Sunday, October 25, 2015

"Ya ALLAH banyaknya duit!"

'Saya pengarah pilihan raya 18 kali tapi...'
NIZAM ZAIN
25 OKTOBER 2015
Muhyiddin (kanan) memperkatakan sesuatu pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk Berani Kerana Benar sambil diperhatikan moderator Dr Maszlee Malik.

JOHOR BAHRU - Walaupun pernah menjadi pengarah pilihan raya sebanyak 18 kali, namun dakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak pernah mengetahui tentang soal pembiayaan politik parti Melayu itu.

Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui soal duit kerana seluruh kepimpinan parti memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya pengarah saja, duit pun saya tak tengok (sebab) Presiden ini ada kelebihannya, kita percaya pada dia, sebab itu saya tidak mengetahui soal duit ini, kalau nak, saya pun nak tahu juga.

"Bila sudah terdedah, dan terburai, maka apa jadinya? Saya pun tak tahu, ya ALLAH banyaknya duit," katanya pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian bertajuk 'Berani Kerana Benar'  di Hotel Bluewave, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN:‎ Tak mungkin saya gunting dalam lipatan]

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas pendedahan Wall Street Journal (WSJ) berhubung derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya bertanyakan soal derma tersebut selepas pendedahan yang dibuat WSJ.

"Bila saya bertanya? Bila Wall Street Journal keluar berita RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri.

"Pagi itu saya masih ingat saya teks Najib dengan telefon bimbit murah saya Nokia, saya beritahu dia, ini satu cerita yang menggemparkan, besar dan kita tak boleh biarkan begitu," katanya lagi.

1 comment:

  1. Sesungguh nya Budak Bahalol tu bukan lah Bahalol tapi Bijak Gaya Nujum Pak Biawak

    Mohideen ini sudah tahu Kain Kapan tak semahal BILYON BILYON

    Tahniah

    Hidup Mohideen !!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa