Wednesday, September 16, 2015

Untuk apa Pakatan 2.0 kalu 'kakah' lagu ni dan seangkantan dengannya masih ada?

Untuk apa siku dan lutut nak duduk dalam pakatan baru?
Pada aku isu PAS dalam pakatan akan mengurangkan sokongan pada pakatan akibat ketidakyakinan umum terhadap cakap belit dan kasar puak-puak ni.......

Kat sini Yong himpunkan apa yang saya katakan: SIAPA YANG SUDAH HABIS? (UPDATE)
Dan lagiCelupar dan angkuh sungguh mulut Mamat FB ni!
dan lagi: Hadi ‘selamatkan’ Amanah dalam Pakatan 2.0
dan lagi: PAS Dah Cukup Kuat... Tak Perlu Sertai Pakatan 2.0

Nanti apa pula para wala'un yang kutuk DAP dan Amanah kow-kow nak kata pula?
Nanti mereka akan tertelan halkum sapa nak ubatkan?

Nasrudin: PAS tak gopoh sertai Pakatan 2.0

Shakira Buang

PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertindak terburu-buru untuk membuat keputusan menyertai gabungan pembangkang yang baru atau Pakatan Rakyat 2.0.
Ketua penerangannya, Nasruddin Hassan berkata banyak perkara yang harus menjadi pertimbangan PAS apatah lagi ia mempunyai kaitan dengan pendekatan dan strategi politik parti Islam itu.
"Itu adalah berkait soal pendekatan dan strategi politik. Setakat ini parti tidak membuat sebarang keputusan lagi. Ia terlebih dahulu perlu dibincangkan, dikaji dan diteliti di semua peringkat parti.
"Mungkin selepas beberapa ketika PAS akan membuat pendirian rasmi.
"Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk ambil tindakan sebab kita kena baca banyak perkembangan politik semasa," katanya selepas sidang media pelancaran Program 'Himpunan 60 Ribu' (H60K) di ibu pejabat parti itu petang ini.
Turut hadir dalam sidang media itu Ahli jawatankuasa PAS pusat Datuk Khairuddin Aman Razali dan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz.
Semalam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dilapor berkata pembentukan gabungan pembangkang baru akan diketahui dalam tempoh sebulan.
Katanya, beliau yakin hasil rundingan di antara semua parti pembangkang, termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuahkan hasil.
Pertemuan kepimpinan tertinggi PAS dan PKR semalam berlangsung di Ibu Pejabat PKR, tetapi pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 tidak disentuh dalam perjumpaan tiga jam itu.
Difahamkan pertemuan itu hanya menjurus kepada isu kepentingan bersama dua parti tersebut.
Sementara itu, Nik Abduh ketika diminta mengulas berhubung pertemuan itu pula memaklumkan pihaknya belum mendapat maklumat rasmi mengenainya.
"Memang ada pertemuan semalam tapi kita belum dapat maklumat rasmi lagi. Hal itu (Pakatan Rakyat 2.0) masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan lagi," katanya.

8 comments:

  1. Kenyataan2 yang tunggang terbalik, konar baring, gohead-gostan dan jiwa kacau kesemuanya keluar dari mulit Pimpinan PAS. Dari Hj Hadi sampai le ke Ketua Pemuda2 terlebih perasan hensem. Kalau di lihat kepada kenyataan yang kontradik iaitu bersalahan antara satu sama lain yang sudah keluar di alam maya, tidak salah jika rakyat menganggap bahawa PAS sekarang ni dipimpin oleh manusia2 "konfius" yang tak dak langsung sikap jujur dan amanah dalam tindakan mahupun kata2.

    Semalam ishtihar perang dengan UMNO, esok buat gencatan senjata? Kelmarin dah cerai talak 3 dengan DAP, hari ni nak rujuk balik? Hari tu heboh dengan bai'ah talak yang 3/4, lusa cerita bai'ah takdak talak sebab dah pinda? Permasalahan terbesar saya dengan keinginan dan ketidaksudian (ikut sapa yang kuar statement) PAS ni untuk masuk PR2.0 ialah BOLEH KE RAKYAT PERCAYA DAN YAKIN DENGAN PIMPINAN PAS NI. CAN WE TRUST THEM NOT TO BETRAY US ONCE THEY HAVE OUR VOTES? HISTORY TELLS US "NO"! Sejarah dah menunjukkan PAS tidak amanah serta tidak jujur ketika menyertai PR. Mereka mempunyai niat yang tidak selari dengan apa yang dipersetujui dalam buku jingga manifesto PR untuk PRU13.

    Dan melihatkan kecelaruan serta tunggang terbaliknya statement2 yang kuar dari mulut mereka sebelum menjadi ahli PR2.0, PR2.0 will be "BETTER OFF" WITHOUT PAS! PAS mungkin memerlukan rakyat dan para pengundi pro PR tapi sejarah telah mengajar bahawa rakyat tak memerlukan PAS pun! Adalah lebih baik jika PR2.0 (yang terdiri dari parti2 yang setia, jujur dan bersatu) kalah dalam pilihanraya bahana penipuan ataupun "padang yang tak rata", daripada kita menang kemudian dikhinati dan di tikam dari belakang, diragut kemenangan dari tangan kita demi "ketuanan melayu" yang diyakini oleh sebahagian besar pimpinan PAS.

    PKR, DAP dan Amanah seharusnya membuat pungutan suara rakyat dan dengar apakah maklumbalas rakyat tentang kemasukan PAS kedalam PR2.0. My instinct tells me that rakyat terutamanya orang melayu sudah jelak dengan sikap PAS atau lebih tepat sikap Hj Hadi dan juak2nya. Please put your head to the ground and listen to what we have to say! To us be it muslim and non muslim, PAS or rather Hj hadi and his ustaz2 gang cannot be trusted and that is saying something about them! We need a small but cohesive opposition rather than a big, blundering and disarrayed PR2.0.

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. PAS elok keluar dari politik..jadi badan dakwah.lebih baik.. PAS oh PAS..

    ReplyDelete
  3. Pengundi kelate dok sey ko pah..sokong PAN amik alih..ulama balak..

    ReplyDelete
  4. Padangan saya, di kalangan pemimpin PAS sekarang tiada saorang pun yang ada karisma kepimpinan dibandingkan dengan Almarhum TG Nik Abd Aziz dan Ust Fadil Nor. Memanglah mereka (pemimpin2 sekarang) alim dalam bab agama sahaja, tetapi bab pentadbiran, politik, ekonomi, perundangan dan sebagainya....zero. cakap berdegar-degar diluar parliamen tapi dalam parliamen senyap. Bab perlembagaan parti sendiri pun tak berapa nak faham...contoh perjalanan/keputusan muktamar tahun ini.

    ReplyDelete
  5. Budak Bahalol tantawi ini akan pupus sebelom PRU14

    Rakyat temerloh tak di tipu lagi dengan budak bahalol PAS ini

    Biar lah dia makan gaji buta nya

    ReplyDelete
  6. 'Kakah' hmmm nasib baik tak keluar nama binatang lg tuan bloq.hari tu dah keluar biawak yg dok mencakar belakang org yg dok galasnya.nampaknya bhsanya bertambah elok mengambil pwngajaran barangkali.jika tak belah sana keluar binatang belah sini pun keluar binatang.2×5 saja jd nya.hal depa tu tak payah la kalut sgt tuan bloq.bkn ke kita sebagai org islam disuruh bersabar.kekusutanpun mungkin ada hikmahnya.apapun kita tengok la nanti bagaimana.

    ReplyDelete
  7. UMMO pelampau melayu... PAS pelampau melayu dan Islam.... mana yang lebih teruk atau lebih baik

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa