Tuesday, November 24, 2015

Bila serang dulu takkan tak mampu tahan serangan balas?

Perang Amanah-PAS semakin berkecamuk nampaknya

Gejala samseng dan takfiri, pemimpin Amanah sindir PAS
 | ARIF ATAN
Selepas beberapa insiden ganas membabitkan ahli-ahli Parti Amanah Negara (Amanah) selain tuduhan murtad dan sesat serta dakwaan halal darah bagi sesiapa yang keluar dari jemaah, pemimpin parti progresif Islam itu tampil menyatakan kebimbangan tentang penularan fahaman ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini berkata, semua pihak perlu berwaspada termasuk menolak mana-mana parti politik yang cenderung ke arah fahaman yang berbahaya kepada kestabilan masyarakat.
Ujarnya, doktrin ideologi ekstremisme di Malaysia pada masa ini secara asasnya tersebar melalui doktrin dalam kalangan penceramah agama sama ada secara sedar atau tidak disedari.
Menurutnya, fenomena takfiri atau mengkafirkan yang menjadi asas dalam pemikiran ISIS terhadap pihak lain berlaku apabila menganggap jemaahnya sahaja memiliki kebenaran mutlak.
“Memilih wadah politik lain dengan meninggalkan parti lama dianggap pengkhianat dan layak mendapat laknat malah memaksa supaya isteri diceraikan berpandukan kepada ikat janji yang dibuat.
“Pemikiran ini menganggap meninggalkan parti politik tertentu dengan memilih wadah lain seolah-olah keluar dari agama Islam. Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jamaah yang dikuliahkan oleh sebahagian pengkuliah dan penceramah. Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya ISIS dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat,” ujar Dr Mujahid dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin.
Menurut Mujahid dan Raja Kamarul lagi, ciri fahaman ISIS lain dapat dilihat pada penafsiran ayat al-Quran dan al-Hadis yang dikupas secara tekstual tanpa melihat konteks.
Begitu juga, jelas mereka, keterasingan dalam memahami realiti kenegaraan dan perundangan negara serta kedudukan kepelbagaian masyarakat membawa kepada penafsiran literal dari bahan yang dibaca sehingga melahirkan hubungan anti-establisment terhadap negara yang didiami.
Dalam kenyataan kedua-dua bekas pemimpin PAS itu juga menyatakan masyarakat terdedah menjadi ekstrem apabila ada pihak yang hanya menekankan Islam dalam kerangka hukuman jenayah tanpa melihat aspek syariat dalam kerangka tujuan besar syariat mengakibatkan lahirnya pembawaan Islam yang keras sehingga hilang asas Islam yang ramah dan penuh kemanusiaan.
Kenyataan kedua-dua pemimpin  itu sekaligus dapat difahami merujuk kepada parti yang mereka tinggalkan iaitu PAS walaupun tidak menyebut sama sekali nama parti yang mutakhir ini dilihat mesra dengan Umno itu.
Hal ini dapat dilihat kepada beberapa kes serangan fizikal yang membawa kepada beberapa laporan polis seperti berlaku di Terengganu baru-baru ini selain pada masa sama, ujar Dr Mujahid, sikap sesetengah penceramah agama yang mengheret orang awam di masjid dan surau dengan fatwa-fatwa kecil yang arus bawahnya membentuk corak pemikiran ekstrem.
“Kami tidak hanya bimbang kepada ahli Parti Amanah Negara tetapi masyarakat lain pun boleh menjadi mangsa apabila jalur keras ini menguasai pemikiran orang ramai,” tegas Dr Mujahid lagi.
Sehubungan itu, Amanah menggesa kerajaan agar lebih sensitif kepada corak pemikiran ini dan proaktif menangani kegiatan pra-terrorisme secara ideologi ini tanpa mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan politik tertentu.
Beberapa langkah wajar dilakukan pihak kerajaan antaranya, membentuk Jawatankuasa Mendepani Ideologi Ekstrimisme di peringkat Parlimen serta pemantauan terhadap isi kandungan penceramah di masjid dan surau oleh Majlis Agama negeri-negeri bagi membendung jalur pemikiran ekstrem dengan menasihati aspek fundamental tentang bahayanya gejala takfiri.

# Respon Nik Amar.......baca kat sini

4 comments:

  1. Cicit Sulaimen panjang.November 24, 2015 at 11:02 PM

    Torouih kea mamak! Arwah niniek Usop mesti banggo dongen mamak. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je response kamu? Cicit Sulaimen panjang, pendek sangat akal kamu.

      Delete
    2. Ko paham ke cakap RAWA? Kah kah kah..

      Delete
  2. Kalau Obama dengar... ISIS ada kat Msia..memang tekejut...huh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa