Thursday, October 22, 2015

Kan bodoh namanya: Meludah ke langit, kan dah terkena muka sendiri?

Jangan lupa langkah populis PAS hapus tol di Terengganu
Posted on Thursday, October 22 @ 15:11:12 MYT by paktam 
Oleh Zainulfaqar Yaacob

Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyifatkan usaha menghapuskan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang, jika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sebagai “langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat".

Barangkali pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat itu terlupa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah mengambil langkah populis itu, dengan menghapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud selepas menguasai Terengganu, 1999 dulu.

Nasihat saya mudah, jangan meludah ke langit, kelak terkena muka sendiri.
Salah satu logik tol dikenakan adalah untuk membiayai kos pembinaan lebuh raya, kerana kos penyelenggaraan jalan diambil daripada cukai jalan (road tax).

Namun, syarikat konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) didedah mengutip keuntungan kira-kira RM18.3 bilion sehingga 31 Disember, 2010 walaupun kos pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia itu direkodkan menelan belanja RM5.9 bilion saja.

Dianggarkan, syarikat kroni untung 52 sen bagi setiap RM1 yang diperas daripada pengguna lebuh raya itu.

Apabila semua ini didedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan cadangan kenaikan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun mulai 2016, atas sebab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei 2013, serta isu tol ini diledakkan pemimpin pembangkang masa itu.

Sementara itu, kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang kalau ikut perjanjian asal adalah selama 17 tahun dan sepatutnya tamat pada 2018.

Tetapi, kerajaan pusat berbincang dengan syarikat konsesi saja berwajib (serta tanpa partisipasi kerajaan Pulau Pinang) secara tender tertutup melanjutkan tempoh kutipan tol selama 30 tahun lagi, dan ditamatkan pada 2038.

Sehingga 31 Disember, 2011 syarikat konsesi Jambatan Pertama Pulau Pinang direkodkan mengutip tol kira-kira RM1.859 bilion dengan kos pembinaan projek itu sebanyak RM944 juta saja, sekali gus menunjukkan mereka mendapat lebihan kutipan RM924 juta semasa itu.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula pada tempoh sama didedah mengutip RM340 juta sedangkan kos pembinaannya hanya RM256 juta, sekali gus menunjukkan mereka berjaya mendapat lebihan kutipan sebanyak RM84 juta.

Populis atau tidak komitmen Pakatan Harapan itu bukan isu utama di sini.

Perkara yang lebih penting dan utama untuk Zuhdi teliti adalah aspek amalan syarikat konsesi tol berwajib mengaut keuntungan berlebihan serta melanjutkan tempoh perjanjian konsesi.

Semua ini berpunca dairpada amalan federalisme kerajaan pusat secara berlebihan, yang nyata merugikan kepentingan pengguna lebuh raya terbabit.

* Penulis ialah pengarah komunikasi Amanah Pulau Pinang.

9 comments:

  1. mamat ni la penjilat tegar hadi awe
    jgn lebih2 puja hadi bro
    kan tak pasal2 syirik terang terangan

    ReplyDelete
  2. Itu DOKTOR LOL kan....

    Ada banyak bah !!!!!!

    ReplyDelete
  3. Dia silap pi ludah muka Hadi..puiiii

    ReplyDelete
  4. Tu la..buat statement x kaji habis, kan dah kena..tapi ada dr. tak kan tak buat homework dulu..

    ReplyDelete
  5. Abe

    Itulah bodonya PAS. Arguement Zuhdi dapat dipatahkan jika kita cari balik hujah Rafizi masa membentang menifesto PR untuk PRU 13 dulu. Kat mana nak dpt duit untuk maintainence.

    hehehe....sikap puak PAS macam pepatah lama lah: kancil selalu terlupakan jerat tetapi jerat xpernah lupakan kancil. Depa ingat kes PAS hapuskan tol jembatan sultan mahmud tu orang xingat...hehehe

    Sqtu lagi tindakan populis ialah bila puak HH dan UG menggunakan issue hudud untuk meraih sokongan atau lebih tepat unyuk menipu ahli akar umbi PAS dalam persaingan puak mereka dengan puak Mat Sabu dalam pemilihan lepas.

    Ini memang satu tindakan populis yang betul2 memakan diri puak HH dan UG...

    ReplyDelete
  6. muka dr dua ni pun tak ade cahaya org bijaksana....lebih kpd muka cuci tong Zxxd tuang presideng sotong rosila....

    ReplyDelete
  7. Jika tol Jambatan Pertama Pulau Pinang dihapuskan, sudah tentu pengusaha feri pula akan merosot pendapatannya. Tentu ada mekanisma yang sesuai untuk mengatasi masalah ini, umpamanya menurunkan kadar tol jambatan ataupun dibuat kajian bagaimana pengusaha feri masih dapat beroperasi dengan pendapatan tidak terjejas. Tanpa feri maka hilanglah salah satu identiti Pulau Pinang.
    Akan tetapi, penghapusan tol di lebuhraya PLUS dan juga lebuhraya lain dalam negara itulah yang elok dihapuskan sekiranya kutipan tol selama ini telahpun balik modal malah memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi.
    Itu sahaja.

    ReplyDelete
  8. Dia ni bercakap bagi pihak UMNO...

    ReplyDelete
  9. Anon 9:46am,

    Jangan salah sangkalah kawan dan sebenarnya anda silap menuduh saya bercakap bagi pihak UMNO, fikirlah secara keseluruhannya juga. Bukalah minda itu luas-luas. Jika penghapusan tol di jambatan Pulau Pinang hendak juga dilaksanakan maka operasi feri perlu ditanggung oleh kerajaan. Dengan cara itu, pengguna feri tidak perlu mambayar tambang seperti sekarang ini. Jika anda ada pandangan yang lebih baik, sila utarakan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa