Sunday, October 25, 2015

Kih...kih....PAS masih berkhayal dengan mimpi indah?

Ini satu lagi diulangi statements gila: PAS enggan menyertai pakatan baharu itu, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerja dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan kerana pemimpin Amanah adalah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS

# Setelah Tuang Presideng halau. Mereka tinggalkan PAS, tapi mereka dilabelkan pula pengkhianat dan munafiq pula 
Nak tanya hanya kepada yang 'berakal sahaja': Siapa Pengkhianat, yang menghalau atau yang lari setelah dihalau? 

Semuanya salah orang dan diri kita maksum. Patut pun jadikan diri anjing salak babi dalam bukit!

Pakatan Rakyat sudah lama berkubur, kata PKR kepada PAS
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 25 October 2015 1:42 PM
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja menyebabkan ia sudah mati. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Oktober, 2015.

Pakatan Rakyat (PR) sudah mati, demikian kata seorang pemimpin PKR hari ini selepas timbalan presiden PAS mengatakan gabungan pembangkang itu masih hidup walaupun hanya mempunyai 2 ahli.
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden yang membuat keputusan bersama, begitu juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
Semua itu wujud selepas PR ditubuhkan pada 1 April, 2008 berikutan pilihan raya umum tahun itu, dengan dasar rangka kerja bersamanya disediakan pada 19 Disember, 2009.
"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup seperti mana terbukti melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.
"PR tanpa DAP adalah platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini. PR masih lagi wujud," katanya.
Timbalan presiden parti Islam itu berkata, PAS dan PKR mengadakan pertemuan minggu lalu dan mereka bersetuju menyusun semula kekuatan antara mereka.
Tetapi Saifuddin hari ini berkata, pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu mungkin berbeza.
Saifuddin berkata, PKR mengadakan 4 pertemuan dengan PAS setakat ini, dan semuanya diketuai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa, kata Saifuddin, sambil menambah, menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif dengan semua parti yang bertekad menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Pernah dalam satu pertemuan yang saya turut hadir, PKR mencadangkan PAS dapat bersetuju dengan 'formula satu lawan satu' dan perwakilan PAS meminta untuk kembali membincangkan idea itu dalam mesyuarat pimpinan utama parti.
"Idea ini, jika dipersetujui PAS, boleh dilaksanakan melalui satu 'electoral pact’ dan bukannya Pakatan Rakyat, seperti yang Tuan Ibrahim fahami," katanya.
Saifuddin berkata, Pakatan Harapan kemudiannya ditubuhkan sebagai sebuah gabungan baharu di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah parti serpihan diterajui pemimpin PAS progresif yang ditewaskan pada pemilihan parti pada Jun lalu.
"Rasional penubuhannya ialah berlaku kelompangan yang perlu diisi segera demi memberikan pilihan alternatif kepada rakyat. PAS turut dijemput menganggotainya tetapi masih belum bersedia ikut serta," katanya.
PAS enggan menyertai pakatan baharu itu, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerja dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan kerana pemimpin Amanah adalah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.
Jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Oktober, 2015.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, keutamaan sekarang ialah memperkemaskan Pakatan Harapan dan hasilnya semakin dapat dilihat.
Mesyuarat pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan pada 19 Oktober lalu, disusuli pengumuman belanjawan alternatif mereka oleh Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang pada 21 Oktober.
Kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan juga dibuat, menyentuh pelbagai isu semasa, manakala jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015.
"PKR komited dengan usaha Pakatan Harapan untuk turun menemui rakyat dan menerangkan pelbagai perkembangan isu yang membabitkan kepentingan rakyat terbanyak.
"Pada masa sama 'engagement' dengan PAS diteruskan kerana sedar pentingnya seluruh tenaga dan potensi parti pembangkang, termasuk dari Sabah dan Sarawak, digembleng ke arah menumbangkan pemerintahan BN," katanya.
Sehingga itu, katanya, satu-satunya pakatan politik yang PKR terlibat memeterai perjanjian ialah Pakatan Harapan, dan perundingan ke arah melaksanakan 'formula satu lawan satu' dengan BN membabitkan parti lain termasuk PAS akan diteruskan. – 25 Oktober, 2015.

4 comments:

  1. Elok jangan dipercayai lagi pada PAS yang terbukti sudah sanggup menikam rakannya sendiri dari belakang. PAS kini diterajui oleh Pemimpin Akhlak Songsang, itulah akronim yang paling sesuai pasca muktamar lalu.

    ReplyDelete
  2. Maruah letak dipunggung.kini pas di selangor diibaratkan menjdi kaldai tunggangan DAP ,Ha ,kata lagi ada kawan menjadi kuda tunggangan DAP kini kena batang hidung sendiri,malu tak terkata.

    ReplyDelete
  3. ya, memang itulah yang diidam-idamkan oleh umnp-bn yang tidak disedari oleh pihak pembangkang ...... selagi pihak pembangkang tidak dapat membaca tindak-tanduk subversif umno-bn (dibawah didikan apco-mossad) selagi itulah pembangkang tidak akan bersatu dan tidak akan dapat menumbangkan umno-bn.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah, PKR dan DAP sedar pemainan UMNO...hanya PAS yg xs3dar diri

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa