Thursday, October 15, 2015

Langkah bijak: Lari sebelum dipecat

Saifuddin sah sertai PKR
PUBLISHED: Oct 15, 2015 01:36pm
Oleh IKHWAN HAZWAN

Duduk dua dari kanan, Saifuddin mengesahkan penyertaannya di dalam PKR di ibu pejabat parti itu tadi. Foto TRP/ Ikhwan Hazwan

PETALING JAYA, 15 Oktober:
Teka-teki mengenai hala tuju politik Datuk Saifuddin Abdullah akhirnya terungkai apabila hari ini disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Penyertaaan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkenaan disambut meriah yang mana hampir keseluruhan pimpinan tertinggi PKR hadir pada majlis pengumuman kemasukan beliau ke PKR di Ibu Pejabat PKR di sini.
Menurut Saifuddin, beliau memilih PKR kerana percaya kepada model parti berkenaan yang pelbagai kaum (multiracial), sederhana dan ‘centris’.
Jelas Saifuddin, disebabkan itu hati beliau terpaut kepada PKR sekalipun ada parti-parti lain turut mencuba namun atas konteks berkenaan beliau memilih PKR.
Saifuddin tiba di pejabat PKR diikuti Azmin tadi. Foto TRP/ Ikhwan Hazwan

“Saya menyertai politik dengan niat yang jelas yang mana perjuangan yang sebenar adalah melalui perubahan politik dan reformasi ke atas institusi itu sendiri.
“Namun begitu, setelah sekian lama dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), saya tidak nampak ia dapat dilakukan secara konklusif dan subtensif menyebabkan saya sudah tidak serasi dengan Umno.
“Oleh disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan di sebelah sini setelah percaya kepada apa yang diperjuangkan oleh PKR yang ternyata rapat dengan apa saya perjuangkan selama ini,” katanya selepas mengumumkan kemasukan beliau ke dalam PKR.
Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Mengulas mengenai jawatan beliau di dalam Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Saifuddin memberitahu bahawa beliau akan menghantar surat perletakkan jawatannya selepas Pengerusi GMM, Tan Sri Razali Ismail pulang dari luar negara
“Saya masih menunggu Tan Sri Razali pulang dari luar negara dan sejurus beliau pulang maka saya akan mengemukakan perletakkan jawatan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GMM,” tegasnya.
Dalam pada itu, Wan Azizah mengalu-alukan penyertaan Saifuddin ke dalam keluarga besar PKR dan merasakan kehadiran beliau itu dapat memperkukuhkan usaha parti berkenaan menggembleng perpaduan dan kekuatan rakyat demi perubahan dan pembaharuan.
Katanya, Saifuddin merupakan individu yang bersikap sederhana, terbuka dan konsisten mengungkap pendirian yang mesra pembaharuan.
“Saya yakin beliau akan menguatkan kedudukan PKR dan Pakatan Harapan dalam memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat dan penyertaannya itu bertepatan dengan fokus PKR melibatkan isu khusus masyarakat Melayu dan bumiputera agar dapat dibela.
“Mengenai sebarang jawatan parti yang akan diberikan kepada beliau, perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu namun apa yang pasti Saifuddin akan mempunyai peranan penting untuk dimainkan kelak,” ujarnya

2 comments:

  1. Saifuddin ini orang Bijak!!!!!!

    Orang Bijak tidak mungkin mahu sekongkol dengan Lahanat Bangsa pon

    Orang Bijak sedar akan Seksa KUBOR bila mati nanti , dan menongkat langit bukan lah dalam Pemikiran Orang Bijak

    Tahniah Saifuddin !!!!!!!!

    Pasti Mak Bapak nya bangga dengan Anak yang ber henti sekongkol dengan Lahanat Pau Pau Pau mentedarah lahap harta Rakyat.

    Alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. Rasanya kalau dia pilih untuk masuk PAN, ianya adalah lebih bijak. Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa