Sunday, September 13, 2015

Whow...whow.....Khalid tak layak kritik Hadi!

Khalid Samad tidak layak kritik Hadi

 | September 12, 2015
Pandangan Khalid Samad terhadap kerjasama GHB dan Pas dianggap tidak layak kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti itu
pas,-ghb,-Khalid-Samad,-Takiyuddin-Hassan
SHAH ALAM: Pas tidak memerlukan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berhubung cadangan pembentukan kerjasamanya dengan Pakatan 2.0.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain tidak layak dia juga tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi dalam GHB.
“Siapa dia untuk minta Presiden berubah? Apa jawatan dia dalam GHB (Gerakan Harapan Baru)?” soalnya ketika ditemui selepas sidang media Kongres Rakyat di Shah Alam, pada Sabtu.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, meskipun rundingan dan perbincangan diadakan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, namun perbincangan untuk bekerjasama dalam Pakatan 2.0 masuh belum diadakan.
“Kita anggap Pakatan 2.0 itu adalah kerjasama baharu di antara DAP, GHB, dan PKR yang memerlukan PAS.
“Kita akan bincangkan kata putus hala tuju kerjasama ini kerana PAS mempunyai agenda sendiri yang menjadi terma rujukan kita jika dipanggil berbincang,” katanya.
Terdahulu, Khalid berkata GHB boleh menerima kerjasama dengan Pas dalam Pakatan 2.0, namun dengan syarat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubah sikapnya yang sebelum ini membelakangkan keputusan pakatan seperti yang berlaku dalam isu Hudud.
Katanya, jika Hadi berdegil dengan sikapnya itu, beliau tidak menolak sejarah dalam PR mungkin akan berulang dalam Pakatan 2.0.

3 comments:

  1. Wah wah wah... angkuh bertimpa2 nampaknya. Kenapa seorang saudara Islam tidak boleh menasihat saudara Islam yang lainkah?

    ReplyDelete
  2. Ada sistem kasta dlm pas.
    Semakin hari,terlondeh satu2..
    Lama2 telanjang bulat..
    Hadi awang pun pandai selfie.geli geleman aku tengok..rasanya tiada ulama atas muka bumi ni yg berselfie2 mcm hadi.
    Harun din pun dah pandai potong2 kek harijadi.
    Apa nak jadi dgn org yg mendabik dada kononnya mereka lah paling islam?

    http://cipantapirtenuk.blogspot.my/2015/09/opocot-mak-kau.html?m=1
    Tgk la hadi selfie dgn siapa..

    ReplyDelete
  3. Takayuddin ni pernah cium tangan Zamri Kadiak semasa program jelajah motosikal berkuasa tinggi di Perak. Cuba tanya beliau bau apa tangan Zamri Kadiak tu? Memang elok sangat "PAS ganti UMNO" atau "bewak ganti buaya", yang kecil (PAS) makan bangkai dan yang besar (UMNO) telan hidup-hidup.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa