Saturday, October 31, 2015

Pulaak: Ada saja halangan supaya rakyat sentiasa kabur

Nur Jazlan tak setuju debat Arul-Pua, rumitkan siasatan 1MDB
Published: 31 October 2015 2:54 PM
Datuk Nur Jazlan Mohamed (kanan), dilihat di sini bersama Tony Pua ketika masih mengetuai PAC, berkata presiden 1MDB tidak sepatutnya menyahut cabaran debat oleh Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak bersetuju debat secara langsung antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, dan berkaya ia hanya merumitkan lagi siasatan terhadap syarikat sarat hutang itu.
Nur Jazlan turut menyelar kedua-dua mereka sambil menyifatkan idea debat itu "keanak-anakan".
"Apa yang diberitahu dalam PAC seharusnya adalah antara jawatankuasa sehingga perkara itu dibawa ke Parlimen," kata Nur Jazlan, kini timbalan menteri dalam negeri.
Ahli PAC dipilih Parlimen dan sekiranya debat ini secara langsung, jadi apa maksud PAC mengadakan siasatan ini," soalnya.
Pua sebelum ini mencabar Arul membenarkannya bertanya secara langsung bagi menjelaskan segala masalah yang masih belum terungkai mengenai syarikat itu, memandangkan presiden 1MDB itu sebelum ini gagal menjawab segala dakwaan dilemparkan terhadapnya.
Menurut Pua, rakyat Malaysia tidak mungkin dapat mengetahui kebenaran walaupun Arul giat meneruskan kempen perhubungan awamnya dengan memberi jawapan yang dikitar semula.
Arul sebelum ini menyahut cabaran Pua mengadakan debat secara langsung di televisyen mengenai syarikat pelaburan milik negara itu, tetapi mahukan ahli Parlimen DAP itu terlebih dulu meletak jawatan sebagai ahli PAC.
Arul berkata, peletakan jawatan itu perlu bagi memelihara integriti jawatankuasa itu yang ketika ini sedang menyiasat syarikat sarat hutang itu dan bagi mengelakkan konflik kepentingan.
Bagaimanapun, Arul hari ini menarik balik syaratnya dan bersedia berdebat dengan Pua tanpa perlu meletakkan jawatan sebagai ahli PAC. – 31 Oktober, 2015.

2 comments:

  1. Ianya cuma helah Nur Jazlan memberi signal 'no jalan' untuk menggagalkan debat terbuka secara langsung di tv. Tujuannya hanyalah supaya rakyat dapat terus dilekakan disamping memerlukan masa untuk mereka-reka pembohongan bagi menutup salah laku syarikat sarat hutang 1MDB. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin negara kafir memerah otak memikir bagaimana nak majukan negara supaya rakyat bahagia. Pemimpin malaysia memerah otak mmikirkn mcmana nak kelentong rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa