Monday, October 26, 2015

Betul ke cerita Mamat ni?

Antara Najib dan Muhyiddin: Siapa pengkhianat?

 | October 25, 2015
Salleh Said Keruak mendedahkan Najib tetap setia kepada Pak Lah walaupun diminta mengkhianati ketuanya.

salleh-keruah,-muhyiddin,najib-razakPETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mengkhianati Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendedahkan Najib tetap setia kepada ketuanya walaupun dipujuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diperincikan di entri terbaru blognya, sskeruak.blogspot.my hari ini berjudul “Tan Sri Muhyiddin is forgetting history” bagi menjawab tohmahan yang dibuat ke Timbalan Presiden UMNO itu kepada Najib.
“Apa yang Muhyiddin tidak sebut di dalam cerita ini ialah Najib tidak mahu mengkhianati Perdana Menteri dengan menentangnya.
“Najib rasa seorang timbalan perlu setia kepada ketuanya,” kata Salleh dalam tulisannya.
Jelasnya, pendekatan itu berbeza dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, yang tidak melakukan apa-apa untuk mempertahankan Pak Lah ketika beliau diserang, khususnya dari bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad.
Salleh mengulas kenyataan Muhyiddin yang dibuatnya dalam sesi dialog di Johor Bahru pada Sabtu.
Katanya, Najib teragak-agak untuk mengambil langkah menggantikan Abdullah sehingga memaksa Dr Mahathir mendesak Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO.

1 comment:

  1. Itulah dasar seorang penjilat, ia tetap menjilat walau sejijik mana sekalipun. Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa