Wednesday, November 25, 2015

Anak raja ni umpama Bapok tua, hanya bercakap tapi tak berani bertindak!

Samalah dengan bajet baru-baru ni.........bajet terbaik katanya
Dan dia sokong........walau pun banyak menyusahkan rakyat
Pada aku dia ni bukan setakat lalang tapi dah jadi bunga lalang, terbang ikut angin membawanya!

TPPA.........nampak macam dia tak sokong
Tapi apa tindakan dia.........bagaimana nada suaranya yang jelas tujukan kepada Najib?

Royalti Kelantan...........dia sokong dan bersuara, tapi apakah usaha lanjut darinya sebagai MP dari Kelantan dan penyokong kerajaan?

Isu UMNO, dia bercakap tapi apakah usahanya untuk baiki keadaan?

UMNO kini tidak lagi ikut tradisi – Ku Li
 | November 25, 2015
Tun Musa Hitam yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, masih diberikan peluang oleh Presiden (Dr Mahathir) ketika itu untuk merasmikan sayap-sayap dalam parti.
Tengku-Razaleigh-Hamzah_umno_600
KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang, dilihat bertentangan dengan amalan parti itu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia merupakan kali pertama berlaku di dalam UMNO apabila Timbalan Presiden tidak dibenar merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti.
“Kali pertama amalan ini berlaku, Timbalan Presiden UMNO tidak diundang untuk merasmikan mesyuarat pemuda, wanita dan puteri,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.
Mengulas lanjut, veteran UMNO itu yakin bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO sudah memikirkan kesan dan akibat jika membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap.
“Barangkali sudah difikir tentang implikasi kerana lari dari tradisi yang biasanya Timbalan Presiden akan merasmikan mesyuarat,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut menyatakan keputusan MT UMNO itu mungkin akan memeranjatkan sesetengah orang, kerana bertentangan dengan amalan biasa.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa ketika Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau masih diberikan peluang oleh Presiden UMNO ketika itu (Dr Mahathir) untuk merasmikan mesyuarat sayap-sayap dalam parti.
“Tun Musa Hitam berhenti sebagai Timbalan Perdana Menteri, dari kerajaan pimpinan Mahathir, dia dibenarkan berucap rasmikan sayap. Walaupun tidak jadi Timbalan Perdana Menteri tapi dia masih benarkan untuk merasmikan,” ujarnya lagi.
Muhyiddin sebelum ini seolah-olah disenarai hitam dari pimpinan parti itu setelah lantang dalam memberikan kritikan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dijadualkan berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.

4 comments:

  1. Tapi... inilah calon pilihan utk jadi PM.... hahaha.... ku li memang sesuai dgn namanya... kuli tetap kuli...

    ReplyDelete
  2. PAS pun sokong
    ha..ha..ha
    mampuihhhhhh mcm ni

    ReplyDelete
  3. Ingat lagikah kes Jalil Ibrahim yang mati dibunuh di Hong Kong dulu? Ketika itu Kuli adalah Menteri Kewangan dan, apakah ada kaitannya dalam kes tersebut? Kes melibatkan duit berbillion-billion juga kan.....

    Masihkah kau ingat, pada waktu itu....

    ReplyDelete
  4. Dia nie akan tetiba muncul dlm suasana yg mengelirukan. Buat statement lebih mirip kekiri, pastu kekanan dan bila situasi menjadi sukar dia ketengah pula. Dia nak jadi negarawan, far right, far left dan centrist dlm satu ( 4 in 1 ).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa