Wednesday, October 21, 2015

Hudud: Hahaa....putar jangan tak putar, belitlah hingga terbelit!

Adakah janji letak jawatan itu tidak jelas?
Tapi kalau Mad Yaacob letak jawatan pun, mungkin diganti Nik Amar
Maka jadilah walhasil balik asal........dua kali lima daaa....
Mungkin lagi ngok!

Hudud: MB Kelantan tak akan letak jawatan
21 OKTOBER 2015

KOTA BHARU - Adun Wakaf Baharu, Datuk Ahmad Yakob tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, tanggungjawab beliau untuk membuat persediaan serta membawa perkara berkenaan ke peringkat tertinggi telah selesai.

"(Soal letak jawatan) itu apabila kita tidak dapat membuat persiapan. Sekarang ini kita telah siap semua. Pindaan (Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri) telah buat, (telah) selesai.

"Yang menghalang (pelaksanaan hudud), kerana kita tidak dapat buat pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Itu bukan tanggungjawab kita, jadi bahagian saya telah selesai," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Hudud: Pas tidak bimbang terhadap sokongan rakyat

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) dan Himpunan Belia Kelantan sempena majlis sambutan Hari Hududullah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Ahmad mengulas mengenai janji yang dibuatnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun lepas yang menyatakan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan jika masih gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini.

Ditanya mengenai kemungkinan usul undang-undang persendirian dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat ketika undi ahli parlimen Pas semakin berkurangan selepas ada segelintir daripada calon parti itu melompat ke parti lain, Ahmad berkata, perkara berkenaan tidak melibatkan masalah parti.

"Ini bukan masalah parti atau bangsa, ini masalah orang Islam yang sepatutnya menyokong undang-undang ALLAH. Asal dia Islam, dia tidak terkecuali, itu yang asas.

"Kita tidak kira apa parti, apa jenis bangsa, asalkan mereka Muslim, mereka patut beri sokongan untuk pelaksanaan hukuman ALLAH ini," katanya. - Bernama via SH

15 comments:

  1. Enekmen 355 dikatakan hudud???.......denda Rm 6000 utk zina......dinaikan dari Rm 3000........timbalan mursyidul ulau dalam semak dah che mat ni. Menyesatkan betul! Bukan soal laksana atau tidak......soal kau dah janji nak letak jawatan kalau tak jalan.........dah masuk katogori munafik lah....." Bila berjanji dia mungkir"........ke sayang jawatan!
    Tak kisah lah, kalau ganti org lain pun kalau dr pas serupa ja.

    ReplyDelete
  2. dasar munafiq!

    1. bila berkata dia bohong - buktinya ialah bab lesen balak yg dia kata tlh dibekukan. tapi bila disemak masih ada lesen yg dikeluarkan pd thn 2014...

    2. bila berjanji dia mungkir - buktinya spt diatas.

    3. bila diamanah dia khianat - bukti kes tunggakan YIK; dah potong gaji org tp tak buat byrn caruman sepatutnya.

    4. bila bermusuh dia kejam - bukti kebencian dia pd PAN yg tlh byk membantu membawa pascai ketahap sekarang.

    ReplyDelete
  3. Janji tak ditepati bukanlah jemaah Islam. Tak usah beri sebarang komen atau reka sebarang alasan untuk memenagkan diri. Janji tetap janji.

    ReplyDelete
  4. Ciri-ciri orang munafik Depan cakap lain belakang cakap lain,bila berjanji tidak ditepati,tidak beramal seperti yang dikatakannya,carilah sendiri maksudnya.

    ReplyDelete
  5. Jawatan punya pasal...sanggup tipu rakyat

    ReplyDelete
  6. Abe
    Inilah MB Kelateku Mat Rileks...semudah itu selesai?Kepala hotak mung Mat.
    MEMBALAK BERSAMA ULARMAK.

    ReplyDelete
  7. Abe

    Barey dok boleh pakai....jenih Berahing Ali jugok mugo set wakaf baru blakow.....kaki belit blakow.....

    ReplyDelete
  8. jange bimbe YB...demo cumo ahli politik....tok ramai ahli politik berkato benar, dan mengotakan janji, demo cumo saloh seorang dari demo tu...hihihihihihihi.....besar jugok gaji MB tu nok tohok gitu jah..dok nih...

    ReplyDelete
  9. Bilo berkawe denge UMNO dapak ilmu pah tu teruh praktik slalu tokse tangguh tangguh, kencing sokmo!

    ReplyDelete
  10. Mountdweller ni mengingatkan pada kaum fasik, munafik yg gembira terkinja-kinja bila Undang2 tak dapat dilaksanakan!

    ReplyDelete
  11. muka alim tapi bahan bakar api neraka paling dalam...ruginya..

    ReplyDelete
  12. kesian org Kelantan. dpt mb penipu dan bodoh.

    dah ler tunggakkan YIK tak byr2. gaji dia tak pula tertunggak...

    bila org2 bodoh jd pemimpin, negeri jadi tenat. hutang keliling sempadan. duit tak tau nak cari. ada harta negeri jual murah2 kat kroni. jual asset nak tampong belanja. guna duit negeri pergi melancong. ada ke laporan lawatan2 luarnegara? byk ke pelaburan yg dpt? pergi rusia ngara kominis yg hadi kutuk calon pkr sbg kominis?

    krn bongokak ada kuasa sukahati pecat org. kerajaan negeri yg dah nak pokai terpaksa byr rm200k. boleh ler beli rover kalau dpt diskaun rm100k.

    main sondol pergi langgar perjanjian. kerajaan negeri juga kena byr saman juta2.

    dah ada pelaburan dr korea pergi batal. pasal nak tumpang sekaki pergi lantik kontraktor hancus! skrg dlm proses saman rm230juta.

    penang negeri yg diperintah kapir pun dpt FDI rm4bil. tak ada pun kena saman!

    ReplyDelete
  13. Takkan nak letak jawatan. Ribu-ribu masuk tu. Banyak lagi belum masuk jadi tak bolehla berhenti. Rugi oiii rugi kalau berhenti!!

    ReplyDelete
  14. Mempermainkan hudud, Tunggu bala Allah

    ReplyDelete
  15. Nampak sangat bengongnya sesiapa sahaja yang mengatakan pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu adalah hudud, maka menentang pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 adalah menentang hudud, adalah amat jahil tentang hukum syariat Islam. Cubalah beritahu, dalam pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu, tang mana yang dikatakan hudud? Apalah nasib para walaun itu, tahap bengongnya sampai dah kena kencing haring pun, masih tidak sedar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa