? I'd like to find out more
    details.

    Here is my web page :: hypnosis provides

    ReplyDelete
  2. Mujahid kena kumpul pengikut dulu, adakan satu perhimpunan berlambangkan cangkul, tengok sambutan macamana jangan perasan dulu, kelakau la lu Mujahid.

    ReplyDelete
  3. lepas ada perhimpunan berlambangkan cangkul, baru la boleh cangkul kepala bana parti yg suka menyalak kat mana2 bukit yg selalu perasan babi selalu ada dimana2.. & lepas tu boleh la berwirid "ya baiah yaa baaaiiaahh . .

    ReplyDelete
  4. Kita sekarang tak pakai dah cangkul, kita pakai buldozer, tinggallah korang kat belakang bersama roket itupun kalau roket sudi....kahkahkahkah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa