Friday, October 23, 2015

1MDB: Mangsa terbaru untuk ‘tutup mulut’?

Kit Siang mangsa terbaru untuk ‘tutup mulut’ isu 1MDB

 | October 22, 2015
Hukuman pergantungan Kit Siang menunjukkan bahawa isu 1MDB itu tidak boleh dipersoal dan disentuh.
wan-azizah,lim-kit-siang
KUALA LUMPUR: Pengantungan Ahli Parlimen Gelang Patah-DAP, Lim Kit Siang daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat dilihat sebagai satu usaha terbaru kerajaan untuk menutup mulut mana-mana pihak yang ingin mempersoalkan skandal 1MDB.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata ia jelas apabila Kit Siang digantung hanya kerana mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menangguhkan mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Kit Siang menjadi mangsa terbaru apabila tindakan kerajaan ini menunjukkan bahawa isu 1MDB tak sesiapa boleh sentuh atau menyoal.
“Saya sangat sedia kerana dia (Kit Siang) paling lama dalam parlimen… Tindakan Dewan Rakyat ini menunjukkan sudah tidak ada medan untuk bersuara di negara ini,” katanya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan-DAP, Lim Guan Eng berkata hukuman terhadap Kit Siang itu satu titik hitam dalam sejarah di Dewan Rakyat.
“Ini menepati usaha menutup skandal 1MDB,” katanya.
Guan Eng juga berkata hukuman itu tidak akan sesekali melemahkan semangat untuk pembangkang terus mendedahkan skandal 1MDB.
Sebelum ini beberapa pemimpin termasuk daripada kerajaan sendiri telah dihukum apabila mempersoalkan mengenai isu 1MDB.
Antaranya, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah digugurkan daripada Kabinet dan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

2 comments:

  1. Kejiaksanaan sang penyeleweng menutup pintu dengan konon perjanjian 1MDB adalah sulit dan pribadi ! wakakaka amat terer !

    ReplyDelete
  2. Betapa dahsyat politik kita sekarang ni
    Bagai tak ada kompromi lagi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa