Wednesday, November 25, 2015

Cadang pecat Muhyiddin: Ampu atau prinsip?

Ahli MT cadang Muhyiddin dipecat

 | November 25, 2015
Cadangan itu bagaimanapun dikatakan ditolak sebahagian besar Ahli MT.
muhyiddin_mykmu_umno_600PETALING JAYA: Beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO dikatakan telah mencadangkan kepada pucuk pimpinan UMNO supaya memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat MT pada Selasa.
Cadangan itu bagaimanapun tidak diterima oleh sebahagian besar Ahli Majlis Tertinggi yang mahu Muhyiddin dikekalkan.
Dakwaan itu dibuat oleh blog pro-UMNO, MYKMU yang memetik sumber dalaman.
“Isu pemecatan Timbalan Presiden UMNO ada dibincangkan setelah dibawa oleh beberapa orang ahli MT namun ditolak oleh mesyuarat MT,” tulis blog itu.
Mesyuarat MT semalam memutuskan memecat Ketua Wanita Bahagian Gopeng yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman.
Hamidah didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti kerana tindakannya mengkritik kepimpinan parti dan terlibat secara langsung dalam forum yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemerhati politik meramalkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal dipecat bagi mengelak konflik yang lebih teruk pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada bulan hadapan.

2 comments:

  1. Si Midah mangkuk hayun kena pecat pasal kritik kepimpinan parti! Ahli UMNO tak boleh kritik kepimpinan parti. Yang boleh cuma nga nga mulut luas luas tadah kencing kepimpinan parti sama macam PAScai! Kaaaaah kah kah... apa punya kencing?

    ReplyDelete
  2. Ada aku kesah?.apabila penyamun dan penyangak berantakan..kehidupan rakyatmcm ni juga..bertambah susah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa